K-On!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
K-On!
K-On! manga volume 1 cover.jpg
Jilid pertama manga K-On!, menunjukkan watak Yui Hirasawa.
けいおん!
(Keion!)
Genre Komedi, Muzik
Manga
Pengarang Kakifly
Penerbit Jepun Houbunsha
Anime
Pengarah Naoko Yamada
Studio Jepun Kyoto Animation
Penyiaran Asal Jepun TBS, BS-TBS
Dikeluarkan pada April 3, 2009June 26, 2009
Episod 13
Anime
Pengarah Naoko Yamada
Studio Kyoto Animation
Dikeluarkan pada January 20, 2010
Episod 1
Anime
K-On!!
Pengarah Naoko Yamada
Studio Kyoto Animation
Penyiaran Asal TBS, BS-TBS
Dikeluarkan pada April 7, 2010September 28, 2010
Episod 26

K-On! (けいおん! Keion!?) merupakan sebuah judul manga / komik 4 panel hasil karya Kakifly[1]. Manga ini dimulakan secara bersiri dalam sebuah majalah sejak tahun 2007, manakala siri anime dianimasi oleh studio Kyoto Animation dan mulai disiarkan di Jepun pada 3 April 2009[2]. Judulnya berasal daripada penggunaan perkataan keiongaku (軽音楽?) yang membawa maksud "muzik ringan"[3].

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

K-On! mengisahkan tentang 4 orang pelajar sekolah di Jepun yang bersama-sama dalam sebuah kelab musik pop yang sudah hampir ditutup. Meskipun dianggotai 4 orang pelajar sahaja, tiga daripada mereka mampu bermain alat muzik yang tertentu, kecuali anggotanya yang bernama Yui yang tidak memiliki pengalaman bermain alatan muzik. Watak utama anime ini ialah Yui Hirasawa yang tidak mempunyai kemampuan bermain alat muzik mahupun membaca buku muzik. Pada permulaan kisah K-On! Yui mempunyai masalah untuk mempelajari bermain gitar dengan baik namun prestasinya meningkatkan, terutama sekali dalam musim kedua di mana dia boleh bermain dengan sempurna. Selain menceritakan proses pembelajaran Yui dengan alat muzik pelihannya, K-On! juga memperlihatkan keakraban Yui dan rakan-rakannya, iaitu Mio Akiyama, Ritsu Tainaka, Azusa Nakano, dan Tsumugi Kotobuki, di samping persembahan pentas mereka yang pertama, selain daripada usaha untuk mencari ahli-ahli baru.

Watak-watak Utama[sunting | sunting sumber]

