25 Julai
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Julai 25)
| << | Julai 2013 | >> | ||||
| Ahd | Isn | Sel | Rab | Kha | Jum | Sab |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
| 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | 31 | |||
| MMXIII | ||||||
25 Julai merupakan hari ke-206 (hari ke-207 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 159 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Perlembagaan Komanwel di Puerto Rico (1952).
Peristiwa [sunting]
- 306 – Constantine I diisytiharkan sebagai Maharaja Rom oleh angkatan tenteranya selepas kematian Constantius Chlorus.
- 1261 – Empayar Latin berakhir apabila angkatan tentera Nicaea pimpinan Alexios Strategopoulos menawan Constantinople, mengasaskan semula Empayar Byzantine.
- 1536 – Konkuistador Sepanyol Sebastián de Belalcázar mengasaskan Santiago de Cali di barat Colombia kini semasa mencari bandar mitos El Dorado.
- 1909 – Juruterbang Perancis Louis Blériot (gambar) menjadi orang pertama menyeberangi Selat Inggeris dengan mesin penerbangan yang lebih berat daripada udara.
- 1957 – Lebih setahun selepas memperolehi kemerdekaan daripada Perancis, Tunisia menghapuskan sistem berajanya, Dinasti Husain, dan menjadi republik.
- 1978 – Bayi tabung uji pertama di dunia, Louise Brown dilahirkan di Oldham, England.
- 2000 – Penerbangan 4590 Concorde Air France terhempas di Gonesse, Perancis, sejurus selepas berlepas dari Paris, mengorbankan 113 orang.
- 2007 – Pratibha Patil menjadi wanita pertama dilantik menjadi Presiden India.
- 2010 – Ribuan dokumen sulit mengenai Perang Afghanistan didedahkan Wikileaks, dengan butiran diterbitkan tiga akhbar utama secara serentak.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||