Jujukan rawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jujukan rawak ialah sejenis proses stokastik. Dengan kata yang lain, ia merupakan satu jujukan pemboleh ubah rawak.

Jujukan rawak diperlukan dalam bidang statistik. Analisis statistik bagi mana-mana satu uji kaji biasanya bermula dengan frasa, "Biar X1,...,Xn merupakan pemboleh ubah rawak tak bersandar..."

Satu-satunya cara yang paling mudah untuk membincangkan keadaan apabila anda dapat memilih membuat ukuran baharu adalah untuk mengandaikan bahawa sesuatu jujukan tak terhingga {Xi} telah diberikan lalu anda melihat N sebutan yang pertama dalam jujukan itu bagi peringkat-peringkat uji kaji yang berikut. Juga, pernyataann hukum bilangan besar (pada dasarnya, ia mengatakan bahawa nilai purata bagi sebilangan cerapan menumpu pada nilai minnya) melibatkan satu jujukan tak terhingga pemboleh ubah rawak tertabur secara secaman tak bersandar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Per Martin-Löf. The Definition of Random Sequences. Information and Control, 9(6): 602-619, 1966.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]