Raina Kabaivanska

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kabaivanska)
Raina Kabaivanska bersama Presiden Giorgio Napolitano

Raina Kabaivanska (ejaaan dan sebutan bahasa Bulgaria:Райна Кабаиванска) atau nama lahirnya “Raina Yakimova” (lahir pada Disember 15, 1934) ialah penyanyi opera dari Bulgaria ,seorang soprano yang amat terkenal pada abad ke 20. Beliau dilahirkan di Burgas, seorang siswazah Bulgarian State Academy of Music dalam pengajian nyanyian opera dan piano.

Kabaivanska membuat persembahan pertamanya di Bulgarian National Opera di Sofia sebagai "Tatjana", hasil karya penggubah Pyotr Ilyich Tchaikovsky berjudul “Eugene Onegin” pada tahun 1957. Dua tahun kemudiannya, beliau mendapat kejayaan besar di Itali melakonkan peranan “ Nedda” di dalam opera "I pagliacci" , hasil seni penggubah Ruggiero Leoncavallo. Pada tahun 1961, Kabaivanska membuat persembahan pertamanya di Teatro alla Scala, Milan, yang memberikan beliau taraf bintang opera antarabangsa.

Diantara tahun 1960an dan 1980an, Kabaivanska membuat banyak persembahan di serata dunia seperti di Teatro alla Scala di Milan; Metropolitan Opera di New York; Carnegie Hall di New York; Royal Opera House di London; Bolshoi Theatre di Moscow dan Teatro Colón di Buenos Aires.

Antara repertoir beliau termasuklah hasil seni :-

Kabaivanska menerima banyak pingat dan penghormatan opera seperti : Bellini (1965), Viotti International Music Competition (1970), Puccini (1978), Illica (1979), Monteverdi (1980), the Award of Accademia 'Medici' - Lorenzo il Magnifico, Florence (1990), the Grand Prix 'A Life, Dedicated to the Music', Venice (2000).

Ketika ini, Kabaivanska merupakan seorang professor di Accademia Musicale Chigiana di Siena, Itali. Beliau mendapat “Master Class” bagi penghibur untuk kerja seni penggubah Puccini, begitu juga “master classes” di Sepanyol, Itali dan Perancis. Beliau juga aktif sebagai ahli juri bagi banyak pertandingan muzik dan opera di seluruh dunia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]