Kuala Lumpur Sentral

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari KL Sentral)
Lompat ke: pandu arah, cari
 MR1  KJ15  KA01 
Stesen Sentral (KL Sentral)
Stesen KTM Komuter
KTM Antarabandar
KL Monorail
Express Rail Link
dan Laluan Kelana Jaya
Klsentral.jpg
Dataran Stesen Sentral.
Statistik stesen
Alamat Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia.
Laluan Rawang-Seremban dan Laluan Batu Caves-Pelabuhan Klang (KTM Komuter) (mulai 2001)
Utara-Selatan (KTM Antarabandar) (mulai 2001)
Aliran Kelana Jaya (RapidKL)
KLIA Transit dan KLIA Ekspres (Express Rail Link) (mulai 2002)
Perhubungan Hab bas, stesen monorel, kedai makan dan runcit, dan depoh penyelenggaraan KTM.
Platform 2 platform pulau (KTM Komuter)
1 platform pulau (KTM Antarabandar)
2 platform sisi (Aliran Kelana Jaya)
1 platform pulau (KLIA Ekspres)
1 platform pulau (KLIA Transit)
Landasan 4 (KTM Komuter)
2 (KTM Intercity)
2 (Aliran Kelana Jaya)
2 (KLIA Ekspres)
2 (KLIA Transit)
Tempat letak kereta Berbayar
Semakan bagasi KLIA Ekspres sahaja
Maklumat lain
Dibuka 2001 (KTM Komuter, KTM Antarabandar dan Aliran Kelana Jaya)
2002 (ERL)
Mesra OKU Handicapped/disabled access
Kod KLSENTRAL (KTM Komuter)
Dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu, Rapid KL dan ERL Private Limited

Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) ialah sebuah kawasan pembangunan transit yang menempatkan stesen kereta api utama Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. KL Sentral dibuka pada 16 April 2001 untuk mengambil alih peranan Stesen Keretapi Kuala Lumpur lama, sebuah mercu tanda zaman penjajahan yang masih dibuka untuk tren komuter sahaja. KL Sentral ialah stesen kereta api terbesar di Asia Tenggara.

KL Sentral direka sebagai sebuah hab pengangkutan "antara-modus" (melibatkan pelbagai jenis pengangkutan). Kebanyakan khidmat pengangkutan gerabak di Kuala Lumpur mengampil penumpang di KL Sentral, begitu juga dengan perkhidmatan kereta api antarabandar yang menyusuri Semenanjung Malaysia dan Singapura. Projek KL Sentral sebenarnya masih belum lengkap sepenunya, biarpun prasarana stesen kereta api sudah sedia namun masih menunggu penyiapan bahagian-bahagian lain seperti pusat beli-belah, pejabat dan rumah pangsa yang dijangka siap menjelang tahun 2015[1].

Am[sunting | sunting sumber]

Dekorasi atap kerawang di lobi utama KL Sentral

KL Sentral meliputi seluruh kawasan pembangunan berkeluasan 290,000 meter persegi yang dibina atas bekas tempat melangsir Keretapi Tanah Melayu di Brickfields. Pembangunan KL Sentral merangkumi hab pengangkutan, hotel, bangunan pejabat, pangsapuri dan pusat beli-belah yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2015.[1]

KL Sentral terbahagi kepada 14 bidang tanah, setiap satunya diberi fungsi yang berbeza. Ada yang sudah pun siap dibina dan sedia digunakan, sementara yang lain pula masih dalam pembinaan, atau masih menunggu pembangunan mengikut fasa yang ditetapkan.

KL Sentral dimajukan oleh sebuah konsortium yang terdiri daripada Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Pembinaan Redzai Sdn Bhd.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1994, Kerajaan Malaysia dengan tujuan mempertingkatkan mutu pengangkutan awam bandar raya Kuala Lumpur, menyerahkan kontrak kepada sebuah konsortium untuk mengubah bekas tempat melangsir gerabak kereta api lama seluas 72 ekar (290,000 m²) menjadi sebuah pusat transit moden berlandaskan pembangunan bandar yang terkawal.

