KLM

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
KLM
KLM logo-1-.png
IATA ICAO Callsign
KL KLM KLM
Ditubuhkan 1919
Hab Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol
Bandar tumpuan Lapangan Terbang Rotterdam
Program frequent flyer Flying Blue
Lobi ahli KLM Crown Lounge
Perikatan SkyTeam
Pesawat 104
Destinasi 99
Slogan syarikat The Reliable Airline
Ibu pejabat Amstelveen, The Netherlands
Tokoh L. M. van Wijk (Presiden dan CEO), F. Gagey (CFO), P. F. Hartman (COO)
Laman web www.klm.com

KLM (bermaksud Koninklijke Luchtvaart Maatschappij, atau Syarikat Penerbangan Diraja) adalah sebuah subsidi Air France dan juga merupakan penerbangan nasional Belanda.

Air France-KLM adalah penerbangan Perancis dan Belanda dengan tumpuan operasi KLM di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, berdekatan Amsterdam.

Air France mengambil alih KLM pada Mei 2004, dan menubuhkan syarikat Air France-KLM. Syarikat baru ini beribu pejabat di Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle, Paris. Air France-KLM adalah syarikat penerbangan terbesar dunia berdasarkan hasil operasi dan ketiga terbesar dunia berdasarkan hasil-penumpang-kilometer.

Air France-KLM adalah ahli kepada SkyTeam Alliance bersama dengan Delta Air Lines, Aeroméxico, Korean Air, CSA Czech Airlines, Alitalia, Northwest Airlines, dan Continental Airlines.

Isi kandungan

[sunting] Sejarah

KLM ditubuhkan pada 7 Oktober, 1919, membuatkan ia sebauh penerbangan tertua yang mengekalkan nama asalnya. Penerbangan pertama KLM ialah pada 17 Mei, 1920 dari London ke Amsterdam membawa 2 orang wartawan Inggris.

Syarikat-syarikat subsidi KLM ialah KLM Cityhopper, KLM Cargo dan KLM Asia. Bekas subsidi KLM ialah KLM excel. KLM juga mempunyai 100% pegangan dalam Transavia Airlines, 50% dalam Martinair dan 26% dalam Kenya Airways. KLM uk pernah menjadi syarikat subsidi KLM sehinggalah ia dicantum dengan KLM cityhopper. Saham KLM disenaraikan di bursa saham Amsterdam, New York dan Paris.

Pada Mei 2004, KLM diambil alih Air France tetapi identitinya dijamin dikekalkan selama 5 tahun berikutnya.

[sunting] Destinasi

Pesawat KLM di LTA Schiphol

Lihat Destinasi-destinasi KLM.

[sunting] Armada

[sunting] Pautan luar

Commons-logo.svg
Wikimedia Commons mempunyai media mengenai: