Kafe siber

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
GazZo, sebuah jenama kafe siber di Malaysia.

Sesebuah kafe siber (کافى سيبى ر) ataupun terkadang disebut kafe Internet (کافى اينترنيت) merupakan premis khas yang membolehkan pengguna menyewa komputer bagi melayari internet, di mana bayaran sesuai mengikut jam penggunaan. Beberapa dari kafe siber turut menjual makanan dan minuman.

Pentakrifan[sunting | sunting sumber]

Cyberia, salah satu kafe siber terawal di United Kingdom, 1994.

Konsep pelakuran antara kedai kopi dan internet (beserta istilah daripada Cybercafé) pertama kali diasaskan oleh Ivan Pope, ahli jurutera Inggeris pada tahun 1994. Ketika itu Ivan diperintah atasannya bagi membangunkan sebuah acara internet bagi pekan seni bina Institute of Contemporary Arts (ICA) di London, dan mengakui bahawa ideanya menubuhkan Kafe Siber terinspirasi kepada Kafe Elektronik (sekarang disebut PC Bang) yang telah wujud sebelumnya di Korea Selatan.

PC Bang pertama buka pada bulan Mac 1988, berkedudukan dekat Universiti Hongik, bandar Seoul, Korea Selatan oleh Prof. Ahn Sang-soo (berkhidmat di Universiti Hongik) dan Prof. Gum Nu-ri (berkhidmat di Universiti Kookmin). Kedua komputer berdaya 16bit bersambung dalam talian dengan rangkaian kabel telefon. Kafe ini juga mengadakan acara dalam luar talian, kedua Profesor ini ingin melakurkan antara aktiviti bersantai online dan offline dalam satu ruangan.[1]

Merujuk konsep yang seperti demikian, Pope mencadangkan surat pinangan yang menyerlahkan tata letak kedai kopi yang akan ditubuhkan nanti lengkap dengan capaian internet. Bagi acara Seduced and Abandoned: The Body in the Virtual World. Pada akhir pekan tarikh Mac 12–13 di panggung seni drama ICA, Pope mengoperasikan kafe siber binaannya yang terdiri daripada pelbagai jenis komputer Macintosh yang tersusun menyerupai gaya kafe siber kini lengkap dengan menu perkhidmatan yang ada.[2]

Sekitar Jun 1994, The Binary Cafe, sebuah jenama kafe siber pertama di Kanada, ditubuhkan di bandar Toronto, Ontario.

Cyberia, sebuah jenama kafe siber yang terkenal ditubuhkan pada 1 September, 1994 di London, England. Ia terinspirasi daripada acara ICA dan syarikat penyediaan khidmatan internet ketika itu EasyNet. Cyberia ditubuhkan di tempat yang sama ketika acara ICA masih diadakan. Perkataan kafe siber dalam bahasa Melayu, merujuk kepada pentakrifan daripada Ivan Pope.

Pada pertengahan dasawarsa 1990, angka kafe siber di dunia tidak sampai 100 buah, tetapi hanya dalam masa 2 tahun bilangan itu naik cepat ke 1,500 buah pada tahun 1997. Setakat 2001 beberapa ahli memperkirakan bahawa terdapat lebih daripada 3,400 kafe siber di 160 negara. Perkembangan teknologi yang semakin laju ketika itu menjadikan kafe siber terutama bagi permainan video multipemain di komputer atas meja begitu disenangi di Malaysia. Ramai kafe siber baharu dibuka di beberapa bandar-bandar besar Semenanjung seperti Kuala Lumpur, Ipoh, dan George Town mendekati akhir milenium.

Kafe siber bukan hanya diguna bagi bermain permainan sahaja, salah satu daripada parti di Malaysia pernah menubuhkan satu buah kafe siber bagi masing-masing 100 ranting daerahnya. Keazaman parti itu digalakkan bagi mengajak rakan-rakan ahli politik parti mereka untuk menguasai teknologi baharu pekomputan yang masih belum terlalu lazim ketika itu.