Konsortium pimpinan Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) melantik firma jurubina tersohor Kisho Kurokawa and Associates, yang juga pernah mereka bentuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan banyak lagi bangunan tersergam di seluruh dunia, untuk melakar rancangan induk untuk seluruh projek. Untuk memastikan komponen-komponen yang dirancang mengikut kemahuan pasaran, Jones Lang Wootton dilantik pada tahun 1995 untuk mengusahakan rancangan induk bagi seluruh projek, di samping juga mampu memberi nasihat mengenai komponen-komponen pacuan pasaran serta memastikan setiap komponen tersebut saling melengkapi dan berfungsi bersama.

Pencapaian KL Sentral selaku pusat siber terulung Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia menaikkan tarafnya, sekaligus membolehkannya memperluaskan prasarana teknologi fizikal dan maklumat bertaraf dunia sambil melengkapi bandar Cyberjaya, dengan memberikan pilihan kepada syarikat yang hendak mencungkil kelebihan status MSC serta mendekati para pelanggannya.

Kawasan pembangunan[sunting | sunting sumber]

KL Sentral ialah sebuah projek besar yang terdiri daripada berbagai-bagai jenis pembangunan. Kawasan tersebut dibahagi kepada beberapa plot tanah, setiap satunya diberi fungsi tertentu. Segala pembangunan dijangka siap menjelang tahun 2015.[1]

Lot Jenis pembangunan Nama Catatan
A Pejabat Ibu Pejabat CIMB Dalam pembinaan, dijangka siap tahun 2011. Keluasan lantai kasar : 839,319 kaki persegi. Nilai pembangunan kasar : RM404 juta [2]
B Pejabat Belum dimaklumkan Bakal dimajukan oleh MRCB, Kuwait Finance House dan Quill Group. Keluasan lantai kasar : 1.5 juta kaki persegi. Nilai pembangunan kasar : RM1.0 billion.[2]
C Hotel St. Regis Hotel and Residences Hotel 6 bintang dengan 200 bilik dibangunkan oleh One IFC Sdn Bhd, syarikat kerjasama diantara CMY Capital Sdn Bhd (60%), MRCB(30%) dan Jitra Perkasa Sdn Bhd (10%). Pembinaan dijangka bermula pada suku pertama 2011 dan dijangka siap tahun 2015. Keluasan lantai kasar : 1.4 juta kaki persegi. Nilai pembangunan kasar : RM1.5 billion.[2]
D Apartmen berservis Belum dimaklumkan 722 unit apartmen berservis mewah setinggi 50 tingkat. Keluasan lantai kasar : 1.4 juta kaki persegi. Nilai pembangunan kasar : RM1 billion. Pembinaan dijangka pada penghujung 2010.[2] Menunggu kelulusan DBKL. Dimajukan oleh MRCB bersama Capitaland dan Quill Group of Companies.
E Hotel/ Kompleks beli-belah/ Pejabat/ Kondominium KL Sentral Park Keluasan lantai kasar : 982,658 kaki persegi. Nilai pembangunan kasar : RM602 juta. Pembinaan dijangka siap pada 2011[2]
F Pejabat Belum dimaklumkan Tapaknya digunakan sebagai kedai pameran perabot dan medan selera
G Hotel/Perdagangan/Pejabat Nu Sentral Syarikat usahasama antara Aseana Investment (Ireka) Limited dan MRCB didirikan untuk memajukan bangunan hotel dan pejabat. MRCB dan anak syarikat Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd membentuk usahasama untuk memajukan bangunan beli-belah dan pejabat. Pembinaan bermula pada seapruh akhir tahun 2008 dan dijangka siap menjelang tahun 2012. Bakal menempatkan Aliran Kota Damansara-Cheras dan dihubungkan dengan Stesen Sentral agar bersepadu dengan KL Monorel.
H Pengangkutan Stesen Sentral Siap pada tahun 2000, menempatkan khidmat KTM Komuter, KTM Intercity, KLIA Transit, KLIA Ekspres dan Aliran Kelana Jaya. Juga dijadikan hab perkhidmatan bas RapidKL. KL Monorel terletak berhampiran.
I Hotel Hotel Hilton KL & Le Méridien Siap pada tahun 2004
J Perdagangan/Pejabat Sooka Sentral, Ibu Pejabat UEM, Pejabat MIDA, Ibu Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Quill 7 Sooka Sentral dibuka pada tahun 2008. Bangunan pejabat masih dalam pembinaan, dijangka siap tahun 2009
K Perumahan Suasana Sentral Siap pada tahun 2002
L Perumahan Suasana Sentral Loft Siap pada tahun 2008
M Pejabat Plaza Sentral Fasa 1 Siap pada tahun 2001. Fasa 2 Siap pada tahun 2007.
N Pejabat 1 Sentral Tower Siap pada tahun 2007. Dijual kepada Tabung Haji

Kawasan pejabat[sunting | sunting sumber]

Bahagian selatan Kuala Lumpur Sentral telah menyaksikan penambahan mendadak bangunan komersil dan awam sejak tahun 2001.

