Justin Chambers

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Justin Chambers
Chambers di Festival de Monte Carlo, 2014.
Kelahiran
Justin Willman Chambers

(1970-07-11) 11 Julai 1970 (umur 53)
Pekerjaan
Pelakon
Tahun aktif1995–kini
PasanganKeisha Chambers (k. 1993)
Anak-anak5

Justin Chambers (lahir Julai 11, 1970) merupakan pelakon Amerika Syarikat yang juga bertindak sebagai peragawan Calvin Klein. Pada 2005, beliau mula membintangi drama keluaran ABC iaitu Grey's Anatomy sebagai Dr. Alex Karev.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Peribadi[sunting | sunting sumber]

Chambers dilahirkan di Springfield, Ohio hasil perkahwinan Pam dan John Chambers. Beliua mempunyai saudara kembar bernama Jason, seorang abang dan dua orang kakak. Beliau dikurniakan lima orang anak bersama isterinya, Keisha, yang dikahwininya pada 1993. Anak-anak beliau ialah: Isabella, kembar Maya dan Kaila, Eva dan Jackson. Mereka telah berpindah ke Los Angeles. Menerusi Jimmy Kimmel Live, beliau memberitahu anak perempuannya terlibat dalam kumpulan kugiran Nyla!

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Chambers merupakan peragawan yang diuruskan oleh Metro dan menjadi peragawan Calvin Klein. Beliau telah merantau ke Eropah, Jepun dan AS untuk CK dan Armani. Beliau memutuskan untuk bergelar pelakon dengan berhijrah ke New York, yang juga menjadi tempatnya belajar di H.B. Studios selama empat tahun. Pernag terbabit dalam Another World dan New York Undercover. Pernah juga terbabit dalam beberapa filem seperti The Wedding Planner (2001, disamping Jennifer Lopez), The Musketeer (2001) Southern Belles (2005), The Zodiac (2005), dan Hysterical Blindness (2002).

Pautan Dalaman[sunting | sunting sumber]