KLU (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari KLU)
Lompat ke: pandu arah, cari
KLU
Pengarah Ricky Uy
Pengarang Lakon layar:
Lakonan Azhar Sulaiman, Amy Mastura
Mula ditayang 1999
Negara  Malaysia Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu

KLU (Kuala Lumpur University) merupakan filem Malaysia yang bergenre komedi dan cinta ditayangkan pada 1999. Filem KLU diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem KLU mula ditayangkan pada 1999 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Azhar Sulaiman, Amy Mastura dan ramai lagi.

Isi kandungan

Pengarah [sunting]

Filem KLU diarah oleh pengarah Ricky Uy pada 1999.

Ringkasan [sunting]

Di dalam sebuah universiti di Kuala Lumpur, tersingkap kisah-kisah para pelajar di situ. Maria, seorang pelajar yang dahulunya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di luar negara, kini pulang ke tanahair dan menyambung pelajarannya di sini. Ini adalah disebabkan ayahnya yang sakit tenat ketika itu, tetapi kini telah pulih. Kekayaan ayah Maria, iaitu Datuk Nordin, menarik minat Tuan Hudson iaitu seorang rakan lamanya yang juga ayah kepada Bob, salah seorang pelajar di universiti yang sama. Tuan Hudson yang kini dalam dilema apabila perniagaannya hampir bankrap, mengambil kesempatan ini dengan memujuk Bob supaya merapatkan diri dengan Maria. Tuan Hudson mahu mengerjakan harta Datuk Nordin sekiranya Bob berjaya dijodohkan dengan Maria.

Pelakon [sunting]

Pelakon utama [sunting]

Pelakon pembantu [sunting]

  • Nana Nurgaya
  • Susan Manen
  • Nina Juren
  • Kuswadinata
  • Ahmad Idham

Pengarah [sunting]

  • Ricky Uy

Rujukan [sunting]