Kawasan pejabat di KL Sentral meliputi lebih 50% tanah pembangunan. Diharapkan bahawa KL Sentral bakal menjadi hab perniagaan dan kewangan Kuala Lumpur.

Lot A: Ibu Pejabat CIMB[sunting | sunting sumber]

Lot A bakal dijadikan ibu pejabat baru Kumpulan CIMB. Syarikat tersebut telah membeli tanahnya pada bulan Julai 2008, dan pembinaan dijangka siap menjelang tahun 2011 dengan ruang pejabat seluas 600,000 ka persegi (56,000 m²).[3]

Lot M: Plaza Sentral[sunting | sunting sumber]

Lot M atau Plaza Sentral ialah kompleks pejabat yang terletak di barat KL Sentral. Kompleks ini disiapkan dalam dua peringkat:

  • Fasa I siap pada bulan Jun 2001, terdiri dari tiga blik yang meliputi keluasan lantai kasar 785,000 ka persegi (72,900 m²). Plaza Sentral yang menawarkan ruangan pejabat berprestij ini cepat disapu oleh syarikat tempatan mahupun luar negara yang berazam untuk menikmati kemudahan bekerja di KL Sentral.
  • Fasa II dilancarkan pada bulan September 2003 berikutan peningkatan permintaan untuk ruang pejabat mewah, kini juga habis dijual. Bangunan yang terdiri daripada dua buah bangunan yang masing-masing ada 18 dan 26 aras, dibahagi kepada empat blok dan meliputi keluasan lantai kasar 879,381 ka persegi (81,697.2 m²), disiapkan pada tahun 2006. Antara penghuni-penghuninya yang terkemuka termasuk British Telecom dan Maxis Communications.
  • Sentral Tower, bangunan pejabat 30 aras dijual kepada Lembaga Tabung Haji pada harga RM161.46mil pada Mac 2004.

Lot N: 1 Sentral Tower[sunting | sunting sumber]

1 Sentral Tower ialah sebuah bangunan pejabat yang berkeluasan lantai kasar 453,000 ka persegi (42,100 m²). Pembinaannya disiapkan pada tahun 2007 untuk menempatkan syarikat-syarikat seperti PricewaterhouseCoopers, MRCB dan General Electric.

Kawasan hiburan[sunting | sunting sumber]

Lot E dijadikan pusat hiburan dan konvensyen yang menjadikan KL Sentral pusat hiburan Kuala Lumpur.

Lot G: Nu Sentral[sunting | sunting sumber]

Lot G yang terletak di bahagian selatan KL Sentral akan merangkumi kompleks beli-belah seluas 1,200,000 ka persegi (110,000 m²), blok pejabat 600,000 ka persegi (56,000 m²), rumah pangsa servis 500,000 ka persegi (46,000 m²), dan hotel tiga bintang berkeluasan 546,000 ka persegi (50,700 m²). Nu Sentral namanya, bakal menyediakan penyepaduan dengan stesen Sentral KL Monorel serta dijadikan stesen Aliran Kota Damansara-Cheras akan datang. Kerja-kerja pembinaan bermula pada tahun 2008 dan dijangka siap pada tahun 2012. Tanahnya pernah dijadikan tempat letak kereta / pasar terbuka dan laluan penghubung stesen Monorel KL Sentral ke bangunan KL Sentral.

Pada 22 Januari 2008, MRCB mendirikan syarikat usahasama bersama Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd (PHBB) iaitu Jewel Surprises Sdn Bhd untuk membangunkan kawasan tersebut. Jewel Surprises akan memegang pajakan 99 tahun untuk tanah tersebut.

