Juanda Jaya
| Yang Berbahagia Dr. Juanda Jaya | |
![]() Mufti Perlis - Dr. Juanda Jaya |
|
|
Mufti Perlis
|
|
| Tempoh berjawat 27 Januari 2009 – penyandang |
|
|
|
Dr. Juanda Jaya merupakan rakyat Malaysia berbangsa Melanau yang memegang jawatan Mufti Perlis bermula 27 Januari 2009 bagi tempoh dua tahun.[1] Pada 1 Oktober 2009, beliau mula bercuti pada 30 September 2009 kerana akan menduduki kerusi 'Sarjana Tamu' di Universiti Oxford selama 10 bulan bermula 5 Oktober 2009.[2]
Isi kandungan |
Latarbelakang [sunting]
Dr. Juanda dilahirkan di Sibu, Sarawak,[3] merupakan salah seorang daripada 10 orang anak berasal dari Petra Jaya, Sarawak. Bapanya, Jaya Mahli meninggal dunia pada 3 September 2009 akibat sakit jantung dan pernah menerima Anugerah Keluarga Mithali daripada Majlis Islam Sarawak pada 2007 sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Sarawak.[4] Beliau berkahwin dengan wanita berwarga Indonesia dan dikurniakan lima orang anak. Anaknya yang kedua adalah Sumaiyah Syahidah.[5]
Akademik [sunting]
Dr. Juanda telah melanjutkan pelajaran menengahnya di Kolej Islam Kelang, kemudiannya menuntut di Universiti Al-Azhar dari 1991 hingga 1995 dalam jurusan syariah. [6]
Kerjaya [sunting]
Dr. Juanda merupakan pegawai agama S48 secara kontrak dan juga bekas Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak. Beliau mulanya berkhidmat dengan HIKMAH kemudiannya dengan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dengan jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam S41. Kemudian beliau meletak jawatan S41 di JAIS untuk mengambil satu lagi jawatan yang lebih tinggi iaitu S48 secara kontrak dengan JAIS. Beliau dipinjamkan ke Pejabat Mufti, tetapi beliau BUKAN TIMBALAN MUFTI kerana jawatan timbalan mufti tidak wujud. Pada 27 Januari 2009, beliau dilantik menjadi Mufti Perlis menggantikan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang menamatkan kontraknya pada 11 November 2008, menamatkan spekulasi 'kerusi' Mufti Perlis selepas kosong hampir dua bulan.Menurut Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu, Dr. Juanda dipinjamkan oleh kerajaan Sarawak bagi memenuhi kekosongan jawatan Mufti Perlis bagi tempoh dua tahun.[7]. Akan tetapi menurut Dr. Juanda sendiri, Kerajaan Sarawak membenarkan beliau berkhidmat di Perlis selama tiga tahun iaitu sehingga Februari 2012.[8]
Bercuti panjang [sunting]
Beliau akan bercuti panjang bermula pada 1 Oktober 2009 untuk "menjalankan penyelidikan akademik" di sebuah universiti terkemuka di luar negara [9] selama sepuluh bulan sahaja.[10] Desas desus berakhir apabila pada 1 Oktober 2009, beliau mula bercuti pada 30 September 2009 kerana akan menduduki kerusi 'Sarjana Tamu' di Universiti Oxford selama 10 bulan, mulai 5 Oktober 2009 telah diperkenan oleh Raja Perlis selaku ketua agama negeri Perlis.[11]
Pandangan [sunting]
Masjid [sunting]
Bagi beliau, peranan masjid adalah bukan sekadar pusat untuk beribadah tetapi pusat masyarakat yang perlu sentiasa dimakmurkan. Masjid-masjid di Perlis perlu mempunyai gelanggang sukan selain meningkatkan keindahan senitamannya sebagai langkah mempelbagaikan peranannya.Selama ini masjid sering dipakejkan dengan tanah kubur sedangkan ia sewajarnya menjadi pusat masyarakat yang penuh dengan kegiatannya di samping peranan utama sebagai tempat beribadah.Para pegawai masjid juga digalakkan menyertai askar Wataniah sebagai langkah menggalakkan anak kariah mereka menyertai pasukan sukarelawan yang menjadi benteng pertahanan kedua.anak-anak kariah juga boleh membantu menangani gejala jenayah dengan sering memberi maklumat mengenai kegiatan itu kepada pihak berkuasa melalui masjid.[12]
Isu kahwin kanak-kanak [sunting]
