Kabupaten Kepulauan Mentawai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kabupaten Kepulauan Mentawai
120px
Lambang Kabupaten Kepulauan Mentawai


Lokasi Sumatera Barat Kabupaten Kepulauan Mentawai.svg
Peta lokasi Kabupaten Kepulauan Mentawai
Koordinat: -
Provinsi Sumatra Barat
Dasar hukum UU No. 49 Tahun 1999
Tanggal -
Ibu kota Tuapejat
Pemerintahan
 - Bupati Edison Saleleubaja
 - DAU -
Luas 6.011,35 km²
Penduduk
 - Total 68 097 jiwa (2008)[1]
 - Kepadatan -
Demografi
 - Kod telefon -
Pembahagian pentadbiran
 - Kecamatan 10
 - Kelurahan 42
 - Tapak web -
Mentawai Islands Topography.png

Kabupaten Kepulauan Mentawai merupakan sebuah kabupaten yang terletak di provinsi Sumatera Barat, Indonesia. Kepulauan Mentawai adalah kumpulan daripada lebih kurang tujuh puluh pulau-pulau besar dan kecil di lepas pantai barat Pulau Sumatera, Indonesia. Kabupaten ini dibentuk berdasarkan UU RI No. 49 Tahun 1999.[2]

Di kabupaten ini terdapat 4 pulau utama yang dihuni.[3] Pulau Siberut (4,030 km²) adalah pulau yang terbesar, pulau-pulau lainnya adalah Pulau Sipora, Pulau Pagai Utara, dan Pulau Pagai Selatan. Pulau-pulau ini terletak kira-kira 150 km lepas pantai Sumatera, dipisahkan oleh Selat Mentawai. Selain itu ada beberapa pulau kecil lain yang dihuni namun sebahagian besar daripada mereka hanya ditanami pokok kelapa. Penduduk asal pulau-pulau ini dikenali sebagai Suku Mentawai. Kepulauan Mentawai saat ini telah tercatat menjadi tujuan untuk berselancar.

Pada tarikh 25 Oktober 2010, gempa bumi di Sumatera bahagian selatan menyebabkan gelombang tsunami yang melanda kampung-kampung di Pagai Selatan dan Pagai Utara.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. sumbar.bps.go.id Jumlah Penduduk Menurut Kabupaten/ Kota. Dicapai 2 Jun 2010.
  2. www.bpkp.go.id UU RI No. 49 Tahun 1999. Dicapai 2 Jun 2010.
  3. Schefold, Reimar, (1991), Mainan bagi roh: kebudayaan Mentawai, PT Balai Pustaka, ISBN 979-407-274-5.
  4. "Indonesia Earthquake and Tsunami Kill 113, Merapi Volcano Eruptions Hours Later". News article. politiktimes.com. October 26, 2010. Diperoleh pada October 26, 2010. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]