Di ibunegara Kuala Lumpur, sebuah kafe siber diasas oleh pusat latihan polis bagi pegawai dan keluarga mereka mempelajari manfaat dari pempelajaran aplikasi internet dan multimedia.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Kafe siber di Itali.
Sebuah kafe siber yang dialiri daya daripada fotovoltan di Nicaragua.

Kafe siber boleh didapati di seluruh dunia tetapi lebih banyak tertumpu di kawasan bandar. Kebanyakan pengguna menggunakan khidmat kafe siber semasa melancong bagi memeriksa e-mel dan perkhidmatan mesej segera. Selain itu, pengguna yang tidak mempunyai capaian internet di rumah juga banyak yang menggunakan khidmat kafe siber. Kebanyakan kafe siber turut menyediakan permain multi-pemain yang membolehkan pengguna bermain melalui sambungan LAN, popular di negara-negara Asia seperti counter-strike online.

Lazimnya, semua komputer di kafe siber terhubung melalui sambungan LAN. Setiap komputer dipasang dengan perisian khas yang membolehkan komputer di gerai yang mengawal setiap komputer di dalam kafe siber. Pekerja kafe boleh menetapkan masa penggunaan, menambah masa penggunaan, menutup komputer serta mengunci komputer secara automatik apabila masa penggunaan sudah tamat.

Kafe siber buka lebih lama dibanding jenis kedai perkhidmatan lain bahkan ada yang buka selama 24/7, hampir tidak pernah tutup terutama di bandar-bandar besar. Kafe siber jenis ini akan menyediakan makanan dan tempat memasaknya sendiri, yang popular dihidangkan ketika waktu gabi (lewat malam) saat pengguna sedang fokus bermain permainan video.

Terdapat juga kafe siber yang turut menyediakan perkhidmatan mencetak serta mengimbas imej, variasi kafe siber seperti ini lebih lazim selepas kemunculan permainan arena pertarungan atas talian multi-pemain (MOBA) yang menjejaskan kepopularan permainan video komputer.

Kafe Siber Mengikut Negara[sunting | sunting sumber]

Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Asal istilah "Kafe Internet" (کافى اينترنيت) merujuk kepada sebuah telegram yang dikirim ke seseorang di Wilayah Kansas bagi alternatif penyebutan kafe siber daripada Ivan Pope, pada akhir 1994. Sejak saat itu biasanya penutur bahasa Inggeris Amerika mengguna istilah itu bagi menukar penyebutan kafe siber yang mula-mula menyebar ke pelbagai wilayah Amerika pada akhir dekad 1990an.

Kepopularan kafe siber di Amerika Syarikat lebih cepat malap dibanding negara lain bahkan sebelum kemunculan telefon pintar. Amerika syarikat dikenali dengan budaya platform-platform permainan video rumahnya yang kuat. Setakat 2023, Kafe Internet di Amerika Syarikat hanya dapat ditemui di kawasan perbandaran raya seperti di New York dan Los Angeles dan biasanya sudah dilakurkan dengan permainan arked ataupun permainan yang lain.

Australia[sunting | sunting sumber]

Kafe Net, Alice Springs, Australia (setakat 2005)

Australia mempunyai istilah khas sendiri bagi penyebutan kafe siber; Net cafe atau Kafe net (کافى نى ت) dalam penyebutan Melayu. Kafe Net pertama buka di St Kilda dengan nama Deluxe Café pada 4 April, 1995, pemilik perkhidmatan itu mengaku terinspirasi membina usahanya selepas melihat berita tentang tularnya penubuhan kafe siber di Seattle, AS. Tokoh penubuh kafe siber pertama di Australia ialah Gavin Murray, Rita Arrigo and Christopher Beaumont. Mereka ialah wakil yang mendapat perintah bagi membangunkan usaha syarikat di negeri itu. Kathryn Phelps berkongsi dengan Adam Goudie dari syarikat Standard Computers for hardware dan Michael Bethune dari Australia Online, membangunkan rangkaian PKI atau ISP bagi pusat talian negara itu. Pada akhir 1995, perkhidmatan internet beroperasi dengan kabel telefon yang bersambung kepada Modem 9600-Baud US Robotics.

