Kaka Azraff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kaka Azraff
Kelahiran
Nor Atiqa binti Noor Azraff

(1989-05-20) 20 Mei 1989 (umur 34)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2012–kini
PasanganAdam Azriff (k. 2018)
Anak-anak3
BapaNoor Azraff Aminuddin (meninggal dunia)
SaudaraElla (ibu saudara)
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Uprising Entertainment
Pengkarya berkait
Zizan Razak, Sleeq, Awi Rafael, Loca B

Nor Atiqa Noor Azraff (Jawi: كاکا أظرف; lahir 20 Mei 1989) atau lebih dikenali sebagai Kaka Azraff merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia.

Kaka mula dikenali melalui lagu Bawaku Pergi yang dinyanyikan bersama Zizan Razak pada 2012. Beliau merupakan anak saudara kepada penyanyi rock wanita terkenal, Ella.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2012: Permulaan kerjaya dan kemuncak populariti[sunting | sunting sumber]

Kaka memulakan kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi selepas mendapat peluang berkolaborasi bersama Zizan Razak melalui lagu "Bawaku Pergi" dan kolaborasi dan lagu ini juga berjaya mencuri tempat dan perhatian peminat di Malaysia. Tambahan pula lagu ini dicipta oleh Malique. Walaupun lagu tersebut mempunyai banyak kontroversi melibatkan lirik lagu tersebut [2] namun ia tetap mendapat sambutan yang hangat daripada peminat.

Beliau mendapat peluang tersebut selepas ditawarkan oleh Juliana Evans yang juga kawan baik beliau selepas Zizan mahu mencari penyanyi untuk lagu tersebut. Selepas berjumpa dengan Zizan, Kaka diminta untuk menyanyi kepada penulis lirik lagu berkenaan dengan berkomunikasi melalui telefon dan setelah mengetahui bahawa penulis lirik itu merupakan Malique (bekas ahli Too Phat). Beliau terus bersetuju untuk menyanyikan lagu itu. [3]

Walaupun, ramai mengenali Kaka sebagai anak saudara Ratu Rock Malaysia, Ella. Kaka tidak mahu tempias dengan populariti ibu saudaranya itu dan beliau juga pernah diperkenalkan oleh beberapa produser namun Kaka mahu berdikari serta memulakan sesuatu kerjaya dengan bakat dan usahanya sendiri.[4]

Selain itu, Kaka juga telah menyertai program Fear Factor Selebriti Malaysia pada musim Ke- 2 tahun 2012 dan berpasangan dengan Johan As'ari. Namun, mereka tersingkir pada episod ke 10 dan rancangan ini dihoskan oleh Aaron Aziz.

2013–2015: "Infiniti Cinta" dan kejayaan berterusan[sunting | sunting sumber]

Setelah berjaya dengan single Bawaku Pergi, Kaka dan Zizan sekali lagi berkolaborasi untuk single terbaru bertajuk Infiniti Cinta yang dikeluarkan pada tahun 2013 [5] . Lagu single ini sekali lagi berjaya mendapat tempat di hati peminat Malaysia.

Selain itu, lagu single beliau iaitu "Bukan Hal Aku" telah berjaya menjadi lagu finalis di Anugerah Juara Lagu pada tahun 2015.

2016–kini: Interchange dan karya terkini[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2016, Kaka membuat penampilan istimewa [6] dalam filem berunsur thriller iaitu Interchange dan memegang watak sebagai Melur. Filem ini dikeluarkan pada 1 Disember 2016.

Kaka bersama-sama Nad Zainal menjayakan drama radio Sumpahan Stiletto karya Eda Zuraida yang bersiaran di Kool FM; melakonkan watak Amy.[7]

Kerana Kaka membuat kenyataan antisemitik dan menyokong pembunuhan beramai-ramai Yahudi yang merujuk kepada Hitler, dia telah digugurkan oleh labelnya, Warner Music Malaysia.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Kaka dilahirkan pada 20 Mei 1989 dan berasal dari Klang, Selangor (tapi kampung halamannya adalah di Gelugor, Pulau Pinang). Beliau juga merupakan anak saudara Ratu Rock negara, Ella.

Pada 14 Disember 2018, Kaka sah bergelar isteri kepada ahli usahawan iaitu Adam Azriff dengan sekali lafaz.[8] Pada 2019, Kