Kacang panjang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kacang panjang
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Spesies:
V. unguiculata
Subspesies:
V. u. sesquipedalis
Nama trinomial
Vigna unguiculata sesquipedalis
(L.) Verdc.

Kacang panjang merupakan tumbuhan digolongkan dalam cabang sesquipedalis spesies Vigna unguiculata.[1] Lenggai buahnya dimakan bersama biji mentahnya sekali[2] sebagai sayur atau ulam.

Ia mudah didapati di kawasan panas di Asia.

Botani[sunting | sunting sumber]

Pokok kacang panjang jenis menjalar yang tumbuh dengan cara memanjat atau melilit. Daun-daunnya tumbuh bertiga setangkai setiap helai berbentuk bujur telur.[1]

Buah yang dihasilkan melonjong dengan panjang antara 15 hingga 40 sm; ia mengandungi biji benih pelbagai warna kemerahan, kehitaman atau adakalnya keputihan.[1] Bahagian buah ini yang dijadikan sayur atau ulam.

Penanaman[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa cara mudah untuk tanam kacang panjang.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Hean Chooi Ong (2008). Sayuran: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 42–43. ISBN 967-61-1390-5.
  2. ^ "Vigna unguiculata (L.) Walp. subsp. unguiculata Sesquipedalis Group GRIN-Global". npgsweb.ars-grin.gov. Dicapai pada 2021-06-07.
  3. ^ Tips tanam kacang panjang merah. Utusan Malaysia. Capaian 3 April 2012.