Yui Hirasawa (平沢 唯 Hirasawa Yui?)
Suara latar: Aki Toyosaki
Yui merupakan watak utama dalam anime K-On!. Dia merupakan salah satu ahli kelab muzik ringan dan memainkan gitar "Heritage Cherry Sunburst Gibson Les Paul Standard" yang digelarnya sendiri sebagai "Gīta" "ギー太". Dia tidak mendapat gred yang bagus dalam sekolah (apabila diajar betul-betul, dia mendapat keputusan diluar jangkaan). Yui seorang yang kikuk dan selalu meluangkan masa dengan sia-sia. Dia boleh mengambil apa-apa makanan pun (dan badannya tetap tidak berubah; perkara ini dicemburui Mugi, Mio, dan Sawako). Dia mempunyai seorang adik bernama Ui, yang sangat matang dan amatlah berbeza dari segi tingkah laku jika dibandingkan dengan kakaknya. Yui berlatih bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang baik dalam permainan gitar. Yui bermain dengan semangat yang tinggi semasa persembahan dan selalu mendapat perhatian penonoton.
Yui merupakan vokalis utama dalam Hokago Tea Time. Yui sangat senang diganngu oleh perkara lain tetapi boleh menumpukan perhatian untuk sesuatu kerja pada satu-satu masa yang tertentu. Jika Yui menumpukan perhatian kepada sesuatu dengan bersungguh-sungguh dia seringkali akan lupa tentang perkara yang dibuat sebelumnya. Yui selalu berlatih bersungguh-sungguh untuk Hokago Tea Time. Suaranya dipuji oleh warga sekolah setelah kelab mereka melakukan beberapa persembahan.
Ritsu Tainaka (田井中 律 Tainaka Ritsu?)
Suara latar: Satomi Satō
Ritsu (ataupun "Ricchan", nama gelaran yang diberikan Yui) merupakan presiden tidak rasmi untuk kelab muzik ringan mereka dan bermain drum berjenama Rick Marotta Signature Yamaha Hipgig. Dia seringkali lupa tentang tempahan yang harus dibuat untuk pentas semasa persembahan sekolah dan selalu diingatkan oleh Mio dan Nodoka. Ritsu adalah seorang yang periang, dan suka membuat lawak. Dia sangat pandai dalam mencari duit dan untuk kejayaan kelab itu. Dia memilih drum kerana alatan tersebut dianggapnya "cool" tetapi sebenarnya, dia memilihnya kerana mempunyai masalah dalam alatan muzik menggunakan pergerakan jari, contohnya bass, gitar dan keyboard walaupun terpaksa ditempatkan dibelakang pentas.
Dia merupakan kawan sejak kecil kepada Mio dan selalu mengusik rakannya itu terutamanya apabila Mio berasa takut akan sesuatu. Dia mencemburui Mio dan kawan-kawannya yang lain kerana kurang bersikap sebagai seorang perempuan seperti mereka berdua. Walaupun sikap dia begitu, dia dipilih memainkan watak Juliet pada musim kedua dan berjaya berlakon secara bersopan-santun. Dia mempunyai seorang adik lelaki bernama Satoshi (聡). Pemain drum yang disukainya ialah "Keith Moon of The Who".
Mio Akiyama (秋山 澪 Akiyama Mio?)
Suara latar: Yōko Hikasa
Mio ialah seorang gadis pemalu dan serius di kelab muzik ringan mereka, dan merupakan seorang pemain bass yang kidal, juga salah satu dari vokalis selain Yui. Dia sebenarnya ingin mengikuti kelab bahasa Inggeris namun di atas permintaan Ritsu, dia menemaninya untuk menubuhkan kelab muzik ringan sekolah mereka. Dalam siri anime, Mio merupakan vokalis dalam ketiadaan Yui dan menyanyikan beberapa lagu yang digubahnya sendiri; salah satu daripadanya berjudul "Light and Fluffy Time" (Fuwa Fuwa Time).
Tsumugi Kotobuki (琴吹 紬 Kotobuki Tsumugi?)
Suara latar: Minako Kotobuki
Tsumugi, atau lebih dikenali dengan nama gelarannya "Mugi" merupakan seorang pemain piano dan juga memainkan alat muzik keyboard dalam kelab muziknya. Tsumugi merupakan anak seorang tuan perusahaan muzik. Keluarganya merupakan golongan yang kaya dan mempunyai banyak vila mewah dan seringkali dikunjungi oleh anggota kelab muziknya untuk berhibur bersama. Mugi sentiasi membawa teh dan kek (yang didedahkan didapatinya daripada sebuah kafe milik ayahnya) apabila mereka melakukan latihan di dalam kelab, kadang-kala sehingga mereka tidak melakukan sebarang latihan. Pada awalnya, Mugi ingin menyertai kelab koir, namun setelah dipujuk Ritsu dan Mio, Mugi bersetuju untuk menjadi ahli kelab muzik ringan sekolahnya.
Azusa Nakano (中野 梓 Nakano Azusa?)
Suara latar: Ayana Taketatsu
Azusa merupakan seorang pelajar baru yang akhirnya menyertai kelab muzik ringan sekolahnya. Dia merupakan seorang pemain gitar yang handal, meskipun umurnya muda setahun berbanding ketiga-tiga ahli kelabnya yang lain. Dia seringkali digelar sebagai "Azu-nyan" oleh ahli kelabnya setelah memakai sepasang telinga kucing dan mengatakan "nyan" (di mana "nyan" dalam bahasa Jepun adalah sama dengan bunyi "meow" yang dihasilkan kucing). Meskipun tidak mengakui kehandalannya, Azusa telah bermain gitar sejak kecil lagi. Apabila Yui menemui Azusa, dia memintanya mengajar teknik-teknik tambahan untuk meningkatkan kemahirannya dengan alat muzik tersebut.

Watak-watak sampingan[sunting | sunting sumber]

