Kabupaten Jombang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jombang)
Rencana ini mengenai Jombang sebagai sebuah kabupaten. Untuk kegunaan lain, sila lihat Jombang (nyahkekaburan).


Kabupaten Jombang
Daerah tingkat II
Cogan kata: -
Map
Peta
Kabupaten Jombang is located in Bumi
Kabupaten Jombang
Kabupaten Jombang (Bumi)
Koordinat: 7°28′S 112°14′E / 7.47°S 112.23°E / -7.47; 112.23
Negara Indonesia
ProvinsiJawa Timur
Tanggal berdiri-
Dasar hukumUU No. 12/1950
Ibu kotaJombang
Jumlah satuan pemerintahan
Daftar
  • Kecamatan: 21
  • Kelurahan: 306
Pentadbiran
 • BupatiDrs. H. Suyanto
Keluasan
 • Jumlah1,159.50 km² km2 (Bad rounding hereFormatting error: invalid input when rounding batu persegi)
Penduduk
 • Jumlah1,163,420 (2,005)
 • Kepadatan1,003/km2 (2,600/batu persegi)
Demografi
Zon waktuUTC+07:00 (WIB)
Kode telepon0321
Laman sesawanghttp://www.jombang.go.id


Jombang ialah sebuah kabupaten yang terletak di bahagian tengah Provinsi Jawa Timur. Luas kawasannya 1,159.50 km², dan jumlah penduduknya 1,160,434 orang (2004). Pusat kota Jombang terletak di tengah-tengah wilayah Kabupaten yang tingginya 44 meter atas aras laut, dan berjarak 79 km (1.5 jam perjalanan) dari barat daya kota Surabaya, ibu kota Provinsi Jawa Timur. Jombang memiliki kedudukan yang sangat strategik kerana terletak di persimpangan lebuh raya selatan Pulau Jawa (Surabaya-Madiun-Yogyakarta), lebuh raya Surabaya-Tulungagung, serta lebuh raya Malang-Tuban.

Jombang juga dikenali dengan gelaran "kota warak"  kerana banyaknya sekolah pendidikan Islam (sekolah agama berasrama) terletak di wilayahnya. Bahkan ada pameo (pantun dua baris) yang mengatakan bahawa Jombang adalah pusat sekolah agama berasrama di tanah Jawa kerana hampir seluruh pengasas sekolah agama berasrama di Jawa pasti pernah belajar di Jombang. Antara sekolah-sekolah agama berasrama yang terkenal ialah Tebuireng, Denanyar, Tambak Beras, dan Darul Ulum (Rejoso).

Terdapat juga banyak tokoh Indonesia yang terkenal yang dilahirkan di Jombang, antaranya KH Abdurrahman Wahid, bekas presiden Indonesia , KH Hasyim Asy'ari dan KH Wahid Hasyim, pahlawan-pahlawan nasional, Nurcholis Madjid (Cak Nur), tokoh intelektual Islam, serta budayawan Emha Ainun Najib (Cak Nun).

Konon, kata "Jombang" merupakan akronim daripada dua perkataaan bahasa Jawa, "ijo"  dan "abang",  dengan ijo  mewakili kaum agama, dan abang  mewakili kaum nasionalis. Kedua-dua golongan tersebut hidup berdampingan dan berharmoni di Jombang. Bahkan kedua-dua unsur ini digambarkan dalam warna dasar lambang daerah Kabupaten Jombang.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Prasejarah sehingga 1500[sunting | sunting sumber]

Penemuan fosil Homo mojokertensis di lembah Sungai Brantas menunjukkan bahawa sebahagian wilayah yang kini merupakan Kabupaten Jombang diduga telah dihuni sejak ratusan ribu tahun yang lalu.

Pada tahun 929, Raja Mpu Sindok memindahkan pusat Kerajaan Mataram dari Jawa Tengah ke Jawa Timur, diduga kerana letupan Gunung Merapi atau serangan Sriwijaya. Sebilangan kepustakaan mengatakan bahawa pusat kerajaan yang baru ini terletak di Watugaluh di tepi Kali Brantas yang kini merupakan kawasan Kecamatan Megaluh (Kabupaten Jombang). Pewaris Mpu Sindok ialah Sri Isyana Tunggawijaya (947-985) dan Dharmawangsa (985-1006).

Pada tahun 1006, Sriwijaya menghancurkan ibu kota kerajaan Mataram dan membunuh Raja Dharmawangsa. Airlangga, raja mahkota yang ketika itu masih muda, dapat melarikan diri daripada serangan Sriwijaya, dan beliau mengumpulkan kekuatan untuk mengasaskan semula kerajaan yang telah jatuh. Bukti tentang tempat kediaman Airlangga sewaktu mengumpulkan kekuatan dapat dijumpai sekarang di Sendang Made, Kecamatan Kudu (Kabupaten Jombang). Pada tahun 1019, Airlangga mengasaskan Kerajaan Kahuripan yang wilayahnya kemudian merangkumi Jawa Timur, Jawa Tengah, dan Bali. Baginda kemudian mengikat perdamaian dengan Sriwijaya.

