Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| K2 Black Panther |

XK-2 Black Panther MBT |
| Jenis |
Kereta kebal utama |
| Asal |
Korea Selatan |
| Kos seunit |
₩8.3 bilion
AS$7.1 juta (AS$1 = 1,161.4 KRW - kadar tukaran pada 17 Oktober, 2009) |
| Spesifikasi |
| Berat |
55 tan (54 tan panjang; 61 tan pendek)Templat:Convert/test/Anone |
| Panjang |
10.8 meter (35 kk 5 in) termasuk meriam
7.5 meter (24 kk 7 in) chasis sahaja |
| Lebar |
3.6 meter (11 kk 10 in) |
| Tinggi |
2.4 meter (7 kk 10 in) |
| Krew |
3 (komander, jurumeriam, pemandu) |
|
| Perisai |
Lapisan yang terdiri dari sistem pertahanan anti peluru berpandu lembut dan keras, ERA, NERA, perisai komposit jenis baru dan modular yang tidak diketahui |
Senjata
utama |
Meriam berlaras licin 120mm (4.72 in.), kaliber 55 (40 butir) |
Senjata
kedua |
Mesingan 1× 12.7 mm (kaliber .50) Mesingan berat K6 (3,200 butir)
Mesingan sepaksi 1× 7.62 mm (kaliber .30) (12,000 butir) |
| Enjin |
diesel 4-lejang, 12-silinder penyejukkan air
1,500 hp |
| Kuasa/berat |
27.3 hp/tan |
Sistem
ampaian |
In-arm Suspension Unit |
Jarak
operasi |
450 kilometer (280 bt) |
| Kelajuan |
70 km/j (44 bsj) (jalan raya)
50 km/j (merentas desa)
(pecutan dari 0–32 km/j [0–20 bsj] dalam masa 7 saat) |
|
|
|
|
K2 Black Panther (Hangul: K2 '흑표', hanja: K2 '黒豹') merupakan sebuah kereta kebal utama termaju yang akan mengantikan kereta kebal M48A5K Patton dan akan digandingkan dengan kereta kebal siri-siri K1 yang kini sedang digunakan oleh Republik Korea. Ia kini sedang dikeluarkan dalam skala penuh. K2 merupakan kereta kebal termahal di dunia, yang kini dianggarkan bernilai kira-kira ₩8.3 bilion Won Korea Selatan, atau kira-kira AS$8.5 juta se unit, mengatasi kereta kebal Type 90 buatan Jepun, yang bernilai kira-kira AS$7.4 juta setakat tahun 2008.
Kos perolehan bagi seunit kereta kebal K2 kini adalah kira-kira ₩8.3 bilion Won Korea, atau sekitar AS$8.5 juta, menjadikan ianya sebagai sebuah kereta kebal utama termahal sehingga kini, mengatasi kereta kebal buatan Jepun, Type 90, yang mana berharga kira-kira AS$7.4 juta sebuah pada tahun 2008. Harga ini hampir dua kali ganda harga bagi K1A1, yang dinilai berharga ₩4.5 bilion se unit, atau kira-kira AS$4.9 juta.
Walaubagaimanapun, harus diingatkan kos pembuatan untuk K2 akan menurun setelah kereta kebal ini dikeluarkan secara besar-besaran dan ditawarkan untuk dijual di peringkat antarabangsa.