Kawasan pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Lot H : Stesen Sentral[sunting | sunting sumber]

KL Sentral dan sekelilingnya

Stesen Sentral ialah nama yang diberikan kepada Lot H, iaitu pusat pengangkutan dalam projek pemajuan KL Sentral, tetapi stesen ini sahaja pun dipanggil "KL Sentral" oleh orang awam dan khidmat pengangkutan.

Stesen Sentral yang direka untuk menempatkan enam rangkaian gerabak disiapkan pada bulan Disember 2000 dan dibuka pada April 2001. Bangunan utama yang terletak atas tanah seluas 9.3 ekar (38,000 m²) meliputi keluasan lantai kasar 500,000 kaki persegi (46,000 m²), manakala spesifikasinya pula berasaskan jangkaan bilangan pengguna sehingga tahun 2020.

Pada tahun 2008, Stesen Sentral mencatat penggunaan 100,000 orang sehari, atau 36.5 juta orang setahun.

Perkhidmatan rel[sunting | sunting sumber]

Stesen Sentral menempatkan perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan bergerabak tersebut:

Stesen KL Sentral KL Monorail terletak di seberang Jalan Tun Sambanthan, perjalanan kaki 140 m melalui lorong pejalan kaki yang terlindung.

Stesen Sentral dibahagi kepada seksyen-seksyen berasingan mengikut perkhidmatan tren:

Stesen Sentral juga menyediakan kedai runcit, restoran dan medan selera. Tanpa kelihatan di khalayak awam, Stesen Sentral juga menempatkan depoh penyelenggaraan KTM di bawah bangunan. Juga terdapat kemudahan membeli dan mengisi semula kad Touch 'n Go di stesen ini.

Lot G : Nu Sentral[sunting | sunting sumber]

Dijangka Lot G akan didirikan stesen Aliran Kota Damansara-Cheras serta menyepadukan stesen KL Monorail dengan perkhidmatan lain di Stesen Sentral.

Terminal Lapangan Terbang Bandar Raya[sunting | sunting sumber]

Walaupun didirikan dalam Stesen Sentral, Terminal Lapangan Terbang Bandar Raya (Bahasa Inggeris: KL City Air Terminal, KL CAT) merupakan tambahan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. KL CAT diiktirafsebagai destinasi kota oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dengan kod XKL. KL CAT dirasmikan bersama perkhidmatan KLIA Ekspres pada 14 April 2002.

Hotel dan kawasan perumahan[sunting | sunting sumber]

Lot C : St Regis Hotel[sunting | sunting sumber]

Lot C bakal menempatkan St Regis Hotel. Tapaknya masih dalam pembinaan dan dijangka siap menjelang tahun 2014. Hotel ini akan menyediakan 200 bilik penginapan dan 200 bilik perumahan.[4]

Lot D : Menara Perumahan 60 Tingkat[sunting | sunting sumber]

Lot D akan ditempatkan menara perumahan 60 aras yang menghadap Lake Gardens dan ibu kota. Pembinaan diusahakan bersama oleh MRCB, Capitaland dan Quail Group.[5]

Lot I : Hilton KL & Le Méridien Hotels[sunting | sunting sumber]

Lot I terdiri daripada dua buah pencakar langit yang dikendali oleh Hilton Kuala Lumpur dan Le Méridien, masing-masing dimiliki oleh Daito Asia Development Sdn. Bhd. dan Daisho Asia Development Sdn. Bhd. Hotel-hotel tersebut dibuka pada bulan September dan Oktober 2004.

Lot K dan L : Suasana Sentral dan Suasana Sentral Loft[sunting | sunting sumber]

Lot K menempatkan rumah pangsa servis Suasana Sentral yang terdiri daripada dua blok atau 400 unit rumah pangsa. Suasana Sentral disiapkan pada tahun 2002 dan sudah dijual dan dihuni sepenuhnya, 40% pembelinya datang dari luar negara.

Fasa kedua kondominium di Lot L, iaitu Suasana Sentral Loft dilancarkan pada tahun 2005 dan mula dihuni pada awal tahun 2008. Menara pengsapuri 37 dan 38 aras ini terdiri daripada 600 unit, kesemuanya dijual habis.

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2006, sebuah syarikat usahasama membeli Lot D untuk membangunkan rumah pangsa perumahan dan servis yang dilengkapi kemudahan peruncitan. Projek mewah ini akan menghadap Muzium Negara, Taman Tasik dan juga Pusat Bandaraya Kuala Lumpur; dijangka siap pada tahun 2010.

