Juan Bernat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Juan Bernat
Maklumat peribadi
Nama penuh Juan Bernat Velasco
Tarikh lahir (1993-03-01) 1 Mac 1993 (umur 31)
Tempat lahir Cullera, Sepanyol
Ketinggian 1.72 m (5 ka ​7 1116 in)
Posisi permainan Bek kiri / Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Benfica
(dipinjam dari Paris Saint-Germain)
Nombor 14
Kerjaya remaja
Valencia
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2012 Valencia B 24 (6)
2011–2014 Valencia 51 (1)
2014–2018 Bayern Munich 76 (3)
2018– Paris Saint-Germain 89 (2)
2023–Benfica (pinjam) 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2009 Sepanyol B16 3 (0)
2009–2010 Sepanyol B17 11 (4)
2012 Sepanyol B19 6 (0)
2013 Sepanyol B20 7 (1)
2013–2014 Sepanyol B21 7 (0)
2014–2019 Sepanyol 11 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20:47, 27 Mei 2023 (UTC)

Juan Bernat Velasco (lahir 1 Mac 1993) merupakan pemain bola sepak Sepanyol yang kini bermain untuk kelab Benfica secara pinjaman dari Paris Saint-Germain. Beliau selalunya bermain di posisi bek kiri tetapi beliau juga diletakkan di posisi sayap.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Valencia[sunting | sunting sumber]

Beliau membuat penampilan sulung untuk pasukan belia Valencia pada usia 17 tahun ketika beraksi di Tercera División dan membantu pasukannya untuk kembali ke Segunda División B. Beliau kemudian dibawa ke skuad senior pada pramusim 2011 dan beliau menjaringkan gol ketika menentang Sporting Clube de Portugal, Valencia menang 3-0 lalu beliau menandatangani kontrak profesional sehingga tahun 2015.

Bernat membuat debut untuk skuad senior di La Liga ketika menang 4-3 ke atas Racing de Santander pada 27 Ogos 2011. Bernat menjaringkan gol pertamanya untuk Valencia pada 28 November 2012 ketika menjaringkan gol terakhir untuk pasukannya menang 3-1 ke atas UE Llagostera pada perlawanan Piala Raja Sepanyol (Valencia menang 5-1 secara agregat). Beliau menjaringkan gol pertamanya di liga ketika bertemu Elche CF namun pasukannya tewas 1-2.

Dari tahun 2013, Bernat mula bermain di posisi pertahanan.

Bayern Munich[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Julai 2014, Bernat menandatangani kontrak lima tahun bersama FC Bayern Munich. Beliau membuat debut liga pada 22 Ogos ketika menang 2-1 ke atas VfL Wolfsburg. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Bayern ketika tewas 1-4 kepada Wolfsurg pada 30 Januari 2015.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Oktober 2014, Bernat dipanggil oleh pengurus Vicente del Bosque untuk senarai 23 pemain ke kelayakan Euro menentang Slovakia dan Luxembourg. Beliau membuat debut pada 12 Oktober menentang Luxembourg dengan menggantikan Andrés Iniesta pada 20 minit terakhir dan menjaringkan gol terakhir Sepanyol, 4-0.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Sehingga 31 Mac 2015
Sepanyol
Tahun Kmncln Gol
2014 2 1
2015 2 0
Jumlah 4 1

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasuka lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 12 Oktober 2014 Luxembourg City, Luxembourg  Luxembourg 4–0 4–0 Kelayakan Euro 2016

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Bayern Munich

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Spain B-19

Pautan luar[sunting | sunting sumber]