Julia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Julia
Poster Julia - Akasia.jpg
Dibintangi Nabila Huda
Fizo Omar
Izreen Azminda
Iqram Dinzly
Azlee Khairi
Negara asal  Malaysia
Bilangan episod 28
Syarikat penerbitan Primeworks Studio
Penyiaran
Saluran asal TV3
Siaran asal 24 September 2012 – 8 November 2012
Kronologi
Mengikuti Kau Yang Terindah
Diikuti oleh Cinta Itu Milikku
Pautan luar
TV3 Tapak sesawang rasmi

Julia ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia yang disiarkan di slot Akasia TV3 yang bermula 24 September 2012 menggantikan drama bersiri Kau Yang Terindah.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Drama Julia mengisahkan cinta tragis di antara Julia dan Amir yag bermula semenjak di alam universiti. Kisah bermula apabila Amir (Fizo Omar) telah dikecewakan oleh gadis bernama Sofia (Izreen Azminda) dan suratan itu telah menemukan hati Amir kepada Julia (Nabila Huda).

Amir dan Julia bagaikan melengkapi antara satu sama lain. Selepas tamat pengajian, mereka berdua kembali ke Malaysia dan Amir mula bekerja di Kuala Lumpur manakala Julia bekerja di Teluk Intan. Walaupun masing-masing telah bekerjaya namun Amir masih tidak mahu mendirikan rumahtangga kerana mahu membalas jasa kedua orang tuanya dahulu dan memenuhi impiannya.

Hubungan jarak jauh memberi tekanan kepada Julia tambahan pula kini Sofia muncul kembali dalam hidup Amir sebagai rakan sekerja. Setiap kali Julia mengajukan soalan perkahwinan kepada Amir pasti kekasihnya itu akan memberi pelbagai alasan. Bagi Julia, Sofia merupakan punca Amir menangguh perkahwinan mereka. Julia menganggap hubungannya dengan Amir tiada jodoh lantas dia mengkhianati hubungan 8 tahun bersama Amir dengan menerima Azwan (Azlee Khairi) sebagai suaminya.

Amir sangat kecewa dengan keputusan Julia dan semenjak dari itu dia semakin menumpu kepada kerjayanya sahaja. Dalam pada yang sama, Sofia memulakan langkah untuk menawan semula hati Amir. Kehidupan Amir mula berubah. Dia sering menghabiskan masa di kelab eksekutif dan mula membayar cinta seorang demi seorang untuk menjadi temannya.

Amir sering mendapat nota yang mempunyai kata-kata semangat dari seorang yang tidak dikenali. Tetapi lama-kelamaan Amir mendapati bahawa Nurain (Fouziah Gous) seorang pembekal bunga di syarikatnya yang menghantar nota-nota itu. Amir mula berkawan dengan Nurain. Sementara itu, Julia telah bercerai dengan Azwan. Mengapa Julia diceraikan? Adakah selepas bercerai, Julia akan kembali semula kepada Amir? Di antara Sofia, Julia dan Nurain, siapakah yang bakal menjadi penyeri hidup Amir?

Pelakon[sunting | sunting sumber]


TV3: Slot Akasia, Isnin–Khamis, 7.00 petang
Sebelumnya Julia Berikutnya
Kau Yang Terindah Cinta Itu Milikku