Juara Lagu Kategori Pop Rock

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Juara Lagu Kategori Pop Rock
Logo Anugerah Juara Lagu
GenreMuzik
PenciptaDatuk Ahmad Merican
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan musim17
Penerbitan
Tempoh siaransebahagian daripada Anugerah Juara Lagu
Penyiaran
Saluran asalTV3
Julung kali ditayangkan di
AJL 7
Siaran asal1992 – AJL 23
Kronologi
Mengikuti2008
Diikuti olehKategori Terbuka
Pautan luar
www.anugerahjuaralagu.com Laman sesawang

Juara Lagu Kategori Pop Rock merupakan pertandingan lagu yang dimasukkan dalam penganjuran Anugerah Juara Lagu oleh TV3 bermula pada tahun 1992 dan ditamatkan pada 2008. Lagu-lagu yang dipertandingkan dalam kategori ini terdiri daripada lagu-lagu yang berentak pop progresif, rock, hard rock, metal, pop rock, free pop, punk pop, pop melayu dan dance pop yang bernuansa upbeat.

Sebanyak 17 buah lagu telah memenangi kategori ini dengan komposer ---- menerajui senarai pemenang terbanyak dengan -- kemenangan buat masing-masing. ----- unggul sebagai pemenang dengan --- kemenangan sebagai penulis lirik.

Penyanyi ----- mengungguli dengan -- kemenangan diikuti oleh ---- dengan -- kemenangan sebagai penyanyi.

Senarai Pemenang dan Finalis[sunting | sunting sumber]


  • Edisi ke 8 pada 1993:
    Pemenang: "Sudi Katakan Sudi"
    Komposer: Adnan Abu Hassan / Penulis Lirik: Anoe /Penyanyi: Hasnol
    • "Di Muara Sepi" - Komposer: Adam Ahmad / Penulis Lirik: Amran Omar /Penyanyi: Fauziah Latiff
    • "Kelmarin" - Komposer: Megat Ismail / Penulis Lirik: Megat Ismail /Penyanyi: Zur Eda
    • "Ratnaku" - Komposer: M. Nasir / Penulis Lirik: Nurbisa /Penyanyi: Roy ‡


  • Edisi ke 9 pada 1994:
    Pemenang: "Tanya Sama Itu Hud Hud" ‡
    Komposer: M. Nasir / Penulis Lirik: M. Nasir /Penyanyi: M. Nasir
    • "Anugerah" - Komposer: G. Nola / Penulis Lirik: Baiduri /Penyanyi: Kumpulan Exists
    • "Mengerti" - Komposer: Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim & Edry Abdul Halim / Penulis Lirik: Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim & Edry Abdul Halim /Penyanyi: Kumpulan KRU
    • "Mungkin" - Komposer: Badiq / Penulis Lirik: Nasibah Asri /Penyanyi: Ning Baizura


  • Edisi ke 10 pada 1995:
    Pemenang: "Kau dan Aku"
    Komposer: Ross Ariffin / Penulis Lirik: Ning Baizura /Penyanyi: Ning Baizura digantikan oleh Kumpulan Kool
    • "Di Bayang Awan" - Komposer: M. Nasir / Penulis Lirik: Keon /Penyanyi: Awie
    • "Meniti Hari" - Komposer: Fauzi Marzuki / Penulis Lirik: Amran Omar /Penyanyi: Amy Mastura
    • "Seribu Impian" - Komposer: Aubrey Suwito / Penulis Lirik: Teshh R.S /Penyanyi: Casey Subramaniam


  • Edisi ke 11 pada 1996:
    Pemenang: "Bebas"
    Komposer: Helen Yap & Riot / Penulis Lirik: Hasnol & KOOL /Penyanyi: Kumpulan Kool
    • "Janji Seorang Kekasih" - Komposer: Ruslan Imam / Penulis Lirik: Ruslan Imam /Penyanyi: Adilla Idris
    • "Sahabat" - Komposer: Zul Mahat / Penulis Lirik: Amran Omar /Penyanyi: Fauziah Latiff
    • "Sebenarnya" - Komposer: Asmin Mudin / Penulis Lirik: Asmin Mudin /Penyanyi: Man Bai


  • Edisi ke 12 pada 1997:
    Pemenang: "Itik Gembo Gembo"
    Komposer: Helen Yap / Penulis Lirik: Darwish (Loloq) & Azlan Aziz /Penyanyi: Kumpulan A to Z
    • "Apaku Rasa" - Komposer: Fauzi Marzuki / Penulis Lirik: Darwish (Loloq) /Penyanyi: Shima
    • "Biru Mata Hitamku" - Komposer: Andi Rahman / Penulis Lirik: Loloq /Penyanyi: Kumpulan Wings, Malaysia
    • "Cemburu" - Komposer: Zuriani Zoneveld & KOOL / Penulis Lirik: Pat Ibrahim & Riot /Penyanyi: Kumpulan Kool


  • Edisi ke 13 pada 1998:
    Pemenang: "Joget Angan Tak Sudah"
    Komposer: Jay Jay / Penulis Lirik: Keon /Penyanyi: Jay Jay
    • "Bila Resah" - Komposer: Aznul Haidi / Penulis Lirik: Aznul Haidi /Penyanyi: Anuar Zain
    • "Bisikan Asmara" - Komposer: Helen Yap / Penulis Lirik: Amran Omar /Penyanyi: Siti Nurhaliza
    • "Satu Arah" - Komposer: Zuriani Zoneveld / Penulis Lirik: Amran Omar & Hairie Yaacob /Penyanyi: Kumpulan Kool


