Julia Gillard
| The Honourable Julia Gillard MP |
|
|
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 24 Jun 2010 |
|
| Timbalan | Wayne Swan |
|---|---|
| Didahului oleh | Kevin Rudd |
|
Ketua Parti Buruh
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 24 Jun 2010 |
|
| [[Timbalan Ketua Parti Buruh|Timbalan]] | Wayne Swan |
| Didahului oleh | Kevin Rudd |
|
|
|
| Tempoh berjawat 3 Disember 2007 – 24 Jun 2010 |
|
| Perdana Menteri | Kevin Rudd |
| Didahului oleh | Mark Vaile |
| Digantikan oleh | Wayne Swan |
|
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 3 Oktober 1998 |
|
| Didahului oleh | Barry Jones |
|
|
|
| Tarikh lahir | 29 September 1961 (51 tahun) |
| Tempat lahir | Barry, Wales, UK |
| Parti politik | Parti Buruh |
| Tempat tinggal | Altona, Victoria[1] |
| Alma mater | Universiti Melbourne Universiti Adelaide |
Julia Eileen Gillard (lahir 29 September 1961) ialah Perdana Menteri Australia ke-27, dan juga perdana menteri wanita pertama dalam sejarah Australia.
Gillard turut menjadi ketua Parti Buruh Australia di pilihan raya kepimpinan parti tersebut pada 24 Jun 2010, tidak lama kemudian mengangkat sumpah sebagai perdana menteri. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Australia di bawah pimpinan Kevin Rudd. Pada 11 Disember 2007,[2] beliau menjadi wanita pertama yang menyandang tugasan perdana menteri dalam sejarah Australia, ketika menjadi pemangku perdana menteri untuk Rudd yang menghadiri Persidangan Perubahan Iklim PBB di Bali.[3][4][5]
Gillard juga merupakan perdana menteri kelahiran luar negara yang pertama semenjak Billy Hughes, yang berkhidmat dari tahun 1915 hingga 1923.[6][7][8]
Pada 17 Julai 2010, Gillard mengumumkan adanya pilihan raya pada 21 Ogos depan.[9] Pilihan raya tersebut berkesudahan dengan parlimen tergantung, kerana Parti Buruh dan Campuran masing-masing kekurangan empat kerusi untuk membentuk kerajaan majoriti, maka terpaksalah kedua-dua pihak berpuas hati dengan kerajaan minoriti dengan merebut empat ahli bebas, seorang ahli Parti Negara Australia Barat dan seorang ahli Australian Greens yang memegang imbangan kuasa.[10][11] Pada 7 September 2010, Gillard disahkan sebagai Perdana Menteri dengan sokongan seorang ahli Greens dan tiga ahli bebas.[12]
Isi kandungan |
Awal kehidupan [sunting]
Gillard lahir pada 1961 di Barry, Vale of Glamorgan , Welsh. Ayahnya seorang pekerja lombong arang batu yang berhijrah ke Australia. Abangnya Alison, yang tiga tahun lebih tua. Nye Beven iaitu pemimpin parti buruh di Welsh mnejadi hero politiknya.
Setelah Gillard menderita bronkopneumonia iaitu jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen serta iklim panas. Oleh itu, keluarga (Moira dan John) memilih untuk berhijrah ke Australia pada tahun 1966 dan menetap di Adelaide.
Ayah Gillard menjadi jururawat psikiatri di Adelaide .Ibunya bekerja di Salvation Army Old People's Home - memasak untuk pelarian wanita .Dia dan kakaknya bersekolah di Mitcham Demonstration School . Dia kemudian belajar di Unley High School . Dia kemudian belajar di Universiti Adelaide dan setelah lulus pindah ke Melbourne dan menjadi presiden Persatuan Mahasiswa Australia 1983. Beliau mendapat Bachelor of Arts dan Bachelor of Laws pada 1986.
Julia Gillard tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak. Dia pernah tinggal dengan 'pasangan'nya Tim Mathieson, seorang penggunting rambut. Pada 2008, senator Parti Liberal Bill Heffernan mencadangkan Julia berkahwin dan berkeluarga untuk lebih memahami masalah komuniti.[13]
Kerjaya dan Politik [sunting]
Pada tahun 1987 Jilia bekerja dengan firma undang-undang Slater & Gordon di Werribee. Kemudian menjadi ketua staff pemimpin pembangkang Victoria John Brumby.