Pada masa pemerintahan Kerajaan Majapahit, wilayah yang kini merupakan Kabupaten Jombang ketika itu merupakan gerbang Majapahit. Desa Tunggorono (Kecamatan Jombang) merupakan gerbang barat, manakala Desa Ngrimbi (Kecamatan Bareng) merupakan gerbang selatan. Sehingga sekarang, banyak nama desa dan kecamatan dapat dijumpai yang berawalan mojo-, antaranya Mojoagung, Mojowarno, Mojojejer, Mojotengah, dan Mojongapit. Salah satu peninggalan Majapahit di Jombang ialah Candi Arimbi di Kecamatan Bareng.

1500 - 1900[sunting | sunting sumber]

Selepas kejatuhan Majapahit, agama Islam mula tersebar dari pesisir utara Jawa Timur ke seluruh kawasan. Jombang kemudian menjadi sebahagian Kerajaan Mataram Islam. Seiring dengan kelemahan pengaruh Mataram, penjajah Belanda menjadikan Jombang sebagai sebahagian wilayah Syarikat Hindia Timur Belanda pada akhir abad ke-17, dan kemudiannya sebagai sebahagian Hindia Belanda. Kelompok etnik Cina juga berkembang. Kuil Hong San Kiong di Gudo yang konon dibina pada tahun 1700 masih berfungsi sehingga sekarang, dan sejumlah kawasan kelompok-kelompok etnik Tionghoa dan Arab majoriti sekarang masih dapat ditemukan.

Pada tahun 1811, Kabupaten Mojokerto yang merangkumi wilayah yang kini merupakan Kabupaten Jombang diasaskan. Jombang merupakan salah satu residen di dalam Kabupaten Mojokerto. Bahkan Trowulan yang merupakan pusat Kerajaan Majapahit diliputi dalam kawedanan (onderdistrict afdeeling ) Jombang.

Alfred Russel Wallace (1823-1913), naturalis Inggeris yang merumuskan Teori Evolusi dan yang terkenal kerana Garis Wallace, pernah mengunjungi dan bermalam di Jombang ketika mengkaji keanekaragaman bentuk hidup Indonesia.

Selepas 1900[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1910, Jombang memperoleh status Kabupaten yang memisahkannya daripada Kabupaten Mojokerto, dengan Raden Adipati Arya Soeroadiningrat sebagai Bupati Jombang pertama. Semasa pergerakan nasional, wilayah Kabupaten Jombang memainkan peranan yang penting dalam menentang kolonialisme. Beberapa anak Jombang merupakan tokoh perintis kemerdekaan Indonesia, termasuk KH Hasyim Asy'ari (salah satu pengasas Nahdlatul Ulama (NU) serta ketua Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi)), dan KH Wachid Hasyim (salah satu anggota BPUPKI yang termuda, serta juga Menteri Agama Republik Indonesia yang pertama).

Undang-undang Nombor 12 Tahun 1950 tentang Pembentukan Daerah Kabupaten dalam Lingkungan Provinsi Jawa Timur mengukuhkan Jombang sebagai salah satu kabupaten di Provinsi Jawa Timur.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Muka bumi[sunting | sunting sumber]

Sebahagian besar wilayah Kabupaten Jombang merupakan dataran rendah, iaitu 90% daripada wilayahnya berada pada ketinggian yang kurang daripada 500 meter atas aras laut. Secara umum, Kabupaten Jombang dapat dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu:

  1. Bahagian utara: Terletak di sebelah utara Kali Brantas, bahagian ini merangkumi sebahagian besar Kecamatan Plandaan, Kecamatan Kabuh, serta sebahagian Kecamatan Ngusikan dan Kecamatan Kudu. Bahagian ini merupakan daerah perbukitan kapur yang landai, dengan ketinggian maksimum sebanyak 500 meter atas aras laut, manakala perbukitannya merupakan hujung timur Pergunungan Kendeng.
  2. Bahagian tengah: Terletak di sebelah selatan Kali Brantas, bahagian ini merupakan dataran rendah dengan tingkat kecerunanan sehingga 15%. Daerah ini merupakan kawasan pertanian dengan sistem pengairan yang meluas, serta kawasan permukiman penduduk yang padat.
  3. Bahagian selatan: Bahagian ini yang meliputi Kecamatan Wonosalam serta sebahagian Kecamatan Bareng dan Mojowarno merupakan daerah pergunungan dengan muka bumi yang beralun, dengan kawasan di tenggara semakin tinggi. Hanya sebahagian Kecamatan Wonosalam yang mempunyai ketinggian melebihi 500 meter.

