Judi Piala Dunia di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penjudian Piala Dunia FIFA 2010 di negara Malaysia secara sah diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Malaysia Datuk Dr Awang Adek Hussin pada 6 Mei 2010. Pertandingan bola sepak antarabangsa Piala Dunia FIFA akan diadakan di Afrika Selatan. Bola sepak Piala Dunia bermula 11 Jun 2010.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung mengesahkan lesen judi telah dilulus dan dikeluarkan kepada Berjaya Group.[1][2] Kerajaan menetapkan syarat pekerja beragama Islam tidak terlibat dan dilarang menjual tiket pertaruhan kepada pelanggan Islam. Lesen tersebut bukan lesen baru tetapi pembaharuan lesen lama yang diberikan semula kepada Berjaya.

Tujuan utama kelulusan lesen judi kepada syarikat Berjaya Group / Sport Toto [3] ialah bagi mengekang perjudian dan pertaruhan haram yang tetap akan berlaku dan tanpa kawalan. Hasil judi itu dapat digunakan untuk pembangunan sukan. Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.[4]

Pada 26 Jun 2010, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan lesen judi tidak dikeluarkan.[5]

Bantahan[sunting | sunting sumber]

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Abdul Ghani Minhat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh menentang judi bola sepak ini kerana tidak akan menyumbang kepada peningkatan mutu bola sepak.[6][7]

Pada 14 Mei 2010, jemaah Masjid Kampung Baru mengadakan demonstrasi bantahan. Polis diketuai Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman menahan seorang lelaki yang enggan menyerahkan pembesar suara. [8]

Pada 22 Mei 2010, bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menyatakan bahawa pandangan rakyat terutama umat Islam mestilah didahulukan. Bagi orang Islam, judi tak dapat diterima dan bukan sahaja orang Islam agama lain tak suka juga.[9] Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan At-Tantawi pula menjangkakan generasi muda terutama golongan remaja yang tidak pernah berjudi akan tercebur dalam kegiatan perjudian.

Pada 25 Mei 2010, suatu memorandum bantahan diserahkan kepada Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia sambil disaksikan oleh Penolong Setiausahanya, Datuk Sabtu Awwab. Memorandum itu dihantar oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Kamarudin Jaffar (ADUN Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang) dan Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Titiwangsa) dan Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Batu Burok).

Mahfuz Omar menyatakan PAS akan menghantar memorandum kepada Majlis Mesyuarat Raja-Raja Malaysia ketika mesyuarat raja-raja pada 26 Jun 2010. Majlis Raja-Raja Melayu pada era 1960-an pernah menunjukkan teladan kepada rakyat dengan mendesak kerajaan UMNO BN membatalkan Loteri Kebajikan. Raja Perlis merupakan Raja yang paling menonjol menegur pemimpin Umno pada ketika itu.[10] PAS menampilkan bintang bola sepak negara Radhi Mat Din sebagai 'ikon' kempen menentang pemberian judi sukan.[11]

Gerakan Rakyat Membantah Judi ditubuhkan pada 1 Jun 2010.

Pada 9 Jun 2010, Polis PDRM menahan Ketua Pemuda PAS Selangor Hasbullah Ridzwan di tapak ceramah 'Yahudi dan Judi' anjuran Pakatan Rakyat di Dewan Kompleks Muhibbah , Taman Bolton, Batu Caves, Selangor. Turut ditahan ialah ketua pemuda PAS bahagian Gombak Syarhan Humaizi Halim, setiausaha Damanhuri Dol dan ketua penerangannya Afyan Mat Rawi. Mereka ditahan kerana menghalang tugas polis.[12]

Gabungan Mansuhkan Judi (GMJ) akan mengadakan perhimpunan membantah pemberian lesen tersebut pada 3 Julai 2010.[13] Pegawai media GMJ Fadhil Osman menyatakan jelajah ke seluruh negara diteruskan.

Antara bukan Melayu yang turut membantah ialah Naib Setiausaha Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Goh Kean Seng, wakil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Ser Choog Eng dan dari Budaywan Bertindak, Lee Ban Chen . [14]

Reaksi UMNO dan Perkasa[sunting | sunting sumber]

Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Nik Aziz Nik Mat masih membenarkan operasi penjualan arak malah menghalalkan hasil cukai daripada arak. Kerajaan campuran PKR-DAP-Pas di Selangor dan Pulau Pinang tidak mengurangkan malah membiakkan lagi kegiatan judi, penjualan arak dan operasi rumah maksiat .[15]

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menggesa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menarik balik lesen lebih 4,500 premis perjudian dan rumah urut terutama di Sekinchan. Khir Toyo memuji kerajaan PAS Kelantan yang menutup semua premis judi tetapi kerajaan PAS Kedah tidak berbuat demikian.[16]

Pada 24 Jun 2010, Pergerakan Pemuda Umno diwakili oleh Khairy Jamaluddin dan Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir membantah lesen judi bola sepak dikeluarkan.[17] Bantahan itu selepas mendapatkan pandangan daripada PDRM, MCA dan MIC. Memang betul ada masyarakat bukan Islam berjudi tetapi ia bukanlah yang disokong masyarakat mereka. Mereka juga anggap judi bukan budaya mereka. Ia turut dibantah oleh Umno Johor, Kedah dan Perak.

