2 Julai
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Julai 2)
| << | Julai 2013 | >> | ||||
| Ahd | Isn | Sel | Rab | Kha | Jum | Sab |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
| 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | 31 | |||
| MMXIII | ||||||
2 Julai merupakan hari ke-183 (hari ke-184 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 182 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan hari perayaan Martinian dan Processus (Gereja Katolik Rom).
Peristiwa [sunting]
- 1644 - Gabungan Covenanter Scotland dan Roundhead England menewaskan golongan setiaraja Cavalier dalam Pertempuran Mur Marston berhampiran York, salah satu pertembungan muktamad dalam Perang Saudara England.
- 1839 - Lebih 50 orang hamba Afrika memberontak di atas kapal abdi La Amistad berhampiran pantai Cuba.
- 1900 - Penerbangan pertama Zeppelin (gambar) dilakukan di Tasik Constance berdekatan Friedrichshafen, Jerman.
- 1937 - Amelia Earhart dan pemandu arah Fred Noonan hilang di Lautan Pasifik dalam usaha terbang mengelilingi dunia.
- 1964 - Presiden Lyndon B. Johnson memeterai Akta Hak Awam 1964 yang melarang pemisahan kaum di tempat awam di Amerika Syarikat.
- 1976 - Vietnam Utara dan Selatan bersatu di bawah pemerintahan komunis untuk membentuk Republik Sosialis Vietnam.
- 1997 - Nilai Baht Thai berkurang sehingga separuh dengan cepat, menandakan permulaan Krisis Kewangan Asia 1997.
- 2009 - Diplomat Jepun Yukiya Amano dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) (gambar bendera).
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||