KEPD 350

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
TAURUS KEPD 350
Taurus KEPD 350.jpg
Peluru berpandu kruis KEPD 350 di bawah sayap pesawat Eurofighter Typhoon semasa Pameran Udara ILA, Berlin pada 2004.
Penerangan
Jenis Peluru berpandu udara-ke-permukaan - Jarak Jauh
Pengeluar TAURUS Systems GmbH
Kos seunit € 950,000
Mula digunakan 2005
Ciri-ciri umum
Panjang 5.1 m
Diameter 1.08 m
Rentang sayap 2.064 m
Berat peluru berpandu 1,400 kg
Berat kepala peledak 499 kg
Enjin Kipas turbo Williams P8300-15
Kelajuan Mac 0.80 - 0.95
Ketinggian penerbangan 30 - 40 m
Jarak > 500 km [1]
Panduan Pemanduan arah berasakan imej, Sistem Pemandu Arah Inersia, Pemanduan Arah Rujukan Permukaan dan GPS
Platfom pelancaran Typhoon, Tornado, Gripen, F/A-18

TAURUS KEPD 350[2] ialah peluru berpandu kruis, pelancaran udara Jerman/Sweden. Ia dibangunkan oleh TAURUS Systems GmbH dan digunakan oleh Jerman dan Sepanyol. TAURUS Systems adalah syarikat usahasama antara LFK (EADS/MBDA) dan Saab Bofors Dynamics.[3]

Taurus KEPD 350 semasa Pameran Udara ILA 2006


Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Peluru berpandu ini mengabungkan ciri-ciri halimunan dan mempunyai jarak operasi melebihi 500 km. Taurus dijana oleh enjin kipas turbo dan mencapai kelajuan Mac 0.8 - 0.9. Ia boleh dibawa oleh pesawat Tornado, Eurofighter Typhoon, Gripen dan F/A-18. Kepala peladak berganda 499 kg yang dikenali sebagai Mephisto mempunyai cas-awal dan cas penembusan awal untuk membuang tanah atau memasuki kubu, dan seterusnya fius penangguh boleh ubah akan mengawal letupan kepala pelak utama. Berat peluru berpandu ini adalah kira-kira 1,400 kg dan ukur lilit maksimum 1 m. Sasaran tujuan adalah kubu yang diperkukuh, arahan, kawalan dan komunikasi; kemudahan lapangan terbang; kemudahan pelabuhan;tempat simpanan AMS/peluru; kapal/kapal selam di pelabuhan dan jambatan. Peluru berpandu ini juga mempunya sistem penyerakkan sebagai mekanisme perlindungan diri.

Perancang misi akan memprogram peluru berpandu dengan lokasi sasaran, pertahanan udara dan merancang laluan darat, kemudian peluru berpandu ini menggunakan laluan penerbangan dakapan-permukaan rendah yang akan dibantu oleh INS, IBN, TRN dan GPS sehingga hampir kepada sasaran. TAURUS KEPD 350 adalah satu-satunya peluru berpandu terbantu stand-off tepat yang berupaya dikemudikan pada jarak yang jauh tanpa sokongan sistem GPS. Apabila peluru berpandu ini memulakan manuver pendakian ke altitud yang diinginkan untuk mencapai kemungkinan perolehan dan penembusan sasaran yang terbaik. Semasa penerbangan kruis, kamera infra merah beresolusi tinggi boleh menyokong pengendalian dengan menggunakan IBN dan ia juga digunakan menyerang sasaran bebas GPS. Peluru berpandu ini akan mencuba untuk memdankan imej kamera dengan model sasaran 3D yang dirancang. Sekiranya tidak berjaya, ia akan bertukar ke sistem pengemudian yang lain, atau, jika terdapat risiko tinggi kerosakan sampingan, ia akan dipandu ke tempat musnah yang telah ditandakan. Oleh itu ia dapat mengalih risiko serangan yang tidak tepat dan kesan sampingan yang tidak dikehendaki.

Eksport[sunting | sunting sumber]

Tentera Sepanyol membeli 43 peluru berpandu ini. Negara-negara lain juga menunjukkan minat terhadap sistem peluru berpandu standoff panduan tepat.[perlu rujukan]

Pengendali[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Taurus Systems GmbH". whttp://www.taurus-systems.de. http://www.taurus-systems.de/html/kepd350.html. Capaian 2007-09-03. 
  2. Target Adaptive Unitary and Dispenser Robotic Ubiquity System / Kinetic Energy Penetrator and Destroyer
  3. "Gripen Multi-Role Fighter Aircraft, Sweden". www.airforce-technology.com. http://www.airforce-technology.com/projects/gripen/. Capaian 2007-07-17. 
  4. "EADS N.V.". http://www.eads.com/. http://www.eads.com/1024/de/pressdb/archiv/2002/de_20020808_taurus_d.html. Capaian 2007-09-11.