Sebuah kafe siber dengan teknologi baharu bernama Fast Ethernet, buka dengan nama Cafe.on.net di Jalan Rundle, Adelaide pada akhir 1995, dengan sokongan dari ahli jurutera dan informatika, Simon Hackett. Pemilik kafe itu ialah John Ruciak.[perlu rujukan]

Brazil[sunting | sunting sumber]

Di negara Brazil, kafe siber ditubuhkan oleh syarikat Monkey Paulista mengikut model usaha daripada PC Bang di Korea Selatan. Syarikat itu mengadakan acara perdana di São Paulo, sebelum memulakan aktiviti usaha mereka pada 1998. Syarikat itu muflis pada tahun 2010. Tetapi selepas beberapa pekan kemudian, penubuh syarikat itu membina semula syarikatnya dengan nama baharu iakni Lan Game @ The House[3]. Sehingga kini, kafe siber ialah tempat yang popular jika ingin bersantai di Brazil.

China[sunting | sunting sumber]

Merujuk kepada "Sebuah kaji selidik daripada Industri Kafe Siber dari China", Menteri Kebudayaan Republik Rakyat China menyatakan pada tahun 2005 bahawa, telah tubuh 110,000 Kafe siber, yang mana lebih daripada 1,000,000 pekerja bekerja di industri hiburan itu dengan yuran yang masuk kepada KDNK negara sebesar 18,500,000,000 renminbi.

Merujuk pada perincian maklumat di atas, usia penikmat kafe siber China sebahagian besar (70%+) dijangka berusia 18 sehingga 30 tahun sisanya anak sekolah dan sangat kecil dari mereka yang berusia di atas 30. Merujuk kepada status dan pekerjaan, 65% belum berkahwin, dan 54% di antara mereka yang belum berkahwin sudah mempunyai gelar sekolah tinggi. Lebih daripada 70% pengguna kafe ini bermain permainan video baik pemain tunggal ataupun multi-pemain. 20% dari mereka melayari internet tanpa arah dan sisanya mengguna teknologi talian untuk belajar.

Kafe siber di China membolehkan penggunanya melayari internet dengan taksa, lebih cepat, dan lebih murah berbanding komputer peribadi. Tetapi, ramai kafe siber besar di kawasan perbandaran raya yang mahal dan pentadbiran mengawasi tegas aktiviti operasi kafe-kafe ini. Golongan elit biasanya memakai perkhidmatan kafe siber yang bersaiz besar ini sebagai tempat membahas usaha atau sekedar tempat berkumpul ketika jenuh bersama kawan. Kafe siber bersaiz kecil; lebih lazim tetapi mereka juga tidak teregistrasi dengan baik. Menurut Hong dan Huang setakat 2005, hanya 200 dari 2,400 kafe siber yang teregistrasi di Beijing. Banyak dari mereka mengelak daripada aturan yang ada sebab tidak ingin membayar cukai atau usaha perkhidmatan yang hendak ditubuhkan belum memenuhi tetapan pemerintah.

Pada tahun 2002, berlaku kebakaran kafe siber lanjisu, dalam peristiwa itu pengganas ialah dua anak remaja berusia 13 dan 14 tahun bernama Zhang dan Song. Selepas mautnya 25 pelajar dalam kebakaran Lanjisu, pemerintah China menggalakan tindakan keras pada ribuan kafe siber yang tidak teregistrasi ini. Beberapa kafe memuatkan video lucah, hinaan pada partai komunis dan propaganda pro-kapitalis.

Pada akhir tahun, 17,488 kafe telah mendapat tindakan keras dan pada 2003 bilangan ini meningkat kepada 27,000 kafe. Beberapa dari kafe yang dipaksa tutup itu akan ditukar dengan kafe yang mempunyai fahaman yang sama dengan pihak pentadbir.