Pada 17 Mac 2010, di dalam akhbar internet Malaysiakini.com, beliau berkata bahawa ini adalah lumrah dan isu lapok melingkari masyarakat Islam di seluruh dunia. Perbincangan hukum fekah berkaitan perkara ini dimaklumi oleh para pengkaji hukum syarak dan proses perundangan berkaitannya dimaklumi oleh para pengamal undang-undang. Persoalan utama yang jarang dibincangkan adalah adakah perkara ini wajar dibiarkan tanpa ditadbir dengan bijaksana, sedangkan zaman telah berubah dan mengapa soal perkahwinan kanak-kanak ini tidak dimasukkan sebagai perkara yang boleh disekat pihak berkuasa (mahkamah).[13]
Perkara ini disangkal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang diwakili oleh Pegawai Perhubungan Awamnya, Asiah Alkharib Shah dalam berkata peruntukan bagi menyekat kes seperti itu telahpun wujud sejak lebih 20 tahun lalu. Jakim menegaskan telah wujud peruntukan yang menyekat perkahwinan kanak-kanak bawah umur dalam peruntukan undang-undang syariah yang sedia ada di Malaysia dan peruntukan tersebut telah wujud selama lebih 20 tahun di semua negeri sebagaimana dinyatakan dalam seksyen 8 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 yang secara jelas meletakkan had umur minimum sesuatu perkahwinan. Beliau membidas golongan tertentu bahawa golongan berwibawa dalam soal hukum dan undang-undang syariah sepatutnya mahir dalam semua undang-undang syarie yang diamalkan di seluruh negara. Jelasnya, ini penting bagi mengelakkan individu terlibat daripada mengeluarkan "kenyataan yang tidak berasas" dan juga mengelakkan berlakunya kekeliruan di kalangan masyarakat.
"Sebaliknya, sesuatu dakwaan dan kenyataan yang ingin dikeluarkan hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada peruntukan undang-undang syariah yang ada di negara ini," katanya lagi.
Asiah menjelaskan, undang-undang hanya membenarkan perkahwinan kepada lelaki berusia lebih 18 tahun dan perempuan lebih 16 tahun, kecuali dengan kebenaran bertulis daripada hakim syarie berdasarkan keadaan tertentu. "Sehubungan itu, ibu bapa atau penjaga adalah dinafikan kuasanya untuk mengahwinkan anak dibawah umur. "Malah, sekiranya pihak penjaga atau ibubapa mengahwinkan anak perempuan mereka tanpa kebenaran mahkamah, satu tindakan boleh diambil ke atas ibubapa," katanya lagi.[14]
Calon Pilihanraya [sunting]
Juanda Jaya merupakan salah seorang calon yang akan bertanding di DUN Kangar mewakili parti PKR.[15]. [16] Walau bagaimanapun desas desus tersebut dinafikan oleh beliau menerusi laman twitternya. [17]
Rujukan [sunting]
- ↑ "Dr. Juanda Jaya Mufti Perlis baru", Utusan Online, 27 Januari 2009.
- ↑ "Mufti Perlis perjelas sebab cuti panjang", Malaysiakini.com, 1 Oktober 2009.
- ↑ "Exco sah mufti Perlis bercuti panjang", Malaysiakini.com, 30 September 2009.
- ↑ "Bapa Mufti Perlis meninggal dunia", Utusan Online, 4 September 2009.
- ↑ "Isu MyKad: JPN mohon maaf pada Mufti Perlis", Malaysiakini.com. 25 Disember 2011.
- ↑ "Exco sah mufti Perlis bercuti panjang", Malaysiakini.com, 30 September 2009.
- ↑ "Dr. Juanda Jaya Mufti Perlis baru", Utusan Online, 27 Januari 2009.
- ↑ "Perlis bukan asing bagi Dr. Juanda", Utusan Online, 29 Januari 2009.
- ↑ "Mufti Perlis cuti panjang?", Malaysiakini.com, 29 September 2009.
- ↑ "Exco sah mufti Perlis bercuti panjang", Malaysiakini.com, 30 September 2009.
- ↑ "Mufti Perlis perjelas sebab cuti panjang", Malaysiakini.com, 1 Oktober 2009.
- ↑ "Masjid perlu ada gelanggang sukan - Mufti Perlis", Utusan Online, 31 Mac 2009.
- ↑ "Mufti Perlis ulas isu kahwin kanak-kanak", Malaysiakini.com, 17 Mac 2010.
- ↑ "Syariah ada peruntukan larang kanak-kanak kahwin", Malaysiakini.com, 19 Mac 2010.
- ↑ http://www.sinarharian.com.my/politik/dr-juanda-tanding-di-kangar-1.150215
- ↑ http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130410/re_02/Calon-oh-Calon:-Dr.-Juanda,-Ghani,-Papa-Gomo
- ↑ http://www.sinarharian.com.my/politik/dr-juanda-ini-berita-syaitan-1.150327
