Julian McMahon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Julian McMahon
Julian McMahon.jpg
Julian McMahon sebagai Christian Troy dalam Nip/Tuck
Kelahiran Julian Dana William McMahon
27 Julai 1968 (46 tahun)
Tinggi 6'3"
Pasangan Dannii Minogue (1994-1995)
Brooke Burns (1999-2001)

Julian Dana William McMahon (lahir 27 Julai 1968) merupakan pelakon dan peragawan daripada Australia.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Permulaan Hidup[sunting | sunting sumber]

McMahon dilahirkan di Sydney, New South Wales, Australia, merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik dan anak kepada Sir William McMahon, bekas Perdana Menteri Australia, bersama isterinya Sonia (Sonia Rachel Hopkins), Lady McMahon, seorang pakar terapi[1] dan ikon fesyen.[2] Beliau mempunyai seorang kakak, Melinda, dan adik perempuan, Deborah. McMahon mempunyai darah Ireland.[3]

McMahon mendapat pendidikan di Sydney Grammar School, sebuah sekolah swasta lelaki. Kemudian beliau mengikuti pengajian undang-undang di Universiti Sydney dan ekonomi di Universiti Wollongong, tetapi beliau lebih berminat dengan dunia peragaan. Beliau terkenal di Milan, New York, Rom, dan Paris.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Selain menjadi peragawan, McMahon bermula sebagai pelakon menerusi Home and Away, sebagaildier Ben Lucini (1990-1991). Pada 1994, beliau muncul dalam video muzik Dannii Minogue "This Is It" dan "This Is The Way". Beliau muncul pertama kali di Amerika Syarikat dalam siri TV Another World, sebagai "Ian Rain" dari 19931995. Beliau pernah dicalonkan oleh Anugerah Golden Globe sebagai "Best Actor in a Television Series - Drama" pada 2005 untuk peranannya sebagai Christian Troy dalam Nip/Tuck. Beliau juga muncul sebagai "Dr. Michael Walsh" dalam filem Magenta pada 1996; "Mick Dooley" dalam Wet and Wild Summer! (a.k.a. Exchange Lifeguards) pada 1992; "Sheriff Hayes" dalam In Quiet Night (a.k.a. You Belong to Me Forever) pada 1998; "George Simian" menerusi Chasing Sleep pada 2000; dan "David Cameron" dalam Another World pada 2001.

McMahon juga menjadi Doctor Doom menerusi filem Fantastic Four, pada 2005 dan meneruskan wataknya untuk sambungan filem terbabit pada 2007. Dari 1996 sehingga 2000, beliau terbit dalam drama terbitan NBC Profiler sebagai Agent John Grant selama empat musim. Julian juga memegang watak sebagai Cole Turner, aka Belthazor, menerusi Charmed bermula 2000 hingga 2003. Wataknya sebagai Cole Turner dibunuh dalam episod ke-100 Charmed. McMahon juga merupakan antara finalis watak James Bond untuk filem Casino Royale tetapi gagal di tangan Daniel Craig.

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

McMahon pernah mengahwini adik kepada penyanyi Kylie Minogue, Dannii Minogue dan pelakon Amerika Syarikat, Brooke Burns, yang dikurniakan anak, Madison Elizabeth (lahir 9 Jun 2000). Beliau juga pernah keluar bersama pelakon Charmed, Shannen Doherty.


Lakonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Filem Peranan Nota tambahan
1996 Profiler (TV) John Grant
2000 Charmed (TV) Cole Turner musim 3-5
2000 Chasing Sleep George
2003 Nip/Tuck (TV) Christian Troy
2005 Fantastic Four Doctor Doom
2007 Premonition Jim Hanson
2007 Prisoner Derek Plato
2007 Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer Doctor Doom -

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]