Pada Jun 2007, sebuah lagi syarikat usahasama membeli Lot C untuk membangunkan hotel 6 bintang, perumahan dan pejabat mewah yang meliputi keluasan tanah 1,400,000 ka persegi (130,000 m²).

Perkhidmatan lain[sunting | sunting sumber]

Stesen Monorel KL Sentral[sunting | sunting sumber]

KL Sentral
Kuala Lumpur Sentral station (Kuala Lumpur Monorail) (exterior), Kuala Lumpur.jpg
Statistik stesen
Alamat Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia.
Laluan Kuala Lumpur Monorail (mulai 2003)
Platform 2 platform sisi
Landasan 1
Tempat letak kereta None
Maklumat lain
Dibuka 2003
Dimiliki oleh KL Infrastructure Group Limited (KL Infra)

Stesen Kuala Lumpur Monorail tidak dihubungkan secara terus dalam pusat pengangkutan Kuala Lumpur Sentral, biarpun terletak dekat sekali dengan bangunan KL Sentral, penumpang perlu berjalan 140 meter melalui laluan terlindung di Lot G. Stesen ini terletak di Jalan Tun Sambanthan di Brickfields. Stesen ini merupakan stesen terminal sepanjang aliran KL Monorel. Wujudnya rancangan untuk memindahkan stesen monorel dekat dengan bangunan stesen utama dengan menempatkannya di Lot G. Stesen ini terdiri daripada sebatang gerabak dengan platform di kedua belah sisinya, sebelah mengangkut penumpang dan sebelah lagi menurunkan penumpang.

Hab bas KL Sentral[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan bas RapidKL
  • Bandar: B112
  • Utama: U60, U63, U64, U65, U66, U67, U68, U69, U70, U71, U72, U73, U74, U75, U76, U80, U81, U82, U83, U84, U85, U87, U88
  • Ekspres: E1, E4
Laluan bas rapidKL yang berhujungkan KL Sentral mengikut perkhidmatan Bandar, Utama, Tempatan dan Ekspres.
Laluan Asal Melalui Destinasi Berhubung dengan
B112 KL Sentral Jalan Tun Sambanthan - Sentral Exhibition Mall - Kuala Lumpur Old Railway Station - Kuala Lumpur KTM Komuter - Pasar Seni LRT - Jalan Tun Tan Cheng Lock - Kota Raya - Puduraya - Jalan Pudu - Tung Shin Hospital - Magnum Plaza - Jalan Hang Tuah - Pudu Jail - Hang Tuah LRT - Hang Tuah KL Monorel - Balai Bomba Jalan Hang Tuah - Victoria Institution - Jalan Loke Yew - Sek Men Tsun Jin - SRJK (C) Chung Kwo - Jalan Sungai Besi - Wisma SCA - Jalan Pudu - Pudu Post Office - Jalan Tun Razak - Wisma Indah - Jalan Cochrane - SM Cochrane Perkasa - Jalan Mahkota - Taman Maluri - Jalan Jejaka - Jusco Taman Maluri - Jalan Cheras Maluri LRT melalui Kota Raya B111, B113, B114, U27, U40, U44, U45, U46, U47, U48, U49, T326, T327, T329
U76 KL Sentral Jalan Tun Sambanthan - Balai Polis Brickfields - Mid Valley Megamall - Jalan Klang Lama - Wisma Buddhist - Batu 3 Jalan Klang Lama - Simpang Taman Desa - SRJK (C) Choong Wen - Pasar Jalan Klang Lama - Simpang Jalan Kuchai Lama - Pearl Point - Simpang Taman Overseas Union - Simpang Jalan Puchong - Balai Polis Jalan Klang Lama - Simpang Jalan Templer - Lebuhraya Pantai Baru (NPE) - Kampung Dato' Harun KTM Komuter - Seri Setia KTM Komuter - Guinness Malaysia Berhad - Kontena Nasional - Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) - Lebuhraya Pantai Baru (NPE) - Mentari Business Centre - Sunway Pyramid - Sunway Lagoon - Kompleks 3C - Persiaran Kewajipan - Sek Sri Kuala Lumpur - Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya (SDMCSJ) - Jalan Kemajuan Subang - Bangunan IBM Mesiniaga - Carrefour Subang Jaya Subang Parade (berdekatan Subang Jaya KTM Komuter) melalui Jalan Klang Lama U62, U67, T522, T523, T623
U82 KL Sentral Jalan Tun Sambanthan - Jalan Travers - Jalan Damansara - Duta Vista Condominium - Jalan Semantan - Peninsula Residence - Bangunan CIMB - Damansara Heights - Pusat Bandar Damansara - Menara Millennium - Lebuhraya Sprint - Victoria Station - Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia - Phileo Damansara I & II - Section 17 Petaling Jaya - Desa Kiara Condominium - Damansara Intan - Tropicana City Mall - Jalan SS 21/1 - Damansara Utama (Uptown) - Jalan SS 21/56 - Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) - Lebuhraya Sprint - Jalan Tun Mohd Fuad - Plaza VADS - Jalan Datuk Sulaiman - Taman Tun Dr Ismail - Persiaran Za'aba - Jalan Burhanuddin Helmi 2 - Jalan Burhanuddin Helmi 1 - Jalan Burhanuddin Helmi - Lebuh Bandar Utama - Dataran Bandar Utama - Central Park Avenue - 1 Utama Shopping Centre Bandar Utama melalui Pusat Bandar Damansara U43, U86, U89
U83 KL Sentral Jalan Tun Sambanthan - Jalan Travers - Jalan Damansara - Jalan Duta - Duta Vista Condominium - Jalan Semantan - Bangunan CIMB - Peninsula Residence - Pusat Bandar Damansara - Menara Millennium - Jalan Johar - Jalan Beringin - Jalan Setiabudi - Jalan Setiamurni - Plaza Damansara - Persiaran Bukit Kiara - National Science Centre - Jalan Bukit Kiara - SMK Sri Hartamas - Jalan Sri Hartamas 1 - Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 1 - Puncak Prima Condominium - Jalan Khidmat Usaha - Hartamas Regency Condominium - MATRADE - Masjid Wilayah Persekutuan - Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Kompleks Kerajaan Jalan Duta melalui Pusat Bandar Damansara B115, T618
Perkhidmatan bas Kuala Lumpur yang lain
  • Metrobus
  • SJ Bus
Bas lapangan terbang

