José Eduardo dos Santos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
José Eduardo dos Santos
Presiden Angola Ke-2
Dalam jawatan
10 September 1979 – 25 September 2017
Perdana Menteri
Didahului olehAgostinho Neto
Digantikan olehJoão Lourenço
Butiran peribadi
Lahir(1942-08-28)28 Ogos 1942
Luanda, Angola Portugis
Meninggal dunia8 Julai 2022(2022-07-08) (umur 79)
Barcelona, Sepanyol
Parti politikGerakan Rakyat bagi Pembebasan Angola
Pasangan
Anak-anak

José Eduardo dos Santos (28 Ogos 1941 – 8 Julai 2022 di Luanda) ialah seorang ahli politik Angoa yang pernah berkhidmat sebagai Presiden Angola dari 1979 hingga 2017. Sebagai presiden, dos Santos juga merupakan pemerintah tertinggi Angkatan Bersenjata Angola dan Presiden Gerakan Rakyat bagi Pembebasan Angola (MPLA), parti politik yang memerintah Angola sejak ia memperoleh kemerdekaan pada 1975.[2] Beliau juga merupakan presiden kedua paling lama berkhidmat di Afrika, di belakang Presiden Equatorial Guinea, Teodoro Obiang Nguema Mbasogo yang berkhidmat dua bulan lebih awal daripada dos Santos[3], dan kini masih berkhidmat.

Kehidupan peribadi dan kematian[sunting | sunting sumber]

José Eduardo dos Santos berkahwin tiga kali dan mempunyai enam orang anak daripada isteri-isterinya, dan seorang lahir luar dari perkahwinan.[4] Isteri pertamanya ialah wanita kelahiran Russia, Tatiana Kukanova, yang ditemuinya ketika belajar di Azerbaijan.[5][6][7] Anak Dos Santos dan Kukanova termasuklah Isabel dos Santos, wanita terkaya di Afrika.

Dengan isteri seterusnya Filomena Sousa, seorang daripada anaknya ialah José Filomeno dos Santos, yang berkhidmat sebagai Pengerusi Fundo Soberano de Angola. Dengan isteri seterusnya Maria Luísa Abrantes Perdigão, salah seorang anaknya ialah seniman Angola, Coréon Dú.[8] Perkahwinan terakhirnya ialah dengan bekas model fesyen dan pramugari Ana Paula dos Santos, yang dikahwini pada 1991. Dia dan keluarganya mengumpulkan banyak kekayaan peribadi.[9]

Pada pertengahan 2017, dos Santos dua kali mengembara ke Barcelona di Sepanyol untuk kunjungan panjang yang terkait dengan khabar angin mengenai masalah kesihatannya. Kerajaan mengesahkan lawatan pertamanya berkait dengan kesiahatannya, namun tiada keterangan rasm mengenai kunjungan kali keduanya, yang bertarikh 3 hingga 19 Julai.[10]

Selain bahasa Portugis, beliau turut mahir dalam bahasa Sepanyol, Perancis dan Rusia.[11]

Dos Santos meninggal dunia di Pusat Perubatan Teknon di Barcelona pada 8 Julai 2022 di usia 79 tahun.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawatan dihapuskan pada 2010.
  2. ^ "Introduction ::Angola". 25 May 2022.
  3. ^ John C. Fredriksen, ed. Biographical Dictionary of Modern World Leaders (2003) pp 139–141.
  4. ^ "José Eduardo dos Santos, * 1942 | Geneall.net". geneall.net. Dicapai pada 7 February 2016.
  5. ^ David Smith, "Isabel dos Santos, dubbed 'princess', named Africa's first female billionaire", The Guardian, 25 January 2013.
  6. ^ Louise Redvers, "Angola: Who's who in the palace?", Mail & Guardian (Zambia), 2 November 2012.
  7. ^ "Angolan Africa's first woman billionaire", The Australian, 25 January 2013
  8. ^ "Especial dia Internacional da Mulher : Coreon Dú "A mulher angolana que mais admiro é minha mãe Dra. Maria Luísa Perdigão Abrantes"". Platinaline.com. Dicapai pada 17 February 2016.
  9. ^ "Angola's ruling family is worth billions. What happens when dad steps down? – African Arguments". 14 August 2017. Dicapai pada 1 May 2018.
  10. ^ "Angolan president returns from second trip to Spain, condition unclear", Reuters, 20 July 2017.
  11. ^ "Angola : The Untold history of the President Jose Eduardo dos Santos". historyofafricaotherwise.blogspot.com. 9 May 2014. Dicapai pada 26 May 2020.
  12. ^ "Angola's former president dos Santos dies aged 79". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 8 July 2022. Dicapai pada 8 July 2022.

Templat:Presiden Angola