Jos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jos
Pinggir bandar Jos
Koordinat: 9°56′U 8°53′T / 9.933°U 8.883°T / 9.933; 8.883Koordinat: 9°56′U 8°53′T / 9.933°U 8.883°T / 9.933; 8.883
Negara Nigeria
Negeri Negeri dataran tingggi
Kerajaan
 • Ketua Victor Pam
Ketinggian 4,062 ft (1,238 m)
Populasi
 • Jumlah 520,000
 • Kepadatan 1,010/sq mi (391/km2)

Jos adalah sebuah kota yang terletak di tengah-tengah Nigeria dan merupakan ibu negeri pentadbiran bagi Negeri Dataran Tinggi. Ia terletak di kedudukan 9°56′U 8°53′T / 9.933°U 8.883°T / 9.933; 8.883, tinggi di Penara Jos. Semasa pemerintahan penjajahan Britain, Jos adalah sebuah pusat penting bagi perlombongan bijih timah. Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, Jos mengalami perselisihan ekoran pertembungan agama di antara penduduk Islam dan Kristian pada tahun 2001, 2008 dan 2010.

Fakta kota[sunting | sunting sumber]

Jos didiami seramai 510,000 orang penduduk, menjadikan ia sebagai kota ke-10 terbesar di Nigeria.[1] Kota ini dibahagikan kepada tiga kawasan kerajaan tempatan yang berasingan: Jos-Utara, Jos-Selatan, dan Jos-Timur yang mana memiliki kepadatan kependudukan gabungan seramai 1,013 penduduk bagi setiap satu batu persegi (391 penduduk per km²)[perlu rujukan] menjadikan ia sebagai bahagian paling ramai penduduk di Negeri Dataran Tinggi.

Dengan ketinggian pada 4,062 kaki (1,217 m) di atas permukaan laut, ia mengalami iklim sederhana berbanding bahagian-bahagian lain di Nigeria (purata suhu bulanan di antara 70 °F/ 21 °C sehingga 77 °F/ 25 °C). Suhu yang lebih sejuk ini menjadikan Jos menjadi pilihan sebagai lokasi percutian sejak zaman penjajahan sehingga kini kepada para pelancong dan expatriates yang bekerja di Nigeria. Terletak hampir di tengah pusat geografi Nigeria dan kira-kira 179 km (109 batu) dari Abuja, ibu negara Nigeria. Jos dihubungkan oleh jaringan jalan raya, keretapi dan udara dengan bahagian-bahagian lain.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Europa World Year Book 2005, pp.3269

Pautan luar[sunting | sunting sumber]