Jordi Alba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jordi Alba
Maklumat peribadi
Nama penuh Jordi Alba Ramos
Tarikh lahir (1989-03-21) 21 Mac 1989 (umur 35)
Tempat lahir L'Hospitalet, Sepanyol
Ketinggian 1.65 m (5 ka 5 in)[1]
Posisi permainan Bek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
Inter Miami
Nombor 18
Kerjaya remaja
1996–1998 Hospitalet
1998–2005 Barcelona
2005–2007 Cornellà
2007 Valencia
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2007–2008 Valencia B 18 (5)
2008–2012 Valencia 74 (5)
2008–2009Gimnàstic (pinjaman) 35 (4)
2012–2023 Barcelona 313 (17)
2023– Inter Miami 5 (1)
Pasukan kebangsaan
2006 Sepanyol B19 6 (1)
2009 Sepanyol B20 9 (0)
2008–2011 Sepanyol B21 4 (0)
2012 Sepanyol B23 4 (0)
2011–2023 Sepanyol 93 (9)
2008–2013 Catalonia 5 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 00:30, 21 September 2023 (UTC)

Jordi Alba Ramos (lahir 21 Mac 1989) merupakan pemain bola sepak Sepanyol yang kini bermain untuk Inter Miami.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Valencia[sunting | sunting sumber]

Alba membuat debut untuk Valencia pada 13 September 2009 ketika menang 4-2 ke atas Real Valladolid.[2] Beliau kemudian bermain dua perlawanan Liga Europa menentang Lille dan Salvia Prague. Pada 11 Arpril 2010, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Valencia ketika tewas 3-2 kepada RCD Mallorca.[3]

Pada musim 2010-11, beliau bermain 27 perlawanan liga dan Valencia berjaya menduduki tempat ketiga serta layak ke Liga Juara-Juara.

Barcelona[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Jun 2012, Alba menandatangani kontrak lima tahun bersama Barcelona dengan bayaran €14 juta.[4] Beliau membuat debut untuk Barcelona pada 19 Ogos ketika menang 5-1 ke atas Real Sociedad.[5]

Alba menjaringkan gol pertamanya untuk Blaugrana pada 20 Oktober 2012 ketika menang 5-4 ke atas Deportivo dan beliau juga menjaringkan gol sendiri pada perlawanan itu. Beliau berjaya menjaringkan gol kemenangan buat Barca ketika menentang Celtic pada perlawanan Liga Juara-Juara, 2-1.[6]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Alba meraikan jaringan golnya ketika aksi Euro 2012.

Alba menerima panggilan pertama oleh pasukan kebangsaan Sepanyol pada 30 September 2011 untuk menentang Republik Czech dan Scotland pada perlawanan kelayakan UEFA Euro 2016.[7] Beliau membuat debut untuk Sepanyol ketika menang 3-1 ke atas Scotland pada 11 Oktober. Beliau membuat hantaran kepada David Silva untuk menjaringkan gol pembukaan.

Alba termasuk dalam skuad Sepanyol yang beraksi di Euro 2012 oleh pengurus Vincente del Bosque. Beliau bermain kesemua perlawanan sehingga Sepanyol menjadi juara. Beliau membuat hantaran kepada Xabi Alonso untuk menjaringkan gol pembukaan, 2-0 ketika perlawanan suku akhir menentang Perancis].[8] Beliau juga menjaringkan gol kedua Sepanyol ketika perlawanan akhir menentang Itali sebelum Sepanyol dinobatkan sebagai juara Eropah selepas menewaskan Itali, 4-0.

Alba mengambil bahagian di Piala Konfederasi FIFA 2013 di Brazil. Beliau menjaringkan dua gol ketika perlawanan peringkat kumpulan menentang Nigeria, 3-0.[9] Alba bermain ketiga-tiga perlawanan Sepanyol di Piala Dunia FIFA 2014 sebelum juara dunia itu tersingkir.[10]

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
1 Julai 2012 Kiev, Ukraine  Itali
2–0
4–0
UEFA Euro 2012
2
12 Oktober 2012 Minsk, Belarus  Belarus
0–1
0-4
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
3
23 Jun 2013 Fortaleza, Brazil  Nigeria 0–1 0–3 Piala Konfederasi FIFA 2013
4
0–3
5
22 Ogos 2007 Helsinki, Finland  Finland
0–1
0–2
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 22 Disember 2014
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain[11] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Sepanyol Gimnàstic 2008–09 35 4 1 0 36 4
Jumlah 35 4 1 0 36 4
Sepanyol Valencia 2009–10 15 1 2 0 9 0 26 1
2010–11 27 2 4 0 3 0 34 2
2011–12 32 2 8 0 10 1 50 3
Jumlah 74 5 14 0 22 1 110 6
Sepanyol Barcelona 2012–13 29 2 5 1 9 2 1 0 44 5
2013–14 15 0 5 0 4 0 2 0 26 0
2014–15 13 1 0 0 4 0 0 0 17 1
Jumlah 57 3 10 1 17 2 3 0 87 6
Jumlah kerjaya 166 12 25 1 39 3 3 0 233 16

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Barcelona

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sepanyol

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.soccerbase.com/players/player.sd?player_id=53722
  2. ^ Villa stars in Valencia win Diarkibkan 2012-10-25 di Wayback Machine; ESPN Soccernet, 13 September 2009
  3. ^ Los Che complete woeful week Diarkibkan 2012-10-25 di Wayback Machine; ESPN Soccernet, 11 April 2010
  4. ^ Agreement with Valencia over Jordi Alba; Barcelona's official website, 28 June 2012
  5. ^ "Messi bags brace for five-goal Barca". ESPN Soccernet. 19 August 2012. Dicapai pada 20 August 2012.
  6. ^ "Last-gasp Barcelona break Celtic hearts". UEFA.com. 23 October 2012. Dicapai pada 24 October 2012.
  7. ^ Only one new face as Del Bosque names Spain squad; Shanghai Daily, 30 September 2011
  8. ^ Centurion Alonso sends Spain into last four; UEFA.com, 23 June 2012
  9. ^ "Alba brace sees Spain top group". FIFA.com. 23 June 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-26. Dicapai pada 25 June 2013.
  10. ^ "Villa and Spain bow out on a high". FIFA.com. 23 June 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-15. Dicapai pada 9 July 2014.
  11. ^ Termasuk Supercopa de España, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA
  12. ^ "UEFA EURO 2012 Team of the Tournament". UEFA.com. 2 July 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-14. Dicapai pada 9 July 2014.