Juan Camilo Zúñiga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Camilo Zúñiga
Maklumat peribadi
Nama penuh Juan Camilo Zúñiga Mosquera
Tarikh lahir (1985-12-14) 14 Disember 1985 (umur 38)
Tempat lahir Chigorodó, Colombia
Ketinggian 1.72 m (5 ka ​7 1116 in)[1]
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Napoli
Nombor 18
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2008 Atlético Nacional 129 (9)
2008–2009 Siena 28 (0)
2009– Napoli 118 (4)
Pasukan kebangsaan
2005 Colombia B20 4 (0)
2005– Colombia 58 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20 Mei 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 Oktober 2014 (UTC)

Juan Camilo Zúñiga Mosquera (lahir 14 Disember 1985) merupakan pemain bola sepak Colombia yang kini bermain untuk kelab Napoli dan pasukan kebangsaan Colombia.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Atlético Nacional[sunting | sunting sumber]

Kelab pertama Zúñiga dalam kariernya ialah kelab gergasi Colombia, Atlético Nacional. Bersama Nacional, beliau telah menerima tiga gelaran ketika bersama kelab itu selama tujuh musim. Pada jumlahnya, beliau telah membuat 129 kemunculan liga dan menjaringkan 9 gol.

Siena[sunting | sunting sumber]

Zúñiga meninggalkan Atlético Nacional pada musim panas 2008 dan dibeli oleh kelab Itali, Siena. Bayaran perpindahan itu mencecah 3 juta euro. Bersama Siena, beliau telah membuat 28 kemunculan liga dan gagal menjaringkan gol.

Napoli[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Julai 2009, Napoli telah menandatangani pemain Colombia itu dari Siena dengan bayaran 8.5 juta euro. Selepas ketibaan Andrea Dossena pada Januari 2010, beliau kehilangan tempat sebagai pertahanan pada musim 2010-11.

Zúñiga menjairngkan gol pertamanya di Serie A pada perlawanan menentang Catania pada 20 Februari 2011. Gol kedua beliau pada 15 Mei 2011 ketika menentang Internazionale pada minit ke-46. Beliau menjaringkan gol ketiga ketika menentang Genoa pada 21 Disember 2011.

Pada lewat Ogos 2013, Zuniga mengalami kecederaan. Seminggu kemudian, beliau disahkan mengalami kecederaan lutut dan terpaksa berehat selama bulan dan dilihat beliau terpaksa dikeluarkan sehingga penghujung musim 2013.

Pada April 2014, selepas 5 bulan berehat, Zuniga akhirnya pulih daripada kecederaan dan meneruskan latihan berama Napoli.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Zúñiga bermain untuk Colombia pada Piala Dunia B-20 FIFA 2005. Beliau dianugerahkan sebagai pertahanan berbakat oleh Cafu dan Roberto Carlos pada satu persidangan.

Zúñiga memulakan aksi bersama Colombia dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2014 dan hanya terlepas dua perlawanan. Satu ketika menentang Venezuela kerana terpaksa menghadiri sambutan hari lahir anaknya dan yang kedua menentang Peru kerana mengalami kecederaan.

Beliau telah dipanggil untuk menyertai skuad Piala Dunia 2014 dan tampil dalam empat daripada lima perlawanan Colombia di kejohanan itu. Pada 4 Julai 2014, ketika perlawanan suku akhir menentang tuan rumah Brazil, Zúñiga telah melompat dan menerjah denga menggunakan kaki kanan ke atas badan belakang Neymar dalam perebutan bola. Neymar dengan sukacita terpaksa berehat sepanjang kejohanan berlangsung dan dikejarkan ke hospital atas kecederaan yang dialaminya. Pemain tuan rumah, Thiago Silva mempertahankan Zuniga dan menyatakan beliau tidak sengaja untuk melakukan kecederaan ke atas penyerang Brazil. Selepas tamat perlawanan, Zuniga menghantar surat atas minat maaf atas kekasaran yang dilakukannya pada seketika tadi. Walaupun Zuniga telah meminta maaf kepada Neymar secarau mum, Intagram dan akaun Twitter beliau telah dipenuhi dengan kritikan oleh penyokong Brazil dan pihak lain.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 7 September 2012 Barranquilla, Colombia  Uruguay
4–0
4–0
Kelayakan Piala Dunia 2014

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Atletico Nacional
Napoli

Catatan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]