Josiah Hogan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Josiah Hogan
Kelahiran
Josiah Padilla Hogan

(1986-10-09) 9 Oktober 1986 (umur 37)
Nama lainMohamad Musleh
PekerjaanPelakon, penyanyi, pemuzik, pengacara
Tahun aktif2006–kini
PasanganNurul Hidayu Noordin (k. 2013)
Anak-anak4
Kerjaya muzik
GenreRock
InstrumenVokal, gitar
Pengkarya berkait
Maddame

Josiah Padilla Hogan (lahir 9 Oktober 1986) merupakan seorang pelakon dan penyanyi lelaki Malaysia kelahiran Amerika Syarikat.[1] Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2010 dan terkenal dengan peranan televisyen termasuk Bicara Hati (2010), Cinta Jangan Pergi (2013) dan Gerak Khas (2017) serta peranan filem termasuk Manisnya Cinta Di Cappadoccia (2014) dan KL Special Force (2018).[2] Selain itu, beliau juga seorang pemuzik dan bergiat aktif bersama kumpulannya, Maddame.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2010, Josiah berlakon dalam drama biopik Natrah yang dibintangi oleh Juliana Evans. Beliau telah muncul dalam telefilem Disapa Izrail yang mengisahkan tentang seorang pemuda yang ingin menebus kesilapan lalu. Beliau memegang watak seorang pemandu teksi yang bernama Hamdan.

Kerjaya filem Josiah bermula pada 2013 apabila Ellie Suriati menawarkan beliau berlakon dalam filem Penanggal. Ia menjadi filem sulung lakonannya dengan watak lakonannya sebagai Syed Yassin Al-Attas. Pada tahun yang sama, beliau berlakon bersama Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dalam drama Cinta Jangan Pergi, memegang watak sebagai Hudd.

Beliau memegang watak sebagai Fredo dalam filem romantik karya Bernard Chauly, Manisnya Cinta Di Cappadoccia (2014) lakonan Shaheizy Sam, Fazura dan Lisa Surihani.

Beliau juga ialah pengacara rancangan dokumentari paranormal Strange Encounters untuk siaran di Go Asean di mana beliau menjelajah ke beberapa negara Asia bagi membongkar kisah-kisah misteri dan aneh.[4]

Josiah muncul dalam filem drama sukan 2018 bertajuk Surf This Love: Gelora Juara yang ditayangkan pada 22 Februari 2018, dibintangi oleh Shukri Yahaya, Mustaqim Bahadon dan Ardell Aryana. Ia menjadi filem pertama lakonan bersama Josiah dan Mustaqim.[5][6] Tidak lama selepas itu, beliau memegang watak sebagai Bakar, salah seorang ahli kumpulan perompak Geng Anarkis dalam filem aksi jenayah, KL Special Force arahan Syafiq Yusof lakonan Rosyam Nor, Syamsul Yusof dan Fattah Amin. Filem ini ditayangkan pada 8 Mac 2018 dan merupakan kejayaan komersial dan kritis.

Josiah merupakan pelakon utama drama Mimpi Sabrina yang bersiaran di TV3, bersama Juliana Evans dan Erwin Dawson, beliau memegang watak sebagai Ridzuan. Beliau kemudian muncul dalam drama Degup Cinta di Astro Ria.[7]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Josiah dilahirkan di Kingsville, Texas, Amerika Syarikat dan dibesarkan di Malaysia. Beliau fasih bertutur bahasa Melayu, dialek pantai timur dan Inggeris.[8] Beliau telah berkahwin sebanyak dua kali dan mempunyai empat anak. Perkahiwnan pertama Josiah dengan bekas isterinya dikurniakan seorang anak, Irvine. Josiah berkahwin kali kedua dengan Noor Hidayah Nordin pada 25 Mei 2013.[9][10] Beliau dikurniakan tiga lagi anak, iaitu Ireleen, Irsa dan anak keempatnya yang dilahirkan pada 12 Mei 2020.[11]

Pada Disember 2016, Josiah mendedahkan dalam satu temubual bahawa impiannya untuk berlakon di A.S. tidak menjadi kenyataan apabila beliau ditipu oleh sebuah studio penerbitan Hollywood.[12][13][14]

Beliau merancang ingin mencari keluarga sebelah bapanya di Mexico.[15][16]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2013 Penanggal Syed Yassin Al-Attas Filem pertama
2014 Manisnya Cinta Di Cappadoccia Fredo
2015 Kastil Tua David
2017 LuQman Marwan Al-Hadi
2018 Surf This Love: Gelora Juara Mike
KL Special Force Bakar(geng anarkis)
2019 7 Hari Kisah Cinta Langkawi Joe
Wira Rayyan
KL Vampires Shah
2020 Tyickoouns Pembantu Tycoon Sobeer Penampilan khas
Pasal Kau! Tengku Iskandar
2021 Antaramasa Asri
2022 The Disappearance of Irdina Adhwa Izdan Adhwa
Biko Amir
2024 Janna Endoro Apang
TBA Takluk: Inspirasi Lahad Datu Pos-produksi