Batu Penanda
  • 1995 – Sebuah kafe siber bertajuk 3C+T muncul di bandar Shanghai, menjadi kafe siber pertama di China. Harga memakai khidmat pada kafe ini sebesar 20 renminbi setiap jam ($2.50)
  • 1996–1998 – Kafe siber mulai menyebar layaknya cendawan yang baharu tumbuh di musim hujan. Pada masa ini pemain hanya dapat memainkan permain video tanpa bersambung dengan internet. Harga rerata sekitar 15~20 renminbi setiap jam.
  • Selepas 2002 – Penapisan berat digalakkan pemerintah, termasuk sekedar tajuk bagi kafe siber. Setakat akhir 2004, sudah lebih daripada 70,000 kafe siber yang tutup.
  • 2008 – Microsoft mula menaja pelbagai kafe siber di Asia Timur, mempertimbangkan potensi pasarnya yang besar merujuk kepada maklumat terbaharu. Selepasnya pemerintah China mengendurkan penapisan mereka.
  • 2011 - Sebuah kaji selidik yang digalakkan pemerintah China menyatakan bahawa mereka sudah menutup sekitar 130,000 kafe siber.[4]

Filipina[sunting | sunting sumber]

Kafe siber di Bandar Cebu, Filipina.

Di negara Filipina, kafe siber lazimnya disebut sebagai comshop (چومسهوڤ), singkatan daripada computer shops (چومڤوتير سهوڤس) yang dapat dijumpai di banyak pekan pada bandar-bandar besar. Comshop di Filipina ramai ditubuhkan bersebelahan dengan kedai kopi dan ke dalam pusat beli-belah, meskipun kini jumlah kafe siber di negara itu telah berkurang kerana ramainya kedai-kedai atau tempat-tempat yang mengadakan perkhidmatan WiFi. Kafe siber di negara menawarkan perkhidmatan seperti: pembaikan alat elektronik, mengimbas dan mencetak atau perkhdimatan. Harga berada di antara P10 (US$0.20) sejamnya atau kurang, tetapi dari perincian KP, boleh mencapai P100 ($2) sejamnya pada comshop yang berada di pusat beli-belah.

Beberapa bandar di Filipina telah mengazamkan tetapan ketat kepada kafe siber yang beroperasi di wilayah pentadbirannya, yaitu: Davao, Lapu-Lapu, Marikina, Valenzuela dan Zamboanga. Pelajar sekolah yang masih di bawah 18 tahun tidak boleh bermain di waktu darjah (jam 07:00-16:00), bahkan pada saat jadual percutian di akhir sesi pengajian. Keazaman yang tegas itu diasas kerana pelajar sekolah di Filipina sering membuat kafe siber sebagai tempat ponteng.[5] Terdapat beberapa tetapan lain bagi pemilik kafe siber yaitu:

  • Memasang software bagi menyekat laman dewasa untuk semua usia
  • Menghalangkan penjualan alkohol dan rokok di kafe
  • Komputer harus diletakkan pada tempat terbuka
  • Kaca depan pengawas harus lutsinar minimal 50% agar aktiviti penyewa dapat diawasi dengan mudah
  • Memasang kelutcahayaan yang sesuai bagi kemudahan pengawasan, bagi dalam maupun luar
  • Pemasangan kamera litar
  • Harus menjaga kebersihan dan tidak boleh membuka baju
  • Pada beberapa masa, mencarut atau berbalah ke sesama penyewa tidak dibolehkan

Indonesia[sunting | sunting sumber]

Kafe siber di Riau, Indonesia

Indonesia merupakan salah satu daripada negara di Asia Tenggara yang mempunyai budaya kafe siber yang mengakar kuat. Terbukti dengan penubuhan PC Bang Nexon pertama pada 15 Disember 2022, meski ekonomi masih terjejas akibat Pandemik COVID-19. Hal ini menunjukkan bahawa Indonesia merupakan pasar yang menguntungkan bagi beroperasinya sebuah kafe siber.

Istilah asli Nusantara bagi penyebutan kafe siber di Indonesia ialah warnet yang merupakan pelakuran kata daripada warung yang bermakna kedai kecil atau runcit dan internet atau talian. Terdapat juga istilah lain seperti telenet atau gimsenter tetapi setakat 2023 hampir tidak pernah terdengar lagi. Masyarakat awam baik di kawasan perbandaran atau perkampungan akan menyebut semua kafe siber sebagai warnet, tetapi dahulunya masyarakat perkampungan lebih sering menyebut telenet. Telenet di perkampungan biasanya ditaja oleh pemerintah bagi mengenalkan teknologi itu pada masanya.

