Kagayan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kaum Kagayan merupakan kaum yang sudah berabad tahun wujud di Malaysia terutamanya di Sabah. Suku kaum kagayan pada mulanya berasal dari negara jiran iaitu negara Filipina, semasa Sabah dibawah Kesultanan Sulu. Suku kaum ini berhijrah ke negeri Sabah untuk mencari kehidupan yang lebih baik, cuma kewujudannya kurang popular kerana ia bukanlah satu kelompok yang besar. Kaum kagayan banyak ditemui di beberapa tempat atau daerah seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Kudat, Tawau, Semporna, dan banyak lagi. Suku kaum kagayan dan bajau telah berjuang bersama-sama Tun Mustapha untuk memerdekakan sabah daripada penjajah.

Suku kaum ini memilih untuk menghuni sepanjang persisiran pantai atau kawasan yang berdekatan dengan laut kerana kebanyakan kaum ini memilih untuk berkerja sebagai nelayan. Sehingga pada hari ini ramai suku kaum ini telah menjadi nelayan moden berbanding pada kehidupan mereka pada masa dahulu yang hanya menggunakan peralatan tradisional, contohnya pukat (pukut), sampan buatan sendiri dan banyak lagi. Sehingga ke hari ini suku kaum ini sinonim dengan kehidupan sebagai seorang pelaut.

Kaum kegayan mementingkan maruah bangsa dan agama, semua keturunan kegayan adalah muslim dan mereka sangat mengutamakan agama Islam. Budaya suku kaum kegayan mempunyai tarian yang unik seperti tarian berunsai (Lunsai) dimana tarian ini dipersembahkan apabila ada majlis perkahwinan. Darisegi kraftangan pula, suku kaum kagayan terkenal dengan anyaman tikar, dan membuat layang-layang. Selain itu, suku kaum kagayan terkenal dengan makanan ubi kayu (putu), makanan laut seperti agar-agar. Tradisi atau adat resam suku kaum kegayan juga dapat dilihat melalui perkahwinan, bagi suku kaum kagayan adat perkahwinan mestilah didahului dengan rombongan lelaki ke rumah pihak keluarga perempuan untuk tujun merisik.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.