Kad Kuasa Polis Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kad Kuasa Polis di Malaysia mula digunakan oleh pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti termaktub di bawah Seksyen 14 Akta Polis 1967. Pada awalnya kad kuasa polis tersebut hanya disalut (laminate) dengan plastik.

Pada 2005, kad kuasa baru telah diperkenalkan selaras dengan pembaik tambahan ciri-ciri keselamatan yang lebih selamat dan sukar ditiru, sejajar dengan perkembangan zaman.

Kad kuasa tersebut telah dibangunkan oleh Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd. tersebut secara berperingkat, dan kad kuasa ini telah digunakan sepenuhnya oleh semua pegawai dan anggota PDRM menjelang 1 Januari 2006.

Dokumen Kad Kuasa Polis Malaysia memiliki saiz kad kredit itu direka dengan ciri keselamatan terkini bagi mengelak pemalsuan atau pemindaan maklumat.[1] Antara ciri keselamatan tersebut ialah;

  • Reka bentuk jalinan corak lebih dari satu warna dan garisan yang sukar ditiru.
  • Unsur berbentuk tulisan halus bersaiz 1 point yang hanya boleh dilihat dengan jelas di bawah kanta pembesaran.
  • Imej berbentuk garisan lurus yang membentuk aksara PDRM.
  • Imej tambahan pada depan kad kuasa menggunakan dakwat fluoresen halimunan yang hanya boleh dilihat di bawah cahaya ultra ungu.

Bagi kalangan Pegawai Kanan Polis kad kuasa yang dikeluarkan akan menggunakan warna asas biru. Pegawai Rendah Polis menggunakan warna kuning, Konstabel Polis Sokongan diikuti Sukarelawan Simpanan Polis warna Kelabu dan Polis Bantuan warna Unggu.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]