Merujuk kepada asal APWKomitel[6] (Association of Community Internet Center), pada tahun 2006 sahaja sudah lebih daripada 5,000 kafe siber ditubuhkan pada kawasan perbandaran raya yang menyediakan khidmat bagi sewa komputer atau pencetakan dan pengimbasan. Kafe siber ini juga menyediakan latihan komputer dan permainan video KP.

Sehingga kini, tidak perlu lesen yang khas atau menyertai regulasyen yang rumit jika ingin menubuhkan kafe siber atau warnet di Indonesia. Tetapan lesen yang diperlukan sama seperti sebuah kafe atau jenis kedai kecil lain.[7][8]

Kenya[sunting | sunting sumber]

Kafe siber di Mombasa, Kenya, dipadukan dengan usaha khidmatan lain

Kafe siber ialah salah satu daripada jenis usaha paling popular di bandar Mombasa, meski dengan kehadiran bimbit pintar kerana kemiskinan dan sangat sedikitnya kemudahan bagi melayari internet, kafe siber ialah pilihan utama bagi memenuhi keperluan masyarakat awam. Hampir semua kafe siber di Kenya dilakurkan dengan jenis kedai niaga lain seperti bengkel, matlab, salon dan kedai runcit. Counter Strike: Global Offensive, Minecraft dan Apex Legends ialah beberapa francais permainan multipemain yang popular di Kenya.

Korea Selatan[sunting | sunting sumber]

Di negara Korea Selatan, kafe siber ditakrifkan sebagai PC Bang. Negara ini dikenal sebagai salah satu pembangun permainan video multipemain dengan platform komputer peribadi paling mahsyur.[9] Salah satu siri permainan komputer yang digemari ialah StarCraft pada tahun 1998.[10] Semaja itu Korea telah berazam agar lebih daripada 50% rakyatnya telah mampu mengguna komputer dan internet. Setakat 2002, 25 juta masyarakatnya pernah memakai khidmat talian, dan 14,4 juta rakyat Korea mengguna komputer dalam kehidupan sehari-hari.[11] Jumlah PC Bang dalam negara berkembang dari 100 sehingga 25,000 kepada kurun masa 1997- 2011.[12] Salah satu syarikat pembangun permainan video bagi PC Bang ialah Nexon.

Jepun[sunting | sunting sumber]

Jepun memiliki budaya kafe siber yang sangat kuat. Secara lazimnya kafe siber di Jepun dilakurkan dengan jenis kafe atau kedai niaga lain (contoh: kafe manga, hotel kapsul dan lain-lain). Syarikat pengkhidmat besar seperti Media Cafe Popeye dam Jiyū Kūkan menawarkan pelbagai pilihan kerusi termasuk kerusi terapi.

Pada khidmat syarikat besar itu, pelanggan boleh mengambil beberapa minuman ringan dengan percuma, meminjam manga atau majalah, dan bebas kalau ingin melihat lucah kerana pemerintah Jepun membolehkan perkara itu. Beberapa kafe menawarkan bilik sewa yang lebih mewah, makan malam atau gabi dari jurumasak jika jemu dengan makanan segera dan permandian air hangat. Sebab harga menyewa bilik yang semakin mahal di flat atau apartemen yang lazim pada bandar-bandar besar, kafe siber menjadi salah satu pilihan tempat tinggal bagi papa kedana di Jepun.[13]

Poland[sunting | sunting sumber]

Sebuah kafe siber yang beroperasi di Bielsko-Biała, Poland, tahun 2014

Kafe siber pertama di Poland buka pada tahun 1996. Jenis kafe niaga ini perlahan semakin popular seiras dengan berkembangnya teknologi internet. Tajuk permainan yang paling digemari pada masa awal penubuhan kafe siber ialah Icy Tower atau sekedar mengguna khidmat mesej tanpa muka bernama Gadu-Gadu untuk saling bercakap-cakap dengan teman atau pengguna awanama.