Sungai[sunting | sunting sumber]

Sungai Brantas sepanjang kira-kira 44 kilometer merupakan sungai yang terbesar di Jawa Timur. Ia menyebelahkan Kabupaten Jombang menjadi dua bahagian, iaitu bahagian utara (24%) dan bahagian selatan (76%).

Sungai-sungai lain yang utama termasuk S. Marmoyo (23 km), S. Ngotok Ring Kanal (27 km), S. Konto (14 km), S. Gunting (12 km), dan S. Jurangjero (12 km).

Iklim[sunting | sunting sumber]

Kabupaten Jombang mempunyai iklim tropika, dengan suhu purata antara 27-34ºC, manakala suhu di kawasan pergunungan cukup sejuk (22ºC). Menurut pengelasan Schmidt-Ferguson, Kabupaten Jombang termasuk dalam Iklim B (lebat). Hujan tahunan purata wilayah Kabupaten Jombang antara sederhana hingga lebat, dengan kawasan-kawasan tenggara dan timur sedikit lebih lebat.

Guna tanah[sunting | sunting sumber]

Tanah di Kabupaten Jombang (2003) paling banyak digunakan untuk persawahan (42%), diikuti dengan permukiman (19%), hutan (18%), dan cerang (12%). Sebahagian besar kawasan sawah (82%) diairi oleh terusan pengaliran, dengan 10% bergantung kepada hujan (sawah tadah hujan).

Demografi[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk Kabupaten Jombang adalah sebanyak 1,155,449 orang (anggaran 2004), dengan 55% daripadanya tinggal di wilayah perkotaan. Dan kepadatan penduduk purata di Kabupaten Jombang adalah sebanyak 997 orang/km², dengan tumpuan utama di Kecamatan Jombang (dengan tingkat kepadatan penduduk yang tertinggi, iaitu 3,198 orang/km²), Kecamatan Tembelang (bahagian selatan), Kecamatan Peterongan (bahagian tengah dan selatan), Kecamatan Jogoroto, dan Kecamatan Mojowarno (bahagian utara dan timur), serta di sepanjang jalan raya Jombang-Peterongan-Mojoagung-Mojokerto dan jalan raya Jombang-Diwek-Blimbing-Ngoro-Kandangan. Kawasan-kawasan lain yang padat penduduknya ialah kawasan perkotaan di Kecamatan Ploso, Perak, dan Ngoro, manakala kawasan-kawasan yang tidak ramai penduduknya adalah bahagian barat laut (yang merupakan perbukitan kapur) dan bahagian tenggara (yang merupakan daerah pergunungan). Pertumbuhan jumlah penduduk hanya sebanyak 0.68% per tahun dan oleh itu, Kabupaten Jombang tidak mengalami sebarang ledakan penduduk.

Keetnikan dan bahasa[sunting | sunting sumber]

Penduduk Jombang pada umumnya adalah etnik Jawa. Namun demikian, terdapat golongan minoriti etnik Tionghoa dan Arab yang cukup besar. Orang Tionghoa umumnya tinggal di perkotaan dan bergerak di sektor perdagangan dan perkhidmatan. Terdapat beberapa kawasan di kota Jombang yang dahulunya adalah Little Chinatown dan Little Arab, meskipun kini tidak lagi ekslusif.

Bahasa Jawa merupakan bahasa daerah yang digunakan sebagai bahasa sehari-hari. Bahasa Jawa yang dituturkan banyak dipengaruhi oleh Dialek Surabaya yang terkenal kerana sifat egaliterian dan terus terang. Kabupaten Jombang juga merupakan daerah perbatasan antara dua dialek Jawa, iaitu Dialek Surabaya dan Dialek Mataraman. Beberapa kawasan yang berbatasan dengan Kabupaten Nganjuk dan Kediri dipengaruhi oleh Dialek Mataraman yang banyak mempunyai persamaan dengan Bahasa Jawa Pertengahan. Salah satu ciri khas yang membezakan Dialek Surabaya dengan Dialek Mataram adalah penggunaan kata arek (sebagai pengganti kata budak lelaki) dan kata cak (sebagai pengganti kata emas).

Agama[sunting | sunting sumber]

Agama Islam dianuti oleh 98% penduduk Kabupaten Jombang, diikuti dengan agama Protestan (1.2%); Katolik (0.3%), Buddha (0.09%); Hindu (0.07%), dan lain-lain lagi (0.02%).

