KDB Nakhoda Ragam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambaran keseluruhan kelas
Pembina:BAE Systems Marine
Pengguna:Tentera Laut Diraja Brunei
Jumlah disiapkan:3
Ciri-ciri umum
Jenis: Korvet
Sesaran: 1,940 tan
Panjang:
  • 89.9 m panjang garis air,
  • 95 m panjang keseluruhan
Lunas: 12.8 m
Draught: 3.6 m
Jana kuasa:
Halaju: 30 knot[1]
Jarak: 5000 batu nautika pada kelajuan 12 knot[2]
Anak kapal: 79 (bilik untuk tambahan 24)
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Pengarah senjata elektro-optik Radamec 2500.
  • Sonar lekapan badan kapal Thales Underwater Systems TMS 4130C1.
  • Radar permukaan dan udara BAE Systems Insyte AWS-9 3D band-E dan F.
  • Radar penjejak BAE Insyte 1802SW band-I/J.
  • Radar navigasi Kelvin Hughes Type 1007.
  • Radar Thales Nederland Scout untuk carian permukaan.[2]
Persenjataan:
  • Pelancar peluru berpandu MBDA (Aerospatiale) Exocet MM40 Blok II.
  • Peluru berpandu permukaan ke udara MBDA (BAE Systems) Seawolf.
  • 1 x meriam Oto Melara 76mm.
  • 2 x meriam MSI Defence DS 30B REMSIG 30mm.
  • 2 x tiub torpedo berkembar tiga BAE Systems 324mm.
  • Perlindungan Thales Sensors Cutlass 242[2].
Pesawat yang dibawa: 1 x S-70B Seahawk
Kemudahan penerbangan: Dek penerbangan, tiada hangar

KDB Nakhoda Ragam adalah kapal ketiga dalam kapal peronda Kelas Nakhoda Ragam yang dibina di dermaga Yarrow, milik BAE System di Clyde. KDB Nakhoda Ragam merupakan kapal peronda pantai Kelas Nakhoda Ragam milik Tentera Laut Diraja Brunei yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Brunei.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Kapal peronda luar pantai kelas Nakhoda Ragam dibina oleh BAE Systems bagi angkatan laut Diraja Brunei. Kapal pertama dan kedua, KDB Nakhoda Ragam dan KDB Bendahara Sakam, dilancarkan pada Januari dan Jun 2001 di Limbungan Scotstoun di BAE Systems Marine. Kapal peronda ketiga, KDB Jerambak, dilancarkan pada June 2002. Tentera Laut Diraja Brunei akan mengendalikan kapal-kapal tersebut dari pengkalan tentera laut Muara.

Kerajaan Britain dan Brunei mencapai "Persetujuan Bersama" pada 1994 bagi kerjasama pertahanan. Brunei mengeluarkan permohonan tender ulangan revised request for tenders (RFT) pada 1995 untuk tiga kapal peronda luar pantai. Pada tahun 1995 ia mengumumkan bahawa BAE Systems (ketika itu GEC Shipbuilders) telah dipilih sebagai kontraktor utama..

Rekabentuk kapal adalah variasi baru keluarga F2000. Automasi aras tinggi di kapal membenarkan ia dikendalikan oleh hanya 79 kakitangan. Kelengkapan disediakan bagi anak kapal dan tambahan 24 orang jika diperlukan.

Kawal dan Perintah[sunting | sunting sumber]

Kapal peronda KDB Nakhoda Ragam dilengkapi dengan sistem kawal senjata dan perintah Nautis II yang dibekalkan oleh Alenia Marconi Systems. Nautis II mempunyai konsole pelbagai fungsi untuk menyokong pertempuran dengan ancaman udara, permukaan dan kapal selam. Data di pindah terima dari pengesan kapal dan sistem senjata untuk memberikan paparan zon perang/situasi kawasan operasi termasuk juga navigasi, menjejak sasaran, ancaman, pembahagian senjata dan fungsi kawalan senjata. Sistem perintah dan kawal juga boleh beroperasi dalam mod latihan untuk memberikan pertempuran dan senario rekaan yang sebenar.

