José Piendibene

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


José Piendibene
José Piendibene.jpg
José Piendibene
Maklumat peribadi
Nama penuh José Miguel Piendibene Ferrari
Tarikh lahir 05 Jun 1890(1890-06-05)
Tarikh kematian 12 November 1969 (umur 79)
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1908-1928 Peñarol 506 (253)
Pasukan kebangsaan
1909-1923 Uruguay 40 (20)
Pasukan diurus
1934 Peñarol
1940-1941 Peñarol
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

José Miguel Piendibene Ferrari atau Piendibene (5 June 1890 - 12 November 1969) ialah seorang pemain bola sepak yang mewakili pasukan Uruguay.

Karier[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Piendibene memulakan debut beliau bersama kelab Peñarol pada bulan April 1908, pada ketika itu beliau baru berusia 17 tahun. Pada awalnya, beliau bermain di posisi penyerang. Selama beliau bersama kelab Peñarol, beliau telah membantu kelab itu memenangi Liga Premier Uruguay sebanyak enam kali.

Negara[sunting | sunting sumber]

Piendibene memulakan debut beliau bersama pasukan Uruguay pada tahun 1909, pada ketika itu pasukan Uruguay berjaya menewaskan pasukan Argentina dengan jaringan 3-0 di mana dua gol telah disumbangkan oleh Piendibene.

Piendibene mewakili pasukan Uruguay dalam kejohanan Copa América pada tahun 1916. Dalam perlawanan itu, beliau telah menjaringkan gol pertama kejohanan itu ketika menentang Chile di mana pasukan Uruguay menang dengan jaringan 4-0. Dalam kejohanan itu, beliau menjaringkan 2 gol secara keseluruhan.

Piendibene juga mewakili pasukan Uruguay dalam kejohanan Copa América pada tahun 1917 tetapi beliau tidak bermain dalam sebarang perlawanan yang melibatkan pasukan Uruguay[1].

Sepanjang karier beliau bersama negara, beliau telah mewakili pasukan Uruguay sebanyak 40 kali, dan menjaringkan 20 gol. Perlawanan terakhir beliau bersama pasukan Uruguay pada bulan November 1923, di mana beliau telah menjaringkan gol ketika pasukan Uruguay menang ke atas pasukan Chile dengan jaringan 2-1 dalam satu perlawanan persahabatan.


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Kejohanan Kelab Tahun Pencapaian
Liga Perdana Uruguay CURC 1911 Juara liga
Liga Perdana Uruguay Peñarol 1918 Juara liga
Liga Perdana Uruguay Peñarol 1921 Juara liga
Liga Perdana Uruguay Peñarol 1924 Juara liga
Liga Perdana Uruguay Peñarol 1926 Juara liga
Liga Perdana Uruguay Peñarol 1928 Juara liga


Negara[sunting | sunting sumber]

Kejohanan Tuan rumah Pencapaian
Copa America 1910 Argentina Argentina Naib johan
Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1916 Argentina Argentina Johan
Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1917 Uruguay Uruguay Johan
Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1920 Chile Chile Johan
Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1921 Argentina Argentina Tempat ketiga


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Southamerican Championship 1917". RSSSF. Diperoleh pada 05 Januari 2014.