Sawako Yamanaka (山中 さわ子 Yamanaka Sawako?)
Suara latar: Asami Sanada
Sawako adalah penanggung jawab kelab musik. Dia adalah alumni dari sekolah ini, seorang guru musik, dan juga adalah anggota klub musik ini pada saat yang lampau. Karena masa lalunya yang buruk diketahui Ritsu, akhirnya dia bersedia menjadi pembimbing kelab ini. Pada waktu masih menjadi anggota kelab musik, Sawako adalah pemain gitar seperti Yui dan Azusa.
Nodoka Manabe (真鍋 和 Manabe Nodoka?)
Suara latar: Chika Fujitō
Nodoka adalah sahabat Yui sejak kecil dan anggota dari pengurus siswa. Dia selalu memperhatikan kelab musik karena ada Yui di dalamnya. Pada waktu duduk di kelas 2, dia satu kelas dengan Mio dan kemudian akhirnya mereka berdua menjadi akrab.
Ui Hirasawa (平沢 憂 Hirasawa Ui?)
Suara latar: Madoka Yonezawa
Ui adalah adik Yui. Dia masuk ke sekolah yang sama dengan Yui. Dia berada di kelas yang sama dengan Azusa dan sering pergi bersamanya. Sifatnya terbalik dari Yui, Ui adalah anak yang rajin, pandai memasak dan seseorang bersifat dewasa, namun demikian, dia selalu membanggakan Yui kakaknya.
Jun Suzuki (鈴木 純 Suzuki Jun?)
Suara latar: Yoriko Nagata
Teman sekelas Azusa dan Ui, dan terlihat sering berpergian bersama Ui. Ui menyuruhnya masuk ke dalam kelab namun gagal karena Jun merasa kelab itu aneh. Jun juga memiliki seekor binatang peliharaan yaitu kucing Anggora. Jun sangat menyesal apabila mengetahui aktiviti kelab itu.
Megumi Sogabe (曾我部 惠 Sogabe Megumi?)
Suara latar: Asumi Kodama
Megumi adalah ketua OSIS sebelum Nodoka, dia juga pemimpin kelab penggemar atau disebut juga Fans Club Mio. Dia sering mengikuti Mio waktu di sekolah karena dia selalu ingin melihat Mio sekali lagi. Pada minggu terakhir sebelum dia berhenti sekolah dia memerhatikan Mio sehingga Mio berasa sangat takut. Megumi dapat ditemui di anime episode ke 6 dan ke 7.

Episod K-on![sunting | sunting sumber]

# Tajuk Tarikh siaran asal
01 "Haibu!" (廃部!)  3 April 2009
Yui Hirasawa baru sahaja memulakan kehidupan sekolah tinggi tetapi tidak mengetahui jika dia boleh menyertai sebarang kelab. Ritsu Tainaka hendak membuat semula kelab musik ringan, yang mana ditunda apabila habisnya bulan April dan kelab itu sekurangya-kurangnya mengandungi empat orang ahli. Ritsu meyakinkan kawannya, Mio Akiyama yang mulanya hendak menyertai kelab sastera untuk menyertai kelab musik ringan. Tsumugi Kotobuki, pada mulanya hendak menyertai kelab koir, juga bersetuju untuk menyertai kelab musik ringan. Dalam pencarian mereka mencari ahli keempat, mereka membuat poster untuk kelab itu yang menarik perhatian Yui. Disebabkan salah faham "musik ringan", Yui bersetuju untuk menyertai kelab musik ringan dan Yui tidak mengetahui bahawa kelab itu mencari pemain gitar sedangkan Yui tidak tahu bermain gitar. Meskipun begini, ketiga-tiga ahli kelab musik ringan cuba untuk "menangkap" Yui dan apabila persembahan pendek dilakukan, Yui bersetuju untuk menyertai kelab musik ringan dan dia harus belajar bermain gitar dan harus membelinya dahulu. 
02 "Gakki!" (楽器!)  10 April 2009
Kelab Musik Ringan menolong ahlinya iaitu Yui untuk membeli sebuah gitar. Dengan ¥50,000 duit tambahan dari duit sakunya, Yui pergi ke kedai musik dimana Yui berjumpa dengan Gibson Les Paul dan menarik perhatian Yui, walaupun harganya ¥250,000. Oleh kerana itu mereka haruslah mengambil kerja separuh masa dan akhirnya menjadi penyilidik laluan trafik. Selepas dua hari, dan mendapat hanya ¥8,000 untuk satu hari, mereka masih lagi tidak boleh membeli gitar itu. Namun, Yui memberitahu kawannya supaya mengambil duit gaji itu untuk kegunaan mereka sahaja dan dia memberitahu kawanya bahawa dia akan menyelesaikan masalahnya dengan membeli gitar yang lebih murah. Namun mereka kembali ke kedai musik itu, Yui masih lagi ingin membeli Gibson Les Paul. Dalam ambang kembali ke keja separuh masa itu Tsumugi Kotobuki bertawar dengan penjual kedai itu untuk mendapat diskaun untuk gitar itu. Dia segera mengecam Tsumugi sebagai anak presiden perusahaan itu dan menawarkan ¥50,000. 
03 "Tokkun!" (特訓!)  17 April 2009
Yui dan kawanya sekarang mengambil ujian pertengahan tahuin. Malangnya Yui berlatih bermain gitar dan tidak belajar lalu gagal dalam peperiksaan. Jika dia gagal dalam ujian semula, dia tidak boleh mengambil bahagian dalam aktiviti kelab dan kelab akan ditunda kerana kekurangan ahli. Sehari sebelum ujian semula, Yui masih lagi tidak belajar dan merayu pada Ritsu, Mio, dan Tsumugi menolong dia. Mio datang dan mengajarnya manakala Ritsu hanya mengacau dari menolong. Seharo selepas ujian semula, Yui pulang ke bilik kelab muzik dengan markah 100%. Untuk meraikanya, kawanya menyuruh Yui bermain akord gitar yang dia telah pelajari, dan mendapati Yui melupai segalanya. 
04 "Gasshuku!" (合宿!)  1 Mei 2009
Mio menjumpai sebuah kotak yang mengandungi barang dari kelab musik ringan sebelum ini, termaksuklah sebiji kaset dari persembahan kelab musik ringan sebelum ini di festival sekolah. Selepas mendengar kaset itu, Mio berhasrat untuk membawa kawanya untuk berlatih pada cuti musim panas untuk festival sekolah akan datang. Bimbangkan tentang kos, mereka menyerahkanya kepada Tsumugi, dan mendapat sebuah villa di tepi pantai. Mio juga berhasrat rankanya berlatih bersungguh-sungguh tetpi mereka hanyalah main-main. Selepas berlatih pada petang itu, Mio terharu apabila Yui bermain gitar di hadapan bunga api. Mio mengakui kepda kawanya yang dia ingin menjadi sebaik mungkin seperti kelab musik ringan sebelum ini, dan memainkan kaset itu kepada mereka. Semasa musik itu dimainkan seorang perempuan bersuara menakutkan menjadi vokalis dan menakutkan Mio. Untuk menceriakan Mio kembali, Yui memainkan gitarnya dengan sempurna dan mempelajari teknik baru. 