Salah satu pengkhidmat talian dalam negara itu,Telekomunikacja Polska mula menawarkan khidmat ADSL Neostrada pada tahun 2001. Selepas awal dekad 2010, hampir semua kafe siber di Poland telah tutup.

Taiwan[sunting | sunting sumber]

Kafe siber ialah satu jenis niaga yang penting di Taiwan, terutama di bandar besar seperti Taipei dan Kaohsiung. Pentakrifan kafe siber di negara ini ialah "網咖" (Wǎng kā) dalam tulisan Cina tradisional. Huruf pertama disebut "net" dan huruf kedua ialah suku kata pertama bagi "kafe".

Harga khidmat Wǎng kā (وڠ کا) sekitar NT$10~20 per jam di banyak daerah tetapi di beberapa daerah seperti Taipei Timur, harga khidmat akan lebih mahal setiap jam. Akibat berkembangnya teknologi telefon pintar dan Wi-Fi, banyak dari Wǎng kā yang mula menyediakan makanan atau bilik kamar yang lebih luas seperti di negara Asia Timur lain.

Vietnam[sunting | sunting sumber]

Istilah bagi kafe siber di Vietnam ialah quán net (قوان نى ت) atau tiém net (تيى م نى ت). Di negara Vietnam, hampir semua pemilik kafe siber menjenamakan kafe mereka sebagai pewaris game center (sejenis kiosk permainan arked yang popular pada dekad 1980an-90an). Harga khidmatan kafe siber jika mengguna US dollar ialah antara $0.20 – $0.75 setiap jamnya.

Isu-isu yang dikaitkan dengan kafe siber[sunting | sunting sumber]

Sungguhpun kafe siber diwujudkan bagi memberi kemudahan capaian Internet kepada orang awam, terdapat beberapa isu negatif yang dikaitkan dengan kafe siber seperti berikut:-

  1. Gejala ponteng sekolah.
  2. Gejala ketagihan internet yang berlebih serta seakan-akan tidak mampu hidup tanpa permainan komputer.
  3. Muat turun yang tidak sah (cetak rompak) seperti lagu MP3, perisian komputer dan klip video.
  4. Pelayaran serta muat turun kandungan lucah.
  5. Merebaknya jangkitan virus komputer dengan mudah kepada media storan mudah alih pengguna seperti pemacu kilat USB dan cakera liut.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Cyber Internet History Museum". Eng.i-museum.or.kr. 2009-09-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-09. Dicapai pada 2013-11-02.
  2. ^ More theorists than you could shake a stick at: Rupert Goodwins floats in organic creme de menthe after a meeting of art and artifice at London's ICA
  3. ^ "The @ Game". Taglan.blogspot.com. 2011-07-19. Dicapai pada 2012-02-04.
  4. ^ "China Shutters 130,000 Internet Cafes as It Seeks More Control". PCWorld (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-29.
  5. ^ "Internet Cafe City Ordinance - Philippines". iCafeProject. 2012-06-19. Dicapai pada 2012-06-20.
  6. ^ "Home of APWKOMITEL". Apwkomitel.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-26. Dicapai pada 2012-02-04.
  7. ^ "wsis-online.org". wsis-online.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-17. Dicapai pada 2012-02-04.
  8. ^ WSIS Webmaster. "World Summit on the Information Society". Itu.int. Dicapai pada 2012-02-04.
  9. ^ Demick, B. (September 22, 2005). "Online overdose: South korea frets about online gaming addiction" (dalam bahasa Inggeris). The Ottawa Citizen. ProQuest 240882962.
  10. ^ "The Emergence of PC Bangs in a Dedicated Gaming Place". Internationalexperts. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-26.
  11. ^ Yang, S. J. (2002). "56 percent of Korean use Internet at least once a month". The Korean Herald (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada August 11, 2013.
  12. ^ Larissa Hjorth. Games and Gaming: An Introduction to New Media. Bloomsbury, 2011
  13. ^ "Japan homeless living in Internet cafes". news.bbc.co.uk. BBC. 21 March 2009. Dicapai pada 16 August 2013.