Juan Peron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Juan Domingo Perón
Juan Peron con banda de presidente.jpg
Tempoh jawatan
4 Jun 1946 – 21 September 1955
12 Oktober 1973 - 1 Julai 1974
Didahului oleh Edelmiro Farrell (1946)
Raúl Lastiri (1973)
Diganti oleh Eduardo Lonardi (1955)
María Estela Martínez de Perón (1974)

Lahir 8 Oktober 1895
Lobos, Buenos Aires
Meninggal dunia 1 Julai 1974
Buenos Aires
Bangsa Argentina
Parti politik Partido Justicialista
Pasangan Aurelia Tizón (meninggal 1938)
María Eva Duarte de Perón (meninggal 1952)
María Estela Martínez de Perón (berkahwin 1961)

Juan Domingo Perón (1895-1974), merupakan presiden Argentina pada 1946-1955 dan 1973-1974. Beliau adalah tokoh Amerika Latin yang terkemuka pada abad ke-20, dan telah membawa banyak perubahan penting dalam arena politik negaranya.

Sejarah Awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Lobos, Buenos Aires, Perón melanjutkan pelajarannya di Colegio Militar iaitu sebuah akademi tentera dari 1911 ke 1913 dan Escuela Superior de Guerra dari 1926 ke 1929. Pada tahun 1930 dia menyertai pemberontakan tentera menentang Presiden Hipólito Irigoyen dan menjadi setiausaha sulit menteri pertahanan antara 1930 dan 1935. Kemudian, beliau berpeluang mengajar di kolej lamanya di Escuela Superior de Guerra, bertugas sebagai atase tentera di Chile selama setahun, menulis lima buah buku mengenai sejarah militari, dan mengunjungi Itali untuk mempelajari kaedah militari di pergunungan Alpine.

Sebaik sahaja pulang ke Argentina pada 1941, Perón bersama beberapa pegawai yang lain telah melancarkan rampasan kuasa atau "coup d'état" pada Jun 1943. Beliau kemudiannya mengambilalih kementerian buruh dan menukar gerakan buruh dengan cara melemahkan pengaruh parti bersayap kiri di sana. Beliau juga telah menguatkuasakan undang-undang buruh yang baru serta melancarkan persatuan buruh yang baru. Perón telah dilantik sebagai naib-Presiden dan juga menteri pertahanan pada 1944. Apabila kuasanya semakin meningkat, penentangan terhadapnya semakin berleluasa terutamanya dari pihak tentera. Pada 9 Oktober, 1945, beliau dipaksa meletak semua jawatannya dan telah dipenjarakan. Dalam waktu yang singkat, perletakan jawatan Perón's telah mencetuskan krisis kerajaan dan ia diselesaikan pada 17 Oktober, bila penyokong daripada golongan buruh telah berjaya melancarkan satu revolusi yang terancang dan membebaskannya dari penjara. Empat hari kemudian beliau berkahwin dengan wanita simpanannya, Mariá Eva Duarte, yang dikenali ramai sebagai Evita (lihat Eva Peron).

Bangkitnya kumpulan Perónistas[sunting | sunting sumber]

Pada 1945 telah bangkit suatu gerakan politik baru yang dipanggil Perónistas, yang mendapat sokongan padu dari pihak ditindas iaitu pekerja-pekerja dari sektor pertanian dan industri. Kumpulan tersebut menyokong Perón dicalonkan dan dipilih sebagai Presiden. Pihak Peronistas berkempen bersama ahli kelas pekerja, yang dikenali sebagai descamisados (Sepanyol untuk “mereka yang tak berbaju"), bermakna mereka tidak memakai baju kot seperti golongan kelas pertengahan.Perón's juga telah mengasaskan parti yang dikenali sebagai Partido Justicialista atau Parti Keadilan dan Sosial. Sehingga kehari ini parti tersebut telah menjadi parti politik terpenting di Argentina. Ahlinya termasuk isterinya yang kedua Eva Peron telah berkempen keras untuk beliau. Hasilnya, pilihan raya yang diadakan pada Februari 1946, telah memihak kepada Perón dan beliau memperolehi 56% undi.

Era Perónisme[sunting | sunting sumber]

Sebagai presiden, beliau telah berusaha ke arah pro-buruh, pengindustrian negara, polisi pro- nasionalisme, dibantu oleh isteri keduanya yang berkarisma iaitu Evita, yang telah menjadi pengaruh informal dalam polisi kerajaannya. Dasar-dasarnya yang diberi nama Perónisme adalah mirip dasar kerajaan Benito Mussolini, diktator Itali yang beliau sanjungi. Perónisme merupakan satu ideologi yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin lain di Argentina dan juga negara-negara membangun lain seperti Malaysia. Dalam melaksanakan program pro-nasionalismenya, beliau telah membeli balik syarikat-syarikat milik asing dari pihak-pihak seperti British dan Amerika. Beliau dianggap sebagai agen pembaharuan di negara ini kerana mengalih tumpuan ekonomi daripada pertanian kepada sektor perindustrian. Perón juga terkenal kerana memberi hak mengundi kepada golongan wanita. Isterinya Eva Peron, merupakan penyokongnya yang paling utama dan rakyat jelata terutamanya golongan wanita dan golongan miskin menaruh sepenuh kepercayaan kepada gabungan mantap suami isteri ini.