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010 Disapa Izrail Hamdan Astro Oasis
2011 Cinta Hero Malaya Daniel Astro Warna
Tangisan Langsuir Razak Astro Prima
2012 Kopi dan Dia Adam TV3
Cinta Si Bunga Tembam Andy
2013 XOXO Johan TV9
2018 Realiti Ramadan Mike Mike NTV7
2020 Ara TV3
2021 Jeti Badrul
2023 Pinang Durian Tonton

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Natrah Astro Prima
2011 Projek Pop Kamil 8TV
Kasih Alia Hafiz TV3
2012 Bicara Hati Razif Astro Prima
Memberku Hawa Joe TV3
2013 Cinta Jangan Pergi Hudd TV9
Teduhan Kasih Adrian TV3
What If Imzan 8TV
Cucur Bawang Kopi O Khairulnizam TVi
Plus One Counselor TV9
2014 Putih Pasir Pantai Izzuddin TV1
Setitis Kasih Darmia Zulfekar TV9
Sarafina Zariff Astro Prima
2015 Kata Hati Omar TV1
2017 Gerak Khas (Musim 17) Carlos TV2 Episod: "Jejak Bangkok"
2018 Gerak Khas (Musim 18) Robert Episod: "Jerat Kekasih"
Tasbih Rindu Sani TV1
30 Juzuk Cinta Obelia
Salon David Viu
2019 Mimpi Sabrina Ridzuan TV3
2019–2020 Adellea Sofea Karl
2019–2021 Black Leo Raja Vokal Viu
2020 Degup Cinta Reza Astro Ria
2022 Khilaf Asmara TV3
Tiada Maaf Buatmu Rashid Astro Ria
Fantasia Inn Profesor Azhar TV Okey
2023 Persepsi Kai Astro Ria
Zuriat Dari Penjara Zaman TV1
Gamers Mangkuk Slayer Astro Premier Pelakon undangan
2024 SeOfis Arman Tonton
Perempuan Ilmu Hitam Azhar
Khunsa Azlan (30 tahun) Astro Ria

Video Klip[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2016 "Engkau Milikku" Alyah
2020 "Maaf" Adira

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2015 Four By Four Pengacara 8TV
2016 Strange Encounters Go Asean

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Georgie Joseph (21 Februari 2018). Ramai terlupa ‘tag’ Josiah Harian Metro. Diperoleh pada 11 Jun 2018.
  2. ^ Fairuz Izyana Ayub (22 Februari 2018). Josiah Hogan mahu mencuba melakonkan pelbagai watak Utusan Malaysia. Diperoleh pada 11 Jun 2018.
  3. ^ Nurfarhana Mohamed (22 Februari 2018). Henti menilai luaran Utusan Malaysia. Dicapai pada 11 Jun 2018.
  4. ^ Strange Encounters Go Asean. Dicapai pada 10 Mei 2017.
  5. ^ Ardell, Josiah enggan 'main-main' Diarkibkan 2018-05-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia (9 November 2016). Dicapai pada 9 November 2016.
  6. ^ Shazryn Mohd Faizal (2 Mac 2018). "Peluncuran terumbang-ambing dalam Surf This Love: Gelora Juara". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-06. Dicapai pada 3 Mei 2018.
  7. ^ Georgie Joseph (14 Mei 2020). Intai tahap 'luar biasa' Harian Metro. Dicapai pada 15 Mei 2020.
  8. ^ Georgie Joseph (6 September 2019). Josiah mahu jejaki keluarga bapa di Mexico Harian Metro. Dicapai pada 14 September 2019.
  9. ^ Kemalia Othman (2 Jun 2013). Isteri cemburu jika tonton lakonan saya di TV mStar Online. Dicapai pada 2 Mac 2014.
  10. ^ Ramlah Zainal (2 November 2018). Tolak watak lelaki Inggeris Harian Metro. Dicapai pada 2 November 2018.
  11. ^ Georgie Joseph (12 Mei 2020). Josiah Hogan dapat anak keempat Harian Metro. Dicapai pada 15 Mei 2020.
  12. ^ Mohd Izzat Mohd Khalizan (15 September 2017). Josiah Hogan ditipu sebelum ke Hollywood mStar Online. Dicapai pada 16 September 2017.
  13. ^ Ramlah Zainal (27 September 2017). Josiah dedah rasa tertipu Harian Metro. Dicapai pada 28 September 2017.
  14. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (17 September 2017). Actors dream shattered New Straits Times. Dicapai pada 17 September 2017.
  15. ^ Josiah mahu jejaki keluarga bapa di Mexico Harian Metro (6 September 2019). Dicapai pada 8 November 2019.
  16. ^ Dennis Chua (15 November 2019). "#Showbiz: Josiah Hogan on quest to find Mexican relatives". New Straits Times. Dicapai pada 25 Julai 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]