Kain pelikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Beberapa penduduk Surabaya memakai kain pelikat

Kain pelikat (Jawi: كاءين ڤليكت) merujuk kepada kain sarung yang dipakai oleh orang Melayu, khususnya bagi kaum lelaki.[1] Kain sarong ini telah dipakai secara meluas oleh pelbagai bangsa dan telah dikenali oleh masyarakat Melayu sejak zaman kerajaan Kesultanan Melaka lagi.[perlu rujukan]

Kain pelikat biasanya dijual secara berjahit atau tanpa berjahit (kain pelikat lepas). Pada suatu masa dahulu, kain pelikat lepas digunakan sebagai kain basahan oleh orang yang sedang mengerjakan haji (ketika dalam keadaan ihram dan tidak boleh memakai kain berjahit). Pada masa kini, amat jarang kain pelikat dijual tanpa dijahit.

Seorang pengembara Feringgi (Portugis) yang tinggal di Melaka semasa zaman keagungannya 1528 hingga 1538 Castanheda menulis bahawa terdapat pedagang dari PaLaiyakat iaitu satu kawasan di Thondai Mandalam yang terbentuk dari daerah tenggara Andra dan timur laut Tamilnadu. Ia turut merangkumi tanah Chozha. Mereka berdagang kain sarung khusus, kain putih dan barangan sebagainya yang diimport dari Palekat. Ia begitu popular sehinggakan kain ini dikenali sebagi kain pelikat.[perlu rujukan]

Di Malaysia, usaha mengekalkan tradisi pemakaian kain pelikat dilakukan melalui cara menjadikan kain pelikat sebagai seluar dengan mengekalkan nilai estetika dan tradisional Melayu.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Transformasi kain pelekat. Harian Metro. Diterbitkan pada 18 Mac 2017. Dicapai pada 13 Mac 2019.
  2. ^ Evolusi pemakaian kain batik, pelikat pikat generasi baharu. Berita Harian. Diterbitkan pada 23 Julai 2015. Dicapai pada 13 Mac 2019.