Namun, beliau dikecam hebat kerana beberapa tindakannya yang tidak beretika. Antara lain, beliau telah meminda perlembagaan negara supaya beliau boleh dipilih semula sebagai Presiden dan membuang para hakim yang menentangnya. Oleh itu, pada awal 1950an beliau telah dipilih semula sebagai Presiden untuk kedua kalinya. Di samping itu beliau mengekalkan kuasanya dengan mengamalkan sistem autoritarian di negara ini.

Kejatuhan regim Perón[sunting | sunting sumber]

Kematian isterinya yang tersayang iaitu Eva Peron atau Evita pada 1953 telah memberi impak kepada beliau. Evita merupakan penasihat serta pengaruh yang terpenting dalam kehidupannya. Beliau mula membuat beberapa kesilapan dalam kerjayanya. Satu kesilapan yang besar ialah dengan memberi hak kepada Standard Oil (atau sekarang dikenali sebagai ESSO) sebuah syarikat dari Amerika Syarikat untuk mengeksploitasikan sumber petroliam di Argentina. Di samping itu, beliau telah menjarakkan dirinya dari penyokongnya yang paling setia, iaitu golongan buruh.

Selain itu, beliau telah mendapat tohmahan antarabangsa kerana menjadikan Argentina sebagai tempat perlindungan bagi diktator serta pembunuh yang kejam. Antaranya termasuklah diktator fahaman fasis Ante Pavelic dan penjenayah perang seperti Josef Mengele ("Malaikat Maut" parti Nazi) dan Adolf Eichman.

Oleh itu pada 1955 satu kumpulan militan telah menjatuhkan kerajaan beliau dan beliau terpaksa meletak jawatan dan melarikan diri ke Paraguay. Sewaktu di sana, beliau berjumpa dengan penari kelab malam yang jelita bernama Isabel Martínez dan berkahwin dengannya pada 1961. Walaupun Perón berada dalam buangan, ideologinya masih hidup di Argentina. Kerajaan-kerajaan tentera selepasnya gagal membawa sebarang perubahan dan kumpulan Perónista masih berpengaruh di arena politik negara.

Mandat Ketiga 1973 - 1974[sunting | sunting sumber]

Pada 1971, Jeneral Alejandro Lanusse, yang cenderung terhadap demokrasi telah dipilih sebagai presiden. Perón telah mengambil kesempatan ini dengan meningkatkan lagi usahanya untuk berunding dengan kerajaan Argentina agar beliau dapat kembali ke tanahairnya. Isterinya iaitu Isabel merupakan orang utama dalam menjayakan perundingan ini.

Dalam masa sama, Héctor Cámpora telah dicalonkan parti Perón iaitu Partido Justicialist untuk bertanding dalam pilihan raya presiden 1973, dan dia telah menang dalam pilihan raya tersebut. Namun, ramai yang menganggap kuasa sebenarnya terletak di tangan Perón. Pada tahun yang sama, Perón telah dipujuk untuk pulang ke Argentina. Cámpora kemudiannya meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Perón untuk bertanding sebagai presiden.

Pada 20 Jun, 1973, Perón telah kembali dari Sepanyol ke negara asalnya selepas 18 tahun dalam buangan. Sebahagian besar penyokong Perón berhaluan kiri (dianggarkan seramai 3.5 juta) telah membanjiri lapangan terbang Ezeiza di Buenos Aires untuk menyambut kepulangan pemimpin mereka yang disayangi. Pada ketika itu Perón bersama Cámpora, telah mengumumkan langkah yang pertama mereka iaitu untuk memberi suaka politik kepada semua tahanan politik dan mengikat semula hubungan dengan Cuba, lantas membantu Castro mematahkan sekatan ekonomi Amerika Syarikat. Polisi ini telah mengundang kemarahan puak berhaluan kanan yang dipimpin José López Rega.

Oleh itu, mereka dengan bantuan penembak curi daripada Pakatan Anti-Komunis Argentina (AAA), telah melancarkan serangan terhadap penyokong Perón berhaluan kiri. Seramai 13 orang telah terkorban, manakala 365 lagi tercedera dalam insiden yang dikenali sebagai pembunuhan beramai-ramai Ezeiza.

Pada 1973, iaitu pada usia lebih 70 tahun, Perón telah dipilih semula sebagai Presiden Argentina. Dalam satu strategi politik, beliau menamakan isterinya, Isabel Martínez de Perón, sebagai naib-Presiden. Beliau meninggal dunia akibat sakit jantung sewaktu menjadi presiden hampir setahun kemudian dan digantikan oleh isterinya Isabel.

Mandat Pertama dan Kedua 1946 - 1955
Didahalui oleh:
Edelmiro Julián Farrell
Presiden Argentina Digantikan oleh:
Eduardo Lonardi
Mandat Ketiga 1973 - 1974
Didahului oleh:
Raúl Alberto Lastiri
Presiden Argentina Digantikan oleh:
Isabel Martinez de Perón