Jombang juga dikenali sebagai "kota warak" kerana banyaknya sekolah pendidikan Islam (sekolah agama berasrama) terletak di wilayah ini. Kehidupan beragama di Kabupaten Jombang sangat toleran. Kecamatan Mojowarno merupakan kawasan yang mempunyai bilangan penganut agama Kristian yang bererti, dengan daerah tersebut pernah menjadi pusat penyebaran untuk salah satu mazhab Protestan pada zaman Belanda. Agama Hindu juga dianuti oleh sebahagian penduduk Jombang, terutamanya di kawasan tenggara (Wonosalam, Bareng, dan Ngoro). Selain itu, Kabupaten Jombang mempunyai dua buah kuil, iaitu Kuil Hok Liong Kiong di Kecamatan Jombang dan Kuil Hong San Kiong di Kecamatan Gudo (dibina pada tahun 1700).

Pembahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Peta kawasan pentadbiran Kabupaten Jombang

Kabupaten Jombang terdiri daripada 21 buah [[kecamatan] yang mencakupi 302 buah desa dan 4 buah kelurahan. Kecamatan Jombang adalah pusat pemerintahan, manakala Kecamatan Ngusikan merupakan pemekaran daripada Kecamatan Kudu yang dibentuk pada tahun 2001.

  1. Bandar Kedung Mulyo
  2. Bareng
  3. Diwek
  4. Gudo
  5. Jombang
  6. Jogoroto
  7. Kabuh
  8. Kesamben
  9. Kudu
  10. Megaluh
  11. Mojoagung
  1. Mojowarno
  2. Ngoro
  3. Ngusikan
  4. Perak
  5. Peterongan
  6. Plandaan
  7. Ploso
  8. Sumobito
  9. Tembelang
  10. Wonosalam

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Pertanian[sunting | sunting sumber]

Pertanian masih merupakan sektor ekonomi Jombang yang utama, dengan 38.16% KDNK kabupaten. Meskipun nilai pengeluaran pertanian mengalami peningkatan, namun sumbangan sektor ini terhadap penggajian mengalami penurunan. Sektor pertanian kini melibatkan 31% daripada jumlah penduduk umur bekerja. Tradisi, kemudahan yang disediakan oleh alam, dan dorongan kerajaan yang baru rupanya menjadikan alasan untuk bertahan. Kesuburan tanah di sini konon dipengaruhi oleh bahan-bahan letusan Gunung Kelud yang terbawa arus deras Sungai Brantas dan Sungai Konto serta sungai-sungai kecil yang lain. Sistem pengairan juga sangat meluas dan memadai, dengan 83% daripadanya merupakan terusan pengairan buatan.

42% daripada tanah di Jombang digunakan untuk persawahan. Letaknya di bahagian tengah kabupaten dengan ketinggian 25-100 meter atas aras laut. Lokasi ini ditanam dengan padi serta tanaman kedua seperti jagung, kacang soya, kacang tanah, kacang hijau, dan ubi kayu. Tanaman-tanaman makanan utama Kabupaten Jombang pada peringkat provinsi ialah padi, jagung, kacang soya, dan ubi kayu. Pengeluaran padinya yang besar telah menempatkan Jombang sebagai daerah jelapang padi di provinsi JawaTimur.

Bahagian utara Jombang merupakan pusat untuk buah-buahan seperti mangga, pisang, nangka, dan durian belanda. Kecamatan Wonosalam juga merupakan pusat buah-buahan, terutamanya Durian Bido, manakala Kecamatan Perak merupakan penghasil utama jeruk nipis yang diunggulkan kerana kulit yang nipis serta air yang banyak.

Perkebunan[sunting | sunting sumber]

Keluaran utama perkebunan Kabupaten Jombang pada peringkat provinsi ialah tebu, manakala keluaran-keluaran utama pada peringkat daerah ialah jut (serat karung), kelapa, kopi, koko, gajus, kapuk, tembakau, dan beberapa tumbuhan ubatan (lengkuas, calsur, kunyit, halia, dan serai).

Tebu merupakan bahan mentah utama industri gula di Jombang. (Jombang memiliki dua buah kilang gula). Perkebunan tebu tersebar di merata-rata dataran rendah dan tinggi Kabupaten Jombang. Daerah pergunungan di sebelah tenggara (terutamanya Kecamatan Wonosalam) merupakan pusat perkebunan kopi, koko, dan cengkih, manakala daerah pergunungan di utara merupakan penghasil utama tembakau di Jombang.