Gillard menjadi ahli Parti Buruh Australia sejak Pilihan raya Australia 1998 mewakili Divisyen Buruh di Victoria. Beliau menjadi ahli parlimen selepas Peter Lalor - pemimpin pemberontakan Eureka , protes menentang cukai perlombongan.
Julia Gillard pernah menjadi Menteri Pelajaran, Menteri Perhubungan Pekerjaan dan Tempat Kerja serta Menteri Hal Sosial. Oleh kerana itu beliau dianggap boleh menjadi 'menteri apa saja'.
Beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri Australia dari Parti Buruh , Kevin Rudd pada 3 Disember 2007, dan merupakan wanita pertama memegang jawatan tersebut sejak 3 Disember 2007. Selama ini parti buruh hanya menjadi pembangkang sahaja selama 12 tahun.
Perdana Menteri Australia [sunting]
Pada 24 Jun 2010 beliau (48) dilantik menjadi Perdana Menteri Australia ke-27 . Beliau menjadi perdana menteri wanita pertama di negara kanggaru itu. Berlaku 'pemberontakan kecil' di dalam parti Parti Buruh Australia yang cemas dengan nasib parti dalam Pilihan raya Australia 2010 pada bulan Oktober 2010. Julia menegaskan beliau bukan 'boneka' kepada broker kuasa dalam parti Buruh. Bob Hawke pernah disingkirkan oleh Paul keating pada 1991.
Kevin Rudd akur dengan sokongan terhadapnya merosot semenjak memperkenalkan dasar mengurangkan perdagangan karbon dan aktiviti perlombongan bagi agenda alam sekitar selepas Persidangan Copenhagen berhubung pemanasan global. Kevin Rudd telah menandatangani Protokol Kyoto. Selain itu memohon maaf berhubung Rompakan Generasi.
Julia berikrar memastikan keselamatan kerajaannya , reformasi dalam pendidikan, kesihatan dan undang-undang perindustrian. Gillard mendapat 74 undian daripada 112 undian kokus. Ramai pengundi wanita mungkin akan mengundi beliau dan menerusan hayat Parti Buruh. Julia menimbang semula cukai perlombongan 40 peratus, yang menjadi punca kemarahan industri berpengaruh di negara itu serta sokongan Rudd menurun. Beliau juga menelefon Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Perdana Menteri British David Cameron dan komitmen Australia mengekalkan anggota tenteranya di Afghanistan.
Julia melantik Wayna Swan sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru. Wayna berjaya mengeluarkan Australia daripada krisis kewangan global. Senator Michael Forshaw mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat kokus. Gillard merupakan Timbalan Perdana Menteri Australia dan perlantikannya hanya formaliti sahaja. Beliau juga rakyat asing pertama memegang jawatan timbalan perdana menteri sejak 3 Disember 2007 dan perdana menteri mulai 24 Jun 2010.
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan Perdana Menteri New Zealand, John Key dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Julia yang masih bujang itu.[14]
Pada 9 Julai 2010, beliau nyaris terkena balingan telur oleh penunjuk perasaan ketika tiba di foyer Badan Penyiaran Australia (ABC) di Perth. Mereka membantah dasar menyekat perlindungan suaka politik dan dasar alam sekitar .[15]
Pilihan raya 2010 [sunting]
Pada 17 Julai, setelah menerima perkenan Gabenor Jeneral, Gillard mengumumkan pilihan raya akan datang bakal diadakan pada 21 Ogos 2010.[16]
Parti Buruh dan Campuran (Liberal/Nasional) masing-masing memenangi 72 kerusi di Dewan Perwakilan Australia yang berisi 150 kerusi,[17] kekurangan empat kerusi untuk membentuk kerajaan majoriti, maka terjadinya parlimen tergantung pertama sejak tahun 1940.[18][19] Kedua-dua ketua parti utama berusaha membentuk parti minoriti.[20][21][22][23][24][25]
Pada 7 September 2010, Gillard telah meraih sokongan empat ahli parlimen crossbench (tiga bebas dan satu Green) untuk kekal sebagai Perdana Menteri dalam kerajaan minoriti pimpinan Buruh.[26]
Rujukan [sunting]
- ↑ "Forget Canberra, Altona has become the new heart of the nation". 2 January 2008. http://www.theage.com.au/articles/2008/01/01/1198949817052.html. Capaian 5 October 2008.
