Tradisi lisan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kaedah lisan)
Lompat ke: pandu arah, cari

Tradisi lisan merujuk kepada segala bentuk warisan dan tradisi yang lahir dalam sesuatu kelompok masyarakat. Penyampaian tradisi ini berbentuk perantaraan lisan. Ia merupakan satu cara masyarakat menyampaikan sejarah lisan, kesusteraan, perundangan dan pengetahuan lain menyeberangi generasi tanpa sistem tulisan. Contoh yang menggabungkan kesusteraan lisan dan sejarah lisan, sebelum ditulis, adalah Sejarah Melayu.

Penyampaian teknologi komunikasi

Dari segi umum, "tradisi lisan" merujik kepada penyampaian bahan budaya melalui sebutan lisan, dan telah lama dikatakan sebagai gambaran cerita rakyat (kriteria yang tidak lagi dipegang kemas oleh kesemua pencerita rakyat). Sebagai bidang akedemik, ia merujuk kepada kedua-dua kaedah saintifik dan objek yang dikaji oleh kaedah tersebut.

Kajian tradisi lisan adalah berbeza dengan bidang akademik sejarah lisan, yang merupakan rakaman ingatan pribadi dan sejarah oleh mereka yang mengalami era sejarah atau kejadian tertentu. Ia juga berbeza dengan kajian kelisanan (orality) yang boleh ditakrifkan sebagai pemikiran dan gambaran lisan dalam masyarakat di mana teknologi kesusteraan (terutamanya tulisan dan cetakan) tidak meluas dikalangan penduduknya.

Sejarah kajian tradisi lisan[sunting | sunting sumber]

Tradisi lisan merupakan bidang kajian yang diketahui permulaannya[1] dalam karya cendikiawan Serbia Vuk Stefanovic Karadzic (1787-1864), sezaman dengan Brothers Grimm. Vuk mengejar projek seumpamanya dalam "salvage folklore" dalam tradisi cognate di daerah selatan Slavic yang kemudiannya bergabung sebagai Yugoslavia, dan dalam campuran yang sama minat romantik dan nasionalis. Terkemudian, tetapi masih dalam pengajian yang sama, turkologi Vasily Radlov (1837-1918) akan mengkaji lagi di Kara-Kirghiz yang kemudiannya membentuk Kesatuan Soviet.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Sejarah teori tradisi lisan telah dilaporkan sebegitu oleh John Miles Foley; pandangan kasar berikut diambil dari Oral-Formulaic Theory and Research: An Introduction and Annotated Bibliograph, (NY: Garland Publishing, 1985, 1986, 1989); bahan tambahan diringkaskan dari pengenalan bertindan dari jilid berikut: The Theory of Oral Composition: History and Methodology, (Indiana University Press, 1988, 1992); Immanent Art: From Structure to Meaning in Traditional Oral Epic (Bloomington: Indiana University Press, 1991); The Singer of Tales in Performance (Bloomington: Indiana University Press, 1995) and Comparative Research on Oral Traditions: A Memorial for Milman Parry (Columbus, OH: Slavica Publishers, 1987).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]