Just Faaland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Tan Sri Just Faaland (lahir 1922) adalah seorang ahli ekonomi politik berbangsa Norway. Beliau merupakan seorang penyelidik pembangunan di Chr. Michelsen Institute (CMI) semenjak tahun 1952. Beliau juga adalah salah seorang individu yang bertanggungjawab di dalam pembentukan Dasar Ekonomi Baru Malaysia. Beliau juga adalah pengarah am bagi Institut Penyelidikan Dasar Makanan Antarabangsa.[1]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Faaland dikurniakan darjah Royal Norwegian Order of St. Olav dari negaranya sendiri dan juga gelaran kehormat Tan Sri, dan memegang doktor kehormat daripada Universiti Bergen dan Universiti Malaya.

Pada 4 Ogos 2010, beliau dikurniakan sebagai salah seorang daripada empat penerima Anugerah Merdeka 2010 di dalam kategori Sumbangan Ulung Kepada Rakyat Malaysia . Penerima Anugerah Merdeka 2010 yang lain adalah Datin Paduka Mother Mangalam Iyaswamy Iyer(Pendidikan dan Komuniti), Profesor Emeritus Dr. Yong Hoi Sen dan Profesor Dr. Harith Ahmad(Pencapaian Ulung Akademik).[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:Norway-academic-bio-stub

Templat:Economist-stub