Perhutanan[sunting | sunting sumber]

Hampir 20% daripada wilayah Kabupaten Jombang merupakan kawasan hutan yang terletak di bahagian utara (Kecamatan Plandaan, Kabuh, Kudu, dan Ngusikan) serta bahagian tenggara Kabupaten Jombang (Kecamatan Wonosalam, Bareng, dan Mojowarno). Hutan Kabupaten Jombang terdiri daripada 61% hutan pengeluaran, 23% hutan tebang pilihan, 15% hutan rekreasi, dan 1.5% hutan simpan. Kayu Jati ialah keluaran utama subsektor perhutanan di Kabupaten Jombang.

Penternakan dan perikanan[sunting | sunting sumber]

Keluaran penternakan Kabupaten Jombang merangkumi ayam pedaging, ayam petelur, lembu daging, lembu tenusu, kerbau, kambing, biri-biri, dan itik. Ayam pedaging merupakan keluaran utama penternakan pada peringkat provinsi, dengan beberapa perusahaan sederhana bergerak dalam bidang penternakan. Mengingatkan bahawa lokasi Kabupaten Jombang bukannya kawasan pantai, perikanan perairan umum dan kolam merupakan keluaran utama dalam bidang perikanan.

Perdagangan[sunting | sunting sumber]

Sektor perdagangan menyumbang PDRB kabupaten terbesar kedua setelah pertanian. Majunya pertanian di Jombang rupanya turut menggairahkan sektor perdagangan. Kabupaten Jombang merupakan salah satu penyuplai utama komoditas pertanian tanaman pangan dan perkebunan di Jawa Timur. Kabupaten Jombang memiliki 17 pasar umum yang dikelola oleh Pemerintah Kabupaten, serta 12 pasar hewan. Kota Jombang sendiri memiliki Pasar Legi Citra Niaga, Pasar Pon, Pasar Loak, dan Pasar Burung. Perdagangan retail dilayani oleh berbagai pusat perbelanjaan serta supermarket besar maupun kecil. Di samping Pasar Legi Citra Niaga, dua kawasan ruko yang terbesar adalah Kompleks Simpang Tiga dan Kompleks Cempaka Mas. Selain kota Jombang, kawasan pusat komersial regional di Kabupaten Jombang terdapat di Mojoagung, Ploso, dan Ngoro.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Sektor pembangunan fisik mendapat perhatian cukup dari Pemerintah Kabupaten. Sarana dan prasarana, baik untuk kepentingan pemerintah maupun masyarakat setiap tahun selalu ada peningkatan mutu. Didukung oleh para rekanan, kontraktor dan konsultan jasa konstruksi, Kabupaten Jombang berhak mendapatkan piala Adipura pada bulan Juni 2006. Penyedia jasa konstruksi yang mempunyai andil dalam pembangunan ini diantaranya adalah CV Wijaya (kontraktor) di Penjor (desa Kedunglosari kecamatan Tembelang).

Industri perkilangan[sunting | sunting sumber]

Sektor industri manufaktur menyumbang PDRB kabupaten terbesar ketiga setelah pertanian dan perdagangan. Majunya industri di Jombang ditopang oleh kemudahan transportasi, serta letak Kabupaten Jombang yang strategis (berada di jalur utama lintas selatan Pulau Jawa dan bersebelahan dengan kawasan segitiga industri Surabaya-Mojokerto-Pasuruan).

Industri besar di Kabupaten Jombang yang merambah pasar luar negeri diantaranya adalah PT Pei Hai Wiratama Indonesia (produk sepatu, topi dan T-Shirt dengan brand "Diadora" dan "Fila") di Jogoloyo (Jogoroto); PT Japfa Comfeed (produk makanan ternak) di Tunggorono (Jombang); PT Usmany Indah (produk kayu olahan), MKS-Sampoerna (produk rokok) di Ploso, PT Cheil Jedang Indonesia (produk industri kimia setengah jadi) di Jatigedong (Ploso);PT Cheil Jedang Superfeed (produk pakan ternak) di Mojoagung, PT Mentari International (produk mainan anak) di Tunggorono (Jombang), serta PT Seng Fong Moulding Perkasa (produk ubin kayu). Kabupaten Jombang juga memiliki dua pabrik gula: PG Jombang Baru di Kecamatan Jombang dan PG Tjoekir di Kecamatan Diwek.

Sebanyak 96% industri manufaktur di Kabupaten Jombang merupakan industri kecil, dengan penyerapan tenaga kerja sebesar 60%. Industri kecil yang merambah pasar luar negeri adalah industri kerajinan manik-manik kaca (di Desa Plumbon-Gambang, Kecamatan Gudo) dan industri kerajinan cor kuningan (di Desa Mojotrisno, Mojoagung). Kedua kerajinan tersebut adalah khas Jombang. Sementara itu, industri kecil lain yang dipasarkan di tingkat nasional antara lain adalah mebelair (di Mojowarno); anyaman tas (di Mojowarno); limun (di Bareng dan Ngoro); serta Kecap "Ikan Dorang", yang merupakan salah satu trade mark Jombang.