Sokong lesen judi[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Jun 2010, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan meluluskan sahaja lesen judi sukan itu.Orang Cina main judi selalu, bagi dia tak haram. Buat apa kita nak sekat dia. Tak boleh halang dia makan babi sebab bagi dia tak haram.Dalam muktamar PAS perwakilan menuntut semua judi diharamkan tetapi kerajaan PAS di Kedah dan Kelantan tidak laksanakan. [18]

Datuk Dr Jacob George selaku presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) menyatakan hanya sindiket haram yang mengaut keuntungan sehingga berbilion ringgit.[19]

Pada 25 Jun 2010, Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong menyokong jusi sukan bola sepak ini bagi mengurangkan aktiviti judi haram.[20] Parti MCA, MIC dan PPP turut menyokong judi bola sepak.[21]

Datuk Seri Rais Yatim menegaskan bukan Islam perlu dihormati dan diktiraf untuk berjudi.Namun Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menempelak kenyataan ais itu.[22] Tidak ada sebarang pertubuhan Cina yang meminta judi bola dihalalkan.

Akhirnya dibatalkan[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Jun 2010, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya tunduk dengan bantahan rakyat agar lesen judi bola sepak tidak dikeluarkan kepada Ascott Sports Sdn Bhd. Lesen tersebut telah dimulakan pada 1989 tetapi diserahkan semula kepada kerajaan pada 1990 kerana kerugian besar. Pada mulanya, pengeluaran lesen ini diharap dapat mengawal pertaruhan sukan haram yang dikatakan melebihi RM10 bilion di samping menyumbang kepada kegiatan jenayah yang lain dan ancaman sosial dalam negara. Ascott tidak akan dibayar ganti rugi memandangkan Kementerian Kewangan berhak menarik balik sebarang lesen judi yang dikeluarkan.

Sekali lagi ditegaskan , orang Islam tidak dibenarkan sama sekali terlibat dengan kegiatan pertaruhan sukan sama ada membeli, bekerja atau menjadi lembaga pengarah dalam syarikat pertaruhan.

Perbandingan[sunting | sunting sumber]

Polis Malaysia akan bekerjasama dengan Interpol General Sekretariat Asia Pasific Expert Group on Asia Organised Crime yang berpengkalan di Lyon, Perancis.Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Bukit Aman, Datuk Hasnan Hassan telah dilantik untuk mengetuai pasukan khas membenateras judi bola sepak ini. Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman akan merisik sindiket dan lokasi terbabit.

Penganjur, bertaruh, penjaga, pengurus atau tuan rumah membiarkan premis mereka akan didakwa di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 (Akta 495). Denda RM20,000 dan tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Polis boleh menyita harta benda melalui Akta Penggubahan Wang Haram dan Akta Anti Pengganas 2007 (AMLA).[23]

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz menyatakan JAIP akan membuat tangkapan dan seterusnya mendakwa individu yang berjudi ke Mahkamah Rendah Syariah. Sesi kaunseling akan diberikan terhadap pesalah judi. JAIP turut melakukan rondaan terhadap premis-premis judi bagi mencegah orang-orang Islam berkunjung dan membeli nombor ekor / judi.

Leong Ngah Ngah (DAP-Triang) menggesa keputusan nombor ekor tidak disiarkan di dalam surat khabar berbahasa Melayu sebagai salah satu usaha membendung pembelian nombor ekor di kalangan orang Islam.

Pada 30 Oktober 2009, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menyatakan kegiatan perjudian haram di Malaysia merekodkan pertaruhan RM1 juta sehari dengan anggaran RM125.8 juta setahun. Sindiket judi haram menyorokkan aktiviti mereka di belakang industri siber kafe. Setiap Majlis Perbandaran hendaklah memantau premis perniagaan siber cafe kerana mereka yang mengeluarkan permit dan lesen kepada peniaga. Sindiket antarabangsa mungkin ada hubungan dengan sindiket tempatan.

