José Juan Vázquez

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
José Juan Vázquez
Maklumat peribadi
Nama penuh José Juan Vázquez Gómez
Tarikh lahir (1988-03-14) 14 Mac 1988 (umur 36)
Tempat lahir Celaya, Mexico
Ketinggian 1.66 m (5 ka 5 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
León
Nombor 23
Kerjaya remaja
2007–2008 Atlético Comonfort
2008 Atlético San Francisco
2008–2009 Cuervos Negros de Zapotlanejo
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2009–2011 Celaya 53 (3)
2011– León 93 (4)
Pasukan kebangsaan
2014– Mexico 10 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 25 November 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21 November 2014

José Juan Vázquez Gómez (Sebutan Sepanyol: [xoˈse ˈxwam ˈbaskes]; lahir 14 Mac 1988) merupakan pemain bola sepak Mexico yang kini bermain untuk León. Beliau bermain di posisi pemain tengah.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Celaya[sunting | sunting sumber]

José Juan Vázquez mula bermain bola sepak pada usia 19 tahun bersama pasukan Atlético San Francisco dan Atlético Comonfort yang beraksi di divisyen empat. Beliau kemudian ke kelab Celaya.

León[sunting | sunting sumber]

Vázquez tiba di León pada 12 Disember 2011 secara pinjaman kemudian beliau menjadi pemain tetap.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Vázquez menerima panggilan pertama oleh pasukan kebangsaan Mexico pada 23 Januari 2014 di bawah jurulatih Miguel Herrera dalam satu perlawanan persahabatan menentang Korea Selatan di Amerika Syarikat untuk perlawanan pemanas badan Piala Dunia FIFA 2014.

Beliau membuat debut Piala Dunia pada 13 Julai menentang Cameroon. Vázquez telah melengkapkan 61 hantaran pada perlawanan itu.[1] Beliau kemudian bermain dua lagi perlawanan peringkat kumpulan menentang Brazil dan Croatia. Beliau terlepas perlawanan menentang Belanda pada pusingan 16 kerana digantung memiliki dua kad kuning.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Sehingga 24 November 2014
Pasukan kebangsaan Mexico
Tahun Kmncln Gol
2014 10 0
Jumlah 10 0

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Celaya
León

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-16. Dicapai pada 2014-12-26.