Pelombongan[sunting | sunting sumber]

Saat ini Kabupaten Jombang tidak terdapat aktivitas pertambangan. Namun diduga bagian utara dan barat Kabupaten Jombang terdapat deposit minyak bumi. Sedikitnya terdapat 1 jenis bahan galian tipe B (Yodium) dan 4 jenis bahan galian tipe C (Diatomit, Andesit, Lempung, dan Pasir Batu).

Usaha Kecil Menengah[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Kabupaten Jombang mempunyai kedudukan yang sangat strategik kerana berada di laluan utama selatan Pulau Jawa (Yogyakarta-Surabaya-Bali). Selain itu, Kabupaten Jombang juga merupakan persimpangan lebuh raya menuju ke Kediri/Tulungagung, Malang, serta Babat/Pantura. Pusat Kota Jombang dapat ditempuh 1½ jam dari Kota Surabaya, ibu kota Provinsi Jawa Timur, atau dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Sidoarjo.

Untuk pengangkutan di dalam wilayah kabupaten, terdapat Pengangkutan Pedesaan dengan 24 laluan yang menjangkau ke semua kecamatan. Ini masih ditambah lagi dengan adanya laluan pengangkutan antara kota yang menghubungkan kota Jombang dengan wilayah-wilayah kabupaten di sekitarnya, iaitu laluan ke Pare, Kandangan, Babat, Kertosono, serta Mojokerto.

Bas[sunting | sunting sumber]

Perhentian Bas Kepuhsar yang terletak 5 kilometer dari pusat kota Jombang merupakan perhentian bas utama kabupaten yang menghubungkan Jombang dengan kota-kota lainnya. Perjalanan bas laluan Surabaya, Kediri/Tulungagung, dan Solo/Jogja merupakan perjalanan yang beroperasi tidak henti-henti.

Kereta api[sunting | sunting sumber]

Kabupaten Jombang juga dihubungkan dengan kota-kota lain di Pulau Jawa melalui kereta api. Stesen Keretapi Jombang merupakan stesen utama, di samping empat buah stesen yang lain: Sembung, Peterongan, Sumobito, dan Curahmalang. Laluan-laluan kereta api yang melintasi Stesen Keretapi Jombang adalah seperti yang berikut:

  • Surabaya-Jombang PP (KRD)
  • Surabaya-Jombang- Kediri-Blitar-Malang-Surabaya PP (Keretapi Rapih Dhoho/Penataran)
  • Surabaya-Jombang-Yogyakarta PP (Keretapi Sancaka)
  • Banyuwangi-Jember-Surabaya-Jombang-Yogyakarta PP (Keretapi Sri Tanjung)
  • Jember-Surabaya-Jombang- Yogyakarta- [Purwokerto]] PP (Keretapi Logawa)
  • Surabaya-Jombang- Yogyakarta-Bandung PP (Keretapi Pasundan, Mutiara Selatan, Turangga, Argo Wilis)
  • Surabaya-Jombang- Yogyakarta-Cirebon-Jakarta PP (Keretapi Gayabaru Malam, Jayabaya, Bima)
  • Jombang-Solo-Semarang-Tegal-Cirebon-Jakarta PP (Keretapi Bangunkarta)

Komunikasi dan media massa[sunting | sunting sumber]

Jombang mempunyai kod kawasan yang sama dengan Mojokerto, iaitu 0321; khusus untuk Operator CDMA Starone, Jombang mempunyai kod kawasan yang sama dengan Surabaya, iaitu 031. Semua operator telefon bimbit, baik GSM mahupun CDMA nasional (kecuali [Lippo]] dan [Esia]]), dapat beroperasi di Jombang.

Di Jombang, terdapat juga beberapa stesen radio FM (termasuk dua buah stesen kerajaan), serta sejumlah tabloid, majalah, dan akhbar daerah. Akhbar utama Jombang antara lain termasuk Jawa Pos (Radar Mojokerto), Kompas, Surya, Bangsa,  dan Memorandum.  Saluran TVRI, dan 10 TV swasta nasional, serta 2 stesen televisyen swasta tempatan (JTV dan TV Anak Surabaya) dapat diterima di sini dengan jelas.