Album[sunting | sunting sumber]

K-On! Original Soundtrack merupakan judul kepada album runut bunyi yang digubah pada tahun 2009 untuk mengiringi anime bersiri oleh studio animasi Kyoto Animation iaitu K-On!. Album ini terdiri daripada 36 lagu berbahasa Jepun.

Lagu pembuka untuk anime bersiri ini dinyanyikan oleh keempat-empat pelakon suara latar watak utama iaitu Aki Toyosaki, Yōko Hikasa, Satomi Satō dan Minako Kotobuki, berjudul "Cagayake! Girls". Lagu penutup yang berjudul "Don't say 'lazy'" juga dinyanyikan oleh penyanyi yang sama. Pada musim kedua lagu pembukaan yang digunakan ialah "Go Go Maniac" dan lagu penutup adalah "Listen". Daripada episod 13 dan seterusnya, lagu pembuka berjudul "Utaouyo Miracle" dan lagu penutup berjudul "No Thank You" telah digunakan dan masing-masing dinyanyikan oleh keempat-empat pelakon suara latar yang sama. Dalam siri pertama anime K-On! terdapat juga sebuah lagu tambahan iaitu Fuwa Fuwa Time (ふわふわ時間 Masa Ringan dan Lembut) yang digunakan dalam episod keenam bagi siri pertama. Dalam siri kedua, lagu ini juga turut dimainkan oleh kumpulan muzik tersebut.

| K-On! Original Soundtrack diumumkan pada 3 Jun, 2009; sebahagian besar daripada lagunya digubah oleh Hajime Hyakkoku.

Senarai lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Have some tea?
  2. Morning dew
  3. Isogeya Isoge!
  4. Kawaii Inbo
  5. 2 Hiki no Koneko
  6. Ii Yume Mitene
  7. Cotton candy
  8. Virtual love
  9. Tnapopo Takkyubin
  10. Ukkari Kimi no Tame ni
  11. Genki!
  12. Oba-chan no Dance
  13. The other side of evening sun
  14. Dead soldiers (Laugh)
  15. Hold on your love
  16. Falling reinforced concrete
  17. Small flashing
  18. Kendama-Kun
  19. Karui Jodan
  20. Crape wa Ikaga?
  21. Happy languidness
  22. Emerald green
  23. My hometown where it snows
  24. Ginsekai no Asa
  25. Tea at the night of Christmas
  26. Koneko no Ensokai
  27. Patrol of stroll
  28. Doki Doki Friday night
  29. Ringo. . . Ringo. . . Ringo Ame
  30. 15-Sai no March
  31. Jajauma 3 Nin Musume
  32. Hesitation
  33. Pinch Daisuki!
  34. Dress ni Crape wa Niawanai?
  35. Anohi no Yume
  36. Happy End

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]