Kajian Penjara Stanford

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kajian Penjara Stanford merupakan mercu tanda dalam kajian psikologi mengenai tindak balas manusia kepada tahanan, terutamanya, kepada keadaan sebenar kehidupan penjara. Kajian Penjara Stanford dimulakan pada 1971 oleh Philip Zimbardo dari Universiti Stanford.

Peserta dipilih secara rawak untuk memainkan peranan "tahanan" dan "pengawal". Mereka yang memainkan peranan pengawal diberikan kayu dan cermin mata gelap; mereka yang terpilih berlakon sebagai tahanan ditahan oleh jabatan polis Palo Alto, dikutui, dipaksa memakai rantai dan pakaian penjara dan dihantar ke bilik bawah tanah jabatan psikologi Stanford yang telah ditukarkan kepada penjara sementara.

Beberapa orang pengawal menjadi semakin kejam - terutamanya pada waktu malam apabila mereka menyangka kamera ditutup, walaupun dipilih daripada kumpulan yang sama dengan tahanan.

Uji kaji ini dengan cepat menjadi luar kawal. Rusuhan berlaku pada hari kedua. Seorang tahanan mendapat radang psikosomatik seluruh tubuh apabila mendapati permohonan parol telah ditolak. Hanya selepas 6 hari (daripada dua minggu yang dirancang), uji kaji tersebut dibatalkan disebabkan kebimbangan salah seorang tahanan akan cedera teruk.

Walaupun matlamat uji kaji adalah untuk memeriksa tahanan, keputusannya telah digunakan untuk membuktikan bahawa seseorang mudah terpengaruh dan setia apabila dibekalkan dengan ideologi sah dan sokongan sosial serta keinstitusian. Kajian ini juga digunakan untuk menggambarkan teori ketakserasian kognitif dan kuasa.

Pencabulan hak asasi manusia seperti yang berlaku di penjara Abu Ghraib di bawah penguasaan angkatan bersenjata Amerika Syarikat pada Perang Iraq 2003 yang terkini mungkin menyokong apa yang berlaku dalam uji kaji pada kehidupan sebenar. Tentera diberikan peranan pengawal penjara tanpa sebarang pengalaman, latihan, atau jangkaan pengawasan dan mula menyeksa tahanan di sana dengan kejam [1]. Kebanyakan tindakan penghinaan khusus amat serupa dengan apa yang berlaku dalam Kajian Penjara Stanford, menurut Zimbardo. [2].

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Abu Ghraib and the experiment: