Juliana Evans

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Juliana Evans
Juliana Evans sebagai Natrah.jpg
Juliana Evans ketika melakonkan watak sebagai Natrah
Kelahiran Juliana Sophie binti Johari Evans
5 Julai 1989 (25 tahun)
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Pekerjaan Pengacara, pelakon & model
Rakan seperjuangan Zizan Razak

Juliana Sophie binti Johari Evans atau lebih dikenali sebagai Juliana Evans ialah seorang pengacara, pelakon dan model iklan dari Malaysia. Beliau dilahirkan pada 5 Julai 1989 di Shah Alam, Selangor. Juliana mencipta nama sebagai pengacara kanak-kanak seawal usia 12 tahun, dan kemudian popular sebagai pengacara rancangan "Remaja" di TV3.

Beliau mencipta populariti sebagai pengacara TV yang petah hingga dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 untuk kategori Pengacara TV Wanita Popular (ABPBH). Juliana mencipta rekod sebagai pengacara wanita paling muda yang pernah dicalonkan dalam kategori itu iaitu ketika berusia 19 tahun.

Kini, beliau beralih ke stesen televisyen Astro dengan mengendalikan program Era TV.

Selain aktif mengacara, Juliana mencuba bakat dalam bidang lakonan namun bakatnya masih belum terserlah sepenuhnya. Kini, bakatnya semakin terserlah dalam beberapa buah drama dan filem lakonannya.

Kini, beliau sedang belajar di Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perfileman, Video dan Media di universiti tersebut selama dua tahun. Beliau juga telah mengambil cuti selama tiga bulan untuk berjumpa keluarga, berlakon serta menyambut raya bersama saudara-maranya.


Peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah dikaitkan bercinta dengan penyanyi yang bernama Adam pada tahun 2006 dan diyakini bahawa nama beliau diabadikan dalam lagu popular Adam berjudul Hai. Bait-bait liriknya dipercayai telah ditujukan kepada Juliana, malah dipersembahkan ketika acara Separuh Akhir IKON 2007. Namun hubungan cinta mereka khabarnya berakhir ketika lagu tersebut mendaki carta popular pada pertengahan 2007. Adam juga menerbitkan semula lagu tersebut dengan membuang nama Juliana dan diganti dengan Siapakah.

Pada tahun 2008 Juliana mengakui menjalinkan hubungan dengan vokalis utama kumpulan Bunkface iaitu Sam Baharom. Biarpun mengiyakan, namun pasangan ini bertindak low profile ketika berhadapan dengan media. Hubungan cinta mereka dilaporkan putus pada awal tahun 2010 dan kini Juliana dikhabarkan bercinta dengan seorang ahli perniagaan. Pada tahun 2011, Juliana dikaitkan pula bercinta dengan Zizan Razak selepas bersama-sama berlakon dalam filem Hantu Bonceng. Kini, mereka berlakon bersama pula dalam filem Mael Lambong.


Pengacaraan[sunting | sunting sumber]

  1. E-Zone (Astro Ria) 2001- 2002
  2. Majalah Moral (TVIQ) 2004
  3. Bintang Kecil Raya (TV9) 2006
  4. Remaja (TV3) 2005 - 2008
  5. Gadis Melayu (TV9) - 2009
  6. Era TV (Astro) 2010

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Siri TV[sunting | sunting sumber]

  1. Kami The Series (2007)
  2. Kasut Tumit Tinggi (2008)
  3. Warkah Terakhir (2009)
  4. Ghost 2 (2009)
  5. Sayang Cendana (2010)

Drama TV[sunting | sunting sumber]

  1. Puaka Topeng Putih @ Astro Ria -2009
  2. Cinta Lelong @ Astro Ria -2009
  3. 2nd Hand Henfon @ Astro -2009
  4. Cheritera @ TV3 -2010
  5. Sabar @ TV3 - 2010
  6. Puteri Kayangan @ TV3 - 2011
  7. Puteri Pulau Tuba @ RTM - 2012

Filem[sunting | sunting sumber]

  1. Kami The Movie (2008) sebagai Sophie
  2. Hooperz (2010)
  3. Adik Manja The Returns (2012)
  4. Hantu Bonceng (2011)
  5. Mael Lambung (2012)
  6. Dampak (2013)

Iklan Komersial[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]