- ↑ "Radio Australia – News – Julia Gillard becomes Australia's first female acting PM". Radioaustralia.net.au. 2009-07-17. http://www.radioaustralia.net.au/news/stories/s2114961.htm. Capaian 2010-06-23.
- ↑ "Gillard becomes acting leader". 11 December 2007. http://ukpress.google.com/article/ALeqM5g9CrGsIes9HZHqbrGaeNVOKFlvSQ. Capaian 13 December 2007.
- ↑ "Australian Labor Party: A Ministry to Meet Australia's Future Challenges". Alp.org.au. http://www.alp.org.au/media/1107/mspme290.php. Capaian 2010-06-23.
- ↑ "Julia Gillard is the new Prime Minister". Australia Times. 2010-06-24. http://www.australia-times.com.au/national/article.php?id=7377. Capaian 2010-06-24.
- ↑ June 24, 2010 11:09AM (2010-06-13). "Julia Gillard 'honoured' to become prime minister as Kevin Rudd stands aside". Theaustralian.com.au. http://www.theaustralian.com.au/politics/labor-leadership-ballot/story-e6frgczf-1225883589139. Capaian 2010-06-24.
- ↑ Craig James (2010-06-20). "Julia Gillard – meet Australia’s first female PM". Switzer.com.au. http://www.switzer.com.au/business-news/news-stories/julia-gillard-meet-australias-first-female-pm/. Capaian 2010-06-24.
- ↑ "Backgrounder: Julia Gillard, first female PM in Australia". News.xinhuanet.com. http://news.xinhuanet.com/english2010/database/2010-06/24/c_13366573.htm. Capaian 2010-06-24.
- ↑ Coorey, Phillip. "Gillard seeks mandate to take Australia forward: SMH 17 July 2010", Sydney Morning Herald, 17 Julai 2010. Dicapai pada 8 August 2010.
- ↑ "It's good to be Greens, as balance of power tipped", Sydney Morning Herald, 18 July 2010. Dicapai pada 19 August 2010.
- ↑ Maher, Sid. "Greens set to grab balance of power", The Australian, News Limited, 18 July 2010. Dicapai pada 19 August 2010.
- ↑ "Wait finally over as Independent Tony Windsor chooses Julia Gillard as Prime Minister date=7 September 2010", The Australian, News Limited. Dicapai pada 7 September 2010.
- ↑ Profile: Julia Gillard, Australia's first female PM
- ↑ Gillard pertahan singkir Rudd
- ↑ Julia Gillard dilontar telur
- ↑ Koranyi, Balazs. "Australian PM Gillard calls August 21 election", Reuters, 17 July 2010.
- ↑ "72 all - Brisbane to Coalition and Corangamite to ALP: SMH 28 August 2010". Smh.com.au. 2010-08-13. http://www.smh.com.au/federal-election/72-all--brisbane-to-coalition-and-corangamite-to-alp-20100827-13w1r.html. Capaian 2010-08-30.
- ↑ "Voters leave Australia hanging", ABC News Online, Australian Broadcasting Corporation, 21 August 2010.
- ↑ "Australia count begins after tight election race", BBC News, British Broadcasting Corporation, 21 August 2010.
- ↑ "Australia heads for hung parliament", BBC News, British Broadcasting Corporation, 21 Ogos 2010. Dicapai pada 21 Ogos 2010.
- ↑ "Where it's at: Independents' seven key demands", ABC News Online, Australian Broadcasting Corporation, 26 Ogos 2010.
- ↑ Template error: argument title is required.
- ↑ "Labor ahead in strategic power game", The Australian, News Limited, 4 September 2010.
- ↑ "Coalition accused of dirty tricks campaign", news.com.au, News Limited, 4 September 2010.
- ↑ "The choice for the independents is now clearer". Sydney Morning Herald. Fairfax. 4 September 2010. http://www.smh.com.au/opinion/editorial/the-choice-for-the-independents-is-now-clearer-20100903-14uhi.html.
- ↑ Rodgers, Emma. "Labor clings to power", ABC News Online, Australian Broadcasting Corporation, 7 September 2010.