  • Edisi ke 14 pada 1999:
    Pemenang: "Andalusia"
    Komposer: M. Nasir / Penulis Lirik: Rosli Khamis (Loloq) /Penyanyi: M. Nasir
    • "Istimewa" - Komposer: Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim & Edry Abdul Halim / Penulis Lirik: Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim & Edry Abdul Halim /Penyanyi: Kumpulan Indigo
    • "Jendela Hati" - Komposer: Fauzi Marzuki / Penulis Lirik: Habsah Hassan /Penyanyi: Erra Fazira
    • "Satu Cinta Dua Jiwa" - Komposer: Azlan Abu Hassan / Penulis Lirik: Ishak Ahmad (Ucu) /Penyanyi: Siti Nurhaliza





  • Edisi ke 18 pada 2003:
    Pemenang: "Hi Hi Bye Bye"
    Komposer: Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim & Edry Abdul Halim / Penulis Lirik: Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim & Edry Abdul Halim /Penyanyi: Ezlynn


  • Edisi ke 19 pada 2004:
    Pemenang: "Relaku Pujuk" ‡
    Komposer: Tam Mustafah / Penulis Lirik: Keon /Penyanyi: Kumpulan Spider
    • "Hanya Di Mata" - Komposer: Azlan Abu Hassan / Penulis Lirik: Ishak Ahmad (Ucu) /Penyanyi: Erra Fazira
    • "Simbiosis (Cinta Padamu)" - Komposer: Ajai / Penulis Lirik: Ad Samad /Penyanyi: Ella
    • "Tipah Tertipu" - Komposer: Cat Farish, Kamaruzzaman Zain & Mode / Penulis Lirik: Cat Farish, Kamaruzzaman Zain, Mode & Amer Munawer /Penyanyi: Kumpulan Ruffedge


  • Edisi ke 20 pada 2005:
    Pemenang: "Kata"
    Komposer: Hazami, Tris Zainal Abidil & Arab / Penulis Lirik: Hazami & Tris Zainal Abidin /Penyanyi: Hazami
    • "Gaia" - Komposer: Pacai / Penulis Lirik: Pacai & Zainal Abidin /Penyanyi: Zainal Abidin
    • "Pop Yeh Yeh" - Komposer: Lah Ahmad, Zaf Nazaruddin, Cham & Damien Seet / Penulis Lirik: Damien Seet, Lah Ahmad & Zaf Nazaruddin /Penyanyi: Kumpunan V.E. menampilkan Joe Flizzow & Filsuf Daly serta A. Rahman Hassan
    • "Tak Tahu" - Komposer: Edry Abdul Halim / Penulis Lirik: Edry Abdul Halim /Penyanyi: Adam





† = Lagu yang memenangi Lagu Terbaik AIM
‡ = Lagu yang dicalonkan sebagai Lagu Terbaik / Lagu Rock Terbaik AIM

Rekod[sunting | sunting sumber]

  • Ajai dan Adnan Abu Hassan merupakan dua komposer selain M. Nasir yang pernah bertanding dalam ketiga-tiga kategori muzik. Adnan pernah menang kategori ini sebagai komposer manakala Ajai menang kategori tersebut sebagai penyanyi.
  • Helen Yap merupakan satu-satunya komposer wanita yang memenangi kategori ini. Malah beliau juga merupakan komposer bukan melayu pertama yang memenanginya diikuti dengan Goh Boon Hoe dan Richael L. Gimbang.
  • Amy Mastura merupakan satu-satunya penyanyi yang bertanding dengan 2 lagu dalam kategori ini (tahun 2000). Beliau juga merupakan satu-satunya artis wanita yang turut menjadi komposer dan penulis lirik bagi lagu nyanyiannya.
  • Selain Amy Mastura , M. Nasir dan Jay Jay juga bertanding dengan lagu ciptaan mereka sendiri dan meraih kemenangan.
  • M. Nasir merupakan satu-satunya komposer, penulis lirik dan juga penyanyi yang memenangi kategori ini dan seterusnya menjadi juara keseluruhan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1994 dan 1999.
  • Enam buah lagu daripada kategori ini yang berjaya menjadi juara keseluruhan; "Tanya Sama Itu Hud Hud", "Andalusia", "Keliru", "Relaku Pujuk", "Itu Kamu" dan "Lagu Untukmu".
  • Fauziah Latiff turut bertanding dalam kategori Balada pada edisi tahun 1993. Artis lain yang turut bertanding dalam kategori Balada pada tahun yang sama ialah Ning Baizura (1994), Siti Nurhaliza (1998, 1999, 2001) dan Dayang Nurfaizah (2001).
  • Komposer dengan penyertaan terbanyak : M. Nasir dengan 8 buah lagu (1992-1995, 1999, 2006-2007)
  • Penulis lirik dengan penyertaan terbanyak : Loloq dengan 9 buah lagu (1997, 1999, 2002-2003, 2006-2007)
  • Penyanyi dengan penyertaan terbanyak : Siti Nurhaliza, 5 buah lagu (1998-1999, 2001, 2003, 2007)