Persenjataan[sunting | sunting sumber]

Peluru berpandu[sunting | sunting sumber]

Kapal peronda KDB Nakhoda Ragam juga dilengkapi dengan peluru berpandu anti kapal MBDA (Aerospatiale) Exocet MM40 Blok II, dengan jarak berkesan 70km. Data mengenai jarak dan arah dimuat turun kepada komputer pada peluru berpandu. Peluru berpandu itu menggunakan pengendalian pegun "panduan inersia" untuk trajektori fasa krus dan kemudian pensasar radar aktif dengan kepala pencari denyut tunggal aktif "monopulse". Peluru berpandu mendakap permukaan laut menghampiri sasaran pada kelajuan subsonik tinggi, Mach 0.9. Dua blok dari empat pelancar dipasang bersilang, satu blok menghasa ke kiri kapal dan satu ke kanan, pada dek peluru berpandu dibelakang tiang layar utama.

Peluru berpandu permukaan ke udara KDB Nakhoda Ragam adalah MBDA (BAE Systems) Seawolf, yang mempunyai jarak sehingga 6km pada kapal terbang atau peluru berpandu. Peluru berpandu ini menggunakan sambungan gelombang mikro sistem kendalian perintah-garis-pandangan dengan penjejak "television" dan radar. Roket tujahan pepejal membekalkan kelajuan Mach 2.5. 16 sel 16-cell Pelancar Menegak "VLS (Vertical Launch System)" dipasang dihadapan dek meriam utama antara meriam utama dan Dek Pemerintah "bridge".

Meriam[sunting | sunting sumber]

Meriam utama, Oto Melara 76mm Super Rapid, dipasang pada dek meriam hadapan, memberikan pertahanan terhadap sasaran udara dan darat. Kadar tembakan pada 110 biji seminute dan jarak sejauh 16km. Dua meriam MSI Defence DS 30B REMSIG 30mm, dipasang di kedua-dua belah di dek atas belakang ""aft", hadapan dek penerbangan, dan mampu memuntahkan 650 biji seminit sehingga jarak 10km.

Torpedo[sunting | sunting sumber]

KDB Nakhoda Ragam dilengkapi dengan tiga tiub torpedo 324mm berkembar yang dibekalkan oleh BAE Systems.

Penangkis pertahanan diri[sunting | sunting sumber]

Kumpulan eletronik tempur termasuk sistem eletronik penilai sokongan "Thales Sensors Cutlass 242" dan penganggu radar Scorpion "jammer". Sistem pelancar umpan Super Barricade yang dibekalkan oleh Wallop Defence dipasang dikedua belah dek menara tinggi dibelakang Dek Pemerintah "bridge".

Helikopter[sunting | sunting sumber]

Dek penerbangan belakang, anggaran seluas 285m², mempunyai tempat pendaratan tunggal untuk helikopter bersaiz serdahana, seperti S-70B Seahawk. Kapal KDB Nakhoda Ragam tidak mempunyai kemudahan "hangar".

Penderia[sunting | sunting sumber]

KDB Nakhoda Ragam dilengkapi dengan pengarah senjata Radamec 2500 electro-optic, yang merangkumi pencari-jarak laser selamat-mata "eye-safe", TV dan penggambar haba "thermal imager" dan digunakan bagi kawal tembakan meriam dan pengawasan. Sonar frekuensi serdahana yang pasang di badan jenis Thales Underwater Systems TMS 4130C1.

Antena besar empatsegi jalur E- dan F- untuk radar carian udara dan darat, Alenia Marconi Systems (AMS) AWS-9 3D untuk penunjuk sasaran dan pengawasan, dipasang dipuncak menara tiang utama. Sistem radar termasuk dua penjejak radar AMS 1802SW jalur I/J, yang memberikan pemastian sasaran bagi sistem peluru berpandu Seawolf.

Enjin[sunting | sunting sumber]

Kapal KDB Nakhoda Ragam dibekalkan kuasa tujahan oleh empat enjin disel MAN 20 RK270 yang memancu dua gandar. KDB Nakhoda Ragam mampu mencecah kelajuan 30 knot. Jarak pada kelajuan ekonomi 12 knot adalah 5,000 batu nautikal.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ruston's RK270 Engines Power Offshore Patrol Vessels". Maritime News. 2001-10-01. Dicapai pada 2009-02-28.
  2. ^ a b c "Nakhoda Ragam Class Offshore Patrol Vessels, Brunei". Naval Technology. Dicapai pada 2009-02-28.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]