Kad Oyster

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kad Oyster
Oystercard.jpg
Tempat kegunaan Greater London
Tahun pelancaran 2003
Teknologi MIFARE
Pengendali TranSys
Mata wang GBP (maksimum £90)
Nilai tersimpan Pay as you go
Tambah nilai automatik Auto-topup
Perkhidmatan sah London Underground
  DLR
  Bas-bas London
  London Overground
  National Rail
Jualan runcit Dalam talian
  Telefon
  Wakil penjual akhbar
  Stesen
Varian Freedom Pass
  Diskaun
  Pelawat
Laman web https://oyster.tfl.gov.uk/

Kad Oyster merupakan sejenis pembayaran elektronik yang digunakan dalam pembayaran tambang perkhidmatan awam di dalam kawasan Greater London. Penggunaannya dikuatkuasakan oleh Transport for London dalam perkhidmatan London Underground, London Overground, Docklands Light Railway, bas-bas London, perkhidmatan kapal di Sungai Thames, Tramlink, dan beberapa perkhidmatan terhad di National Rail yang tertakluk dalam zon tambang London.[1]

Suatu kad Oyster mempunyai saiz kad kredit biasa yang mampu menyimpan nilai. Kad ini yang merupakan kad pintar boleh memuatkan pelbagai jenis pas tambang seperti tiket perjalanan sehala, pas berkala dan permit perjalanan. Pengguna mestilah menyentuh kad pada pembacanya ketika keluar masuk stesen atau ketika memasuki mana-mana bas.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Pendaftaran dan perlindungan[sunting | sunting sumber]

Kad Oyster wajib didaftarkan untuk pembelian permit perjalanan dalam jangka masa sebulan dan ke atas.[2] Namun begitu, kad Oyster tidak perlu didaftarkan sekiranya digunakan semata-mata sebagai perkhidmatan bayar sambil lalu, dan juga penggunaan permit bas dan trem sahaja untuk tempoh seminggu.[2] Kad Oyster ini boleh didaftarkan:

  • di mana-mana stesen London Underground, London Overground dan sesetengah stesen perkhidmatan National Rail
  • pusat jualan kad Oyster secara runcit
  • Pusat Maklumat Perjalanan

dengan mengisi borang pendaftaran kad Oyster[2] yang disediakan oleh Transport of London.

Apabila kad Oyster telah didaftarkan, sekiranya kad itu hilang atau dicuri, maka kad dapat diganti dan kredit atau permit perjalanan yang ada dapat dikembalikan.[2] Perlindungan terhadap kecurian dan kehilangan kad ini juga dapat dibuat menerusi Internet.[2]

Jualan kad[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan kad Oyster, antaranya;

  • kaunter tiket stesen London Underground, London Overground
  • mesin tambah nilai kad Oyster
  • mesin pendispens kad layan diri
  • beberapa stesen perkhidmatan National Rail[3]

Penggunaan yang disahkan[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan Travelcard Kredit prabayar (PAYG) Pas Bas & Trem
London Underground yes yes no
Bas yes yes yes
Trem yes yes yes
London Overground yes yes no
National Rail yes yes no
Heathrow Connect yes but limited yes but limited no
Heathrow Express no no no
Southeastern High Speed Crystal Project tick yellow.png Crystal Project cancel.png Crystal Project cancel.png
Perkhidmatan Susur Sungai Thames yes but limited yes but limited no

Crystal Project success.png = Sah.
Crystal Project cancel.png = Tidak sah.
Crystal Project tick yellow.png = Heathrow Connect: Tidak sah untuk perjalanan antara Hayes and Harlington dan lapangan terbang Heathrow.[4]
Crystal Project tick yellow.png = Southeastern High Speed: Sekiranya Travelcard mempunyai permit Plus High Speed atau Any Permitted + HS.[4]
Crystal Project tick yellow.png = Perkhidmatan Susur Sungai: Kredit prabayar hanya sah bagi perkhidmatan Thames Clipper; Travelcards membolehkan pemberian diskaun, tidak sah untuk penggunaan perkhidmatan ini.[5]
! = mewajibkan perjalanan dalam Zon 3,4,5 or 6

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ralat Lua pada baris 250 di Modul:Citation/CS1: Dipanggil dengan keadaan ralat tidak ditetapkan.
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 Transport of London. "What is Oyster?". Diperolehi pada 29 Julai 2011. 
  3. "Stations, trams and bus stops". 
  4. 4.0 4.1 "National Rail Enquiries - Travelcards and Oyster". 2011. Diperolehi pada 29 Julai 2011. 
  5. "Oyster pay as you go - Clippers". 2011. Diperolehi pada 29 Julai 2011. 

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]