Airport Coach mengendali perkhidmatan bas pengantara dari KL Sentral ke terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Skybus dan Aerobus mengendali perkhidmatan antara KL Sentral dan Terminal Penerbangan Tambang Murah KLIA. Perkhidmatan SkyVans pula mengangkut penumpang dari KL Sentral ke hotel-hotel terpilih di Kuala Lumpur.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Stesen berdekatan[sunting | sunting sumber]

Stesen sebelumnya Laluan Rel (Lembah Klang) Stesen berikutnya
Pasar Seni   Aliran Kelana Jaya   Bangsar
Kuala Lumpur   Laluan Rawang-Seremban   Mid Valley
Kuala Lumpur   Laluan Sentul-Pelabuhan Klang   Angkasapuri
Terminus   KL Monorel
140 m dari bangunan utama
  Tun Sambanthan
Terminus   KLIA Ekspres   KLIA
Terminus   KLIA Transit   Bandar Tasik Selatan
Rawang   KTM Antarabandar (Utara-Selatan)   Kajang

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 Kamarul Yunus. "[/Current_News/BTIMES/Wednesday/Nation/kdsooka.xml/Article/ MRCB: KL Sentral to be completed by 2015]", Business Times. Dicapai pada 2008-04-30. 
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 Lam Jian Wyn, Ogos 9, 2010
  3. "[/news/story.asp?file=/2007/7/27/business/20070727172915&sec=business CIMB-Mapletree Management to raise RM1b for second fund]", The Star, 2007-07-27. Dicapai pada 2008-07-11. 
  4. "[/HNR-detail-sid-33130.html St. Regis Makes Landmark Entry into Malaysia with The St. Regis Kuala Lumpur]", Hotel News Resource, 2008-06-18. Dicapai pada 2008-07-08. 
  5. (PDF) [/misc/ar2007.pdf MRCB Annual Report 2007]. MRCB Bhd. m/s. 63. /misc/ar2007.pdf. Capaian 2008-07-28. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Koordinat: 3°08′02″U 101°41′10″T / 3.134°U 101.686°T / 3.134; 101.686