Jugah anak Barieng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggung Jugah Anak Barieng,atau juga dikenali sebagai Tun Jugah atau Apai (Ayah dalam Bahasa Iban), dilahirkan di Ulu Kapit, Sarawak pada tahun 1903. Beliau pernah menjadi Ketua Orang Iban dan menubuhkan Parti Pesaka pada tahun 1962. Temenggung Jugah menyokong cadangan penubuhan Malaysia. Beliau menganggotai Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. Beliau adalah pemimpin Sarawak yang pertama dilantik menjadi Menteri dalam Kerajaan Malaysia,dengan memegang jawatan Menteri yang menguruskan hal ehwal Sarawak.Beliau kemudiannya menjadi Presiden pertama bagi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB),sehingga beliau meninggal dunia pada 1981.