Joshua
Joshua (Bahasa Ibrani: יְהוֹשֻׁעַ Yehoshua; Bahasa Greek: Ἰησοῦς, sama seperti Jesus; Latin: Josue atau Jesus dalam bahasa Ibrani; Bahasa Arab: يوشع بن نون Yusha‘ ibn Nūn), berdasarkan kepada Kitab Yahudi, menjadi pemimpin kepada puak-puak bani Israel selepas kematian Musa. Cerita beliau banyak diceritakan di dalam kita-kitab Exodus, Nombor dan Joshua. Berdasarkan Bible, nama Joshua adalah Hoshea anak lelaki kepada Nun, dari Puak Ephraim, akan tetapi Musa memanggil beliau Joshua, (Numbers 13:16) dan nama ini merupakan nama yang beliau banyak diketahui. Joshua telah dilahirkan di Mesir sebelum Peristiwa Exodus, dan berkemungkinan sebaya dengan Caleb, yang mana beliau kadang kali ditemaninya.
Joshua merupakan salah seorang daripada dua belas perisik bani Israel yang dihantar oleh Musa bagi menjelajah tanah Kana'an. (Numbers 13:1-16) Selepas kematian Musa, beliau memimpin bani Israel dalam penaklukan tanah Kana'an, dan membahagikan tanah ini kepada puak-puak bani Israel. Tahun di mana kejadian ini berlaku masih menjadi perdebatan akedemik. Berdasarkan kebiasaan kronologi Bible, Joshua hidup di antara tahun 1450 – 1370 SM, atau sekitar akhir Zaman Gangsa. Berdasarkan Joshua 24:29, Joshua mati pada umur 110 tahun.
Joshua juga mendapat kedudukan kepada penganut Islam; pengikut Shi'ah percaya bahawa beliau adalah seorang Imam. Meskipun tidak cannonized, beliau dianggap oleh sebilangan orang adalah Santo Penaung dari para perisik dan ahli perisikan.
Rujukan [sunting]
Pautan luar [sunting]
- Book of Joshua at Wikisource.
- The Book of Joshua, Douay Rheims Bible Version with annotations By Bishop Challoner
- Book of Joshua at BibleGateway
- Smith’s Bible Dictionary
- Easton's Bible Dictionary & Int. Standard Bible Encyclopedia
|
Joshua
|
||
| Didahului oleh Musa |
Hakim dari Israel | Diikuti oleh: Othniel |
Templat:Prophets of the Tanakh
for more info, type: Joshua's Conquests in the search bar on wiki.