Kabupaten Serang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kabupaten Serang
Jata Kabupaten Serang
Cogan kata: Sepi Ing Pamrih Rame Ing Gawe
(Semangat Berbakti tanpa Mengharapkan Niat)
Kabupaten Serang is located in Bumi
Kabupaten Serang
Kabupaten Serang (Bumi)
Koordinat: 6°09′S 106°00′E / 6.15°S 106°E / -6.15; 106Koordinat: 6°09′S 106°00′E / 6.15°S 106°E / -6.15; 106
Negara Indonesia
ProvinsiBanten
Kerajaan
 • BupatiRatu Tatu Chasanah
 • Naib BupatiPandji Tirtayasa
Keluasan
 • Jumlah1,467.35 km2 (566.55 batu persegi)
Penduduk
 (anggaran pertengahan 2022)
 • Jumlah1,678,915
 • Kepadatan1,100/km2 (3,000/batu persegi)
 [1]
Zon waktuUTC+7 (Waktu Indonesia Barat)
Laman sesawangserangkab.go.id

Kabupaten Serang merupakan salah satu kabupaten di Provinsi Banten. Kabupaten ini terletak di hujung barat laut Pulau Jawa, berbatasan dengan Laut Jawa di utara, Kabupaten Tangerang di timur, Kabupaten Lebak di selatan, serta Kota Cilegon di barat. Ibu kotanya mempunyai nama yang sama, iaitu Serang.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Banten Lama yang terletak di Teluk Banten dahulunya merupakan pusat Kesultanan Banten. Kawasan ini merupakan tempat yang kapal-kapal Belanda mendarat buat pertama kali di Indonesia.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Sebahagian besar wilayah Kabupaten Serang merupakan dataran rendah, kecuali di perbatasannya dengan Kabupaten Pandeglang yang mempunyai banjaran gunung yang berpuncak di Gunung Karang (1,778 m).

Pembahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kabupaten Serang terdiri daripada 32 kecamatan, yang dibahagikan lagi kepada sejumlah desa dan kelurahan. Pemerintahannya berpusat di Serang yang terletak 10 kilometer dari pantai Teluk Banten.

Pada saat ini, pemecahan Kabupaten Serang telah dicadangkan untuk menjadikan Kota Serang dan Kabupaten Serang. Kecamatan yang akan tercakup dalam Kota Serang adalah Kecamatan Kota Serang, Kecamatan Cipocok Jaya, Kecamatan Ciruas, Kecamatan Kasemen, Kecamatan Taktakan, Kecamatan Curug, dan Kecamatan Kramatwatu.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk Kabupaten Serang 1,786,000 (2003), dengan sebahagian besarnya tinggal di kawasan utara. Bahasa yang dituturkan adalah Bahasa Sunda yang digunakan oleh masyarakat di daerah selatan, serta bahasa Jawa Dialek Banten yang juga dikenali sebagai Bahasa Jawa Serang dan yang paling banyak digunakan di daerah pantai utara.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Kabupaten Serang dilayani oleh jalan raya negara Jakarta-Merak, serta perkhidmatan kereta api Jakarta-Merak. Lokasi kabupaten ini sangat strategik kerana terletak di laluan utama penghubung lebuh raya Jawa-Sumatera. Pelabuhan Merak merupakan titik penyeberangan antara pulau Jawa dan Sumatera.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Badan Pusat Statistik, Jakarta, 2023.