Mereka beroperasi di dalam rumah dan unit kedai terpencil di mana sukar untuk mengecam kaki judi.Sehingga Oktober 2009, polis menyerbu 3,218 premis sarang judi haram dengan 4,924 tangkapan dan merampas 34,658 peralatan sementara 23 ditahan di bawah Ordinan Darurat dan 38 ditahan di bawah Akta Kediaman Terhad.[24]

Akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily melaporkan kaki judi di Hong Kong kehilangan HK$400 juta (AS$52 juta) dalam pertaruhan haram perlawanan akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia apabila Perancis menewaskan pasukan pilihan Brazil 3-0. William Hill menyatakan kaki judi Asia menyokong kuat Brazil untuk menang, dengan seorang ahli perniagaan Malaysia mempertaruhkan tiga juta dolar HK pada pasukan pilihan itu.[25]

Sejarah judi di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Kasino pertama di Malaysia didirikan di Genting Highland. la diluluskan oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman pada 1969-1970. Pada 31 Mac 1969, Tunku Abdul Rahman meletakkan batu asas pembinaan Highlands Hotel. Kemudian erajaan meluluskan lesen kasino dan perjudian lain kepada Genting Berhad.

Tan Sri Khir Johari menjadi pemegang saham dan ahli lembaga pengarah Magnum Berhad dan Magnum 4D . Seterusnya menjadi Timbalan Pengerusi Magnum sejak 1986 . Pada 2001, Syarikat perjudian Tanjung, Magnum dan Sports Toto diberi insentif pengurangan cukai.

Belanja membeli tiket Sports Toto hanya RM 886 juta (1994) melonjak kepada RM 2.3 billion (2010). Pada 2002, kerajaan memperoleh cukai judi Sports Toto sejumlah RM 133 juta.

Kerajaan Malaysia memiliki saham dalam Genting International Limited, Resorts World Bhd. yang menguruskan kasino di Genting Highland, Berjaya Group Berhad dan Metroplex Berhad. Senarai ini boleh dilihat dalam buku Akaun Awam Persekutuan, di bawah Ba - Penyata Lengkap Pelaburan Am.[26]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kerajaan teliti lesen pertaruhan Piala Dunia Utusan Malaysia
  2. ^ Lesen Judi Bola Sepak Bawa Kesan Negatif Kepada Generasi Muda Bernama
  3. ^ "Apa kesudahan judi bola?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-26. Dicapai pada 2010-05-23.
  4. ^ "Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-07. Dicapai pada 2010-05-23.
  5. ^ Kerajaan Putuskan Tidak Keluar Lesen Pertaruhan Sukan, Kata PM
  6. ^ Kerajaan teliti lesen pertaruhan Piala Dunia
  7. ^ Luaskan makna politik
  8. ^ Perhimpunan Aman Bantah Konsert Dan Lesen Judi Bertukar Menjadi Kecoh
  9. ^ Kerajaan Perlu Dengar Suara Rakyat Berhubung Lesen Judi Bola - Abdullah Bernama
  10. ^ Judi bola: PAS minta Majlis Raja-Raja ambil tindakan Diarkibkan 2010-05-27 di Wayback Machine HarakahDaily
  11. ^ PAS tampilkan 'ikon' bola anti-judi
  12. ^ 'Yahudi & Judi': Empat pemimpin PAS ditahan
  13. ^ Umno tolak judi sukan, kelulusan ditarik balik
  14. ^ "Dr Mahathir kepala judi negara". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-27. Dicapai pada 2010-06-26.
  15. ^ "Perkasa cabar Pemuda Pas". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-24. Dicapai pada 2010-05-23.
  16. ^ "Perkasa cabar Pemuda Pas". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-24. Dicapai pada 2010-05-23.
  17. ^ Pemuda Umno Bantah Cadangan Keluar Lesen Judi Pertaruhan Bola Sepak Bernama
  18. ^ Dr M: Lesen judi diluluskan jika saya berkuasa
  19. ^ Selepas Dr M, lagi sokong lesen judi
  20. ^ Lesen Pertaruhan Bola Sepak Boleh Kurangkan Judi Haram - LDP
  21. ^ Lagi parti komponen BN sokong judi sukan
  22. ^ Judi sukan: Rais jadikan Cina kambing hitam
  23. ^ Bukit Aman tubuh pasukan khas pantau judi Piala Dunia
  24. ^ Judi Babitkan Pertaruhan RM1 Juta Sehari
  25. ^ Kaki judi kerugian AS$52 juta
  26. ^ "Dr Mahathir kepala judi negara Dr Mahathir kepala judi negara". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-27. Dicapai pada 2010-06-26.