Selain itu, juga hadir beberapa media online seperti http://www.infojombang.tk[pautan mati kekal] Media info jombang ini merupakan media yang memberikan informasi yang ada di sekitar Jombang. Selain itu, juga ada media online lainnya yang terbit dari jombang, media yang berisi info usaha. Yakni http://www.info-usaha.tk Media info usaha ini kami harapkan dapat memberikan solusi untuk mengatasi pengangguran dengan memberikan peluang usaha yang dapat dikerjakan oleh semua orang. Setidaknya mereka dapat mencontoh kesuksesan yang terdapat pada media info usaha ini.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Kabupaten Jombang memiliki sejumlah institusi pendidikan tinggi, antaranya: Universitas Hasyim Asy'ari, Universiti Darul Ulum (UNDAR), Sekolah Tinggi Perguruan dan Ilmu Pendidikan PGRI Jombang (STKIP PGRI Jombang), Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Dewantara (STIE Dewantara), Universiti Bahrul Ulum, Intitut Keislaman Hasyim Asy'ari (IKAHA), Universiti Pesantren Darul Ulum (UNIPDU), serta enam buah akademi (antaranya Akper/Akbid Pemkab Jombang, dan Akper/Akbid Darul Ulum). Universiti Hasyim Asy'ari merupakan institusi pendidikan tinggi yang terkemuka di Jombang.

Kabupaten Jombang memiliki 853 buah sekolah dasar (SD) dan Madrasah Ibtidaiyah (MI) (antaranya 581 SD/MI awam), 229 buah Sekolah Menengah Pertama (SLTP, antaranya 62 SLTP awam), dan 157 buah Sekolah Lanjutan Tingkat Atas (SLTA, antaranya 26 SLTA awam).

Sekolah Menangah Atas Negeri 2 Jombang merupakan sekolah utama negara. Pada tahun 2004, sekolah ini mencapai prestasi Nilai Ujian Nasional (NUN) yang tertinggi di seluruh Jawa Timur dalam jurusan Ilmu Pengetahuan Alam (IPA) dan pada tahun 2005, tiga orang pelajarnya masuk tempat lima teratas NUN se-Jawa Timur. Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi Darul Ulum (BPPT Darul Ulum), lagi sebuah Sekolah Menangah Atas yang utama, mempunyai reputasi pada peringkat negara dan oleh itu, Kementerian Pendidikan Republik Indonesia (Depdiknas) telah menetapkannya sebagai salah satu Sekolah Nasional Bertaraf Antarbangsa (SNBI).

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Kabupaten Jombang mempunyai berbagai-bagai keindahan alam dan potensi pelancongan lain yang menarik. Sayangnya, potensi tersebut pada umumnya masih belum dieksploitasi, dan tidak adanya infrastruktur yang memadai untuk memajukan pelancongan di kabupaten ini, akibat kekurangan pelaburan untuk mengerjakannya. Sebenarnya, lokasi kabupaten ini adalah amat strategik dari segi pelancongan di sebelah daerah destinasi melancong alam semula Malang di tenggara, Pacet-Trawas-Tretes di timur, dan tapak bersejarah Trowulan (tapak Majapahit) di barat.

