Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Radar AESA yang dipasang pada kapal perang F220 Hamburg milik Tentera Laut Jerman.

Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif (Active Electronically Scanned Array - AESA) juga dikenali sebagai radar jujukan fasa aktif merupakan sejenis radar yang berfungsi sebagai pemancar dan penerima yang terdiri daripada modul pemancar/penerima (T/R) kecil yang banyak. Kelebihan utamanya ialah kadar imbasan yang pendek atau serta-merta (milisaat), jarak mengesan yang lebih luas, bilangan sasaran yang dapat dijejak dan dikunci masuk (melalui pelancar tangkas berganda) lebih banyak, kebarangkalian rendah untuk dipintas, kemampuan untuk berfungsi sebagai radio serta mod udara dan darat yang serentak.

Radar AESA yang dimuatkan dalam muncung pesawat udara F-15C Eagle milik Tentera Udara Amerika Syarikat.

Kemudi mekanikal mungkin ditambah pada radar AESA bagi meningkatkan lagi jarak pandangan radar. Prestasi pergerakan antena radar AESA tidak semestinya lebih laju berbanding radar tradisional kerana tempoh masa pengemaskinian kadar imbasan tidak bergantung kepada kelajuan sesebuah antena radar.

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Radar AESA dibina dengan reka bentuk mekanikal yang amat mudah kerana tidak memerlukan hidraulik yang sebegitu kompleks bagi menggerakkan antena. Radar AESA hanya memerlukan ruang yang kecil jika dibandingkan dengan radar biasa. Ini disebabkan oleh pengurangan keperluan infrastruktur dan semestinya tiada julat pergerakan (range of motion).

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Radar AESA mempunyai:

  • Rintangan tindak balas elektronik (ECM) yang tinggi:
    • Imbasan radar yang teramat pantas menyebabkan kesukaran peranti ECM untuk mencari azimut dan aras ketinggian dengan tepat di mana gelombang radar terbabit ditujukan.
    • Perhubungan antara penguat dan radar AESA menghasilkan kuasa pancaran hakiki (ERP) yang tinggi menyukarkan peranti ECM aktif untuk menggunakan teknik gangguan bunyi bagi mengganggu radar dengan berkesan.
  • Imbasan pemancar yang sebegitu pantas di mana kebarangkalian rendah untuk dipintas.
  • Kemungkinan rendah berlakunya kegagalan voltan kerana secara relatifnya voltan yang sangat rendah di mana setiap elemen pancaran tunggal beroperasi; Ini digabungkan dengan penyahgredan lembut.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]