  • Tirta Wisata (Tempat Rekreasi Air Suci): Terletak di tepi jalan raya Jombang-Surabaya, Desa Keplaksari, Kecamatan Peterongan, tempat ini merupakan tempat perkelahan tempatan yang popular dan yang mengandungi tempat istirehat terapung, kolam pancing, kolam renang dan gelanggang tenis. Tempat ini juga sering mengadakan berbagai-bagai konsert, baik oleh artis tempatan mahupun oleh artis ibu kota.
  • Hutan Rekreasi Sumberboto: Hutan ini yang terletak di Desa Grobogan, Kecamatan Mojowarno merupakan hutan rekreasi yang banyak dikunjungi oleh pelancong tempatan. Di sini terdapat suasana dingin yang indah dengan pohonan, serta kolam renang air hangat.
  • Perkebunan Panglungan: Terletak di Desa Sambirejo, Kecamatan Wonosalam, kawasan perkebunan ini dengan topografi pergunungan berperanan sebagai sebuah kawasan tadahan dan pemuliharaan. Pada saat ini, Panglungan Tengah telah dikembangkan sebagai sebuah pusat pelancongan pertanian, dengan tanaman-tanaman utamanya merupakan koko, cengkih, belinjau, dan kopi.
  • Air Terjun Tretes: Terletak di Dusun Tretes, Desa Galengdowo, Kecamatan Wonosalam, sekitar 40 kilometer dari pusat Kota Jombang, air terjun yang sangat indah dan yang tingginya 158 meter terletak 1,250 meter atas aras laut.
  • Gua Sigolo-golo: Terletak di Dusun Kranten, Desa Panglungan, Kecamatan Wonosalam, gua ini adalah antara gua-gua yang indah yang belum dikembangkan sebagai tarikan melancong komersil.
  • Lubuk Pusar Cinet: Terletak di desa Pojok Klitih, Kecamatan Plandaan, lubuk pusar ini merupakan tarikan melancong pergunungan yang sangat mempesona. Aliran sungai yang jernih dan menawan dilintasi oleh "jambatan goyang".
  • Mata Air Made: Terletak di Desa Made, Kecamatan Kudu, terdapat peninggalan sejarah tempat kediaman Raja Airlangga di kawasan ini. Selain daripada Mata Air Made, terdapat juga mata-mata air lain yang lebih kecil, antaranya Mata Air Payung, Mata Air Padusan, Mata Air Drajat, Mata Air Sinden, dan Mata Air Omben.
  • Institusi pendidikan agama Islam:
  • Tempat sembahyang:
    • Kuil Hong San Kiong: Terletak di desa Gudo, Jombang, kuil ini selain daripada dikenali sebagai tempat sembahyang campuran tiga agama (agama Taoisme, Buddhisme, dan Konfusianisme) juga merupakan sebuah tempat perubatan. Yang menariknya, banyak yang datang untuk berubat juga termasuk orang pribumi. Menjelang setiap Hari Tahun Baru Cina, kuil ini akan mengadakan acara hajat yang cukup meriah, seperti Wayang Cina serta juga Pertunjukan Barongsay.
    • Gereja Mojowarno.: Selain daripada merupakan gereja yang tertua di kawasan ini, Gereja Mojowarno juga pernah merupakan pusat salah satu mazhab Protestan pada zaman Belanda. Setiap tahun sekali, gereja ini mengadakan Upacara Kebetan dan Unduh-unduh yang penuh sekali dengan kebudayaan tempatan.
    • Candi Arimbi: Terletak di Desa Ngrimbi, Kecamatan Wonosalam, candi ini dahulunya merupakan pintu gerbang sebelah selatan Kerajaan Majapahit kerana lokasinya yang sangat strategik di tepi jalan utama Mojoagung-Wonosalam.
  • Makam:
  • Perusahaan:
    • Perusahaan Manik-manik Kaca: Lokasi perusahaan skala kecil ini terletak di Desa Plumbon-Gambang, Kecamatan Gudo. Di sini para pengusaha menyulap kaca-kaca terpakai menjadi berbagai-bagai manik yang sangat mengagumkan. Keluaran-keluaran perusahaan ini telah dijual di pasaran eksport (Asia dan Eropah), serta juga merupakan salah satu keluaran yang banyak ditemukan di Pasar Seni Bali.
    • Perusahaan Mengacu Gangsa: Lokasi perusahaan mengacu gangsa terletak di Desa Mojotrisno, Kecamatan Mojoagung. Keluaran-keluaran gangsa seperti patung kenang-kenangan juga dijual di pasaran luar negeri.
  • Makanan Khas: Terdapat beberapa lokasi di kota Jombang yang menyajikan makanan khas selera Jombang, diantaranya Rawon Warung Pojok Perak, Nasi Kikil Diwek, SateGule Ringin Contong, Soto Ringin Contong, Depot GiriJaya, Depot Nikmat, dan Depot Heny. Adapun Tempat mangkal para PKL dan Warkop yaitu Simpang Tiga, Simpang Empat, Pujasera KebonRojo dan Alun-alun Jombang. Sedangkan kudapan dan kue tradisional yang terkenal di Jombang adalah produk unggulan buatan Donat Kampoeng Utami, diantaranya Donat, Roti Manis, Lemper, dan kue tradisional lainnya.

Tokoh-tokoh terkenal[sunting | sunting sumber]

Pahlawan Nasional[sunting | sunting sumber]

Tokoh sosial politik[sunting | sunting sumber]

Tokoh seni dan budaya[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


 
Kabupaten Jombang, Provinsi Jawa Timur
Lambang Daerah Kabupaten Jombang

Kecamatan: Bandar Kedung Mulyo | Bareng | Diwek | Gudo | Jogoroto | Jombang | Kabuh | Kesamben | Kudu | Megaluh | Mojoagung | Mojowarno | Ngoro | Ngusikan | Perak | Peterongan | Plandaan | Ploso | Sumobito | Tembelang | Wonosalam

 
Jawa Timur
Lambang Provinsi Jawa Timur "Jer Basuki Mawa Bea"

Kabupaten: Banyuwangi | Bangkalan | Blitar | Bojonegoro | Bondowoso | Gresik | Jember | Jombang | Kediri | Lamongan | Lumajang | Madiun | Magetan | Malang | Mojokerto | Nganjuk | Ngawi | Pacitan | Pamekasan | Pasuruan | Ponorogo | Probolinggo | Sampang | Sidoarjo | Situbondo | Sumenep | Trenggalek | Tuban | Tulungagung

Kota: Batu | Blitar | Kediri | Madiun | Malang | Mojokerto | Probolinggo | Pasuruan | Surabaya

Lihat juga: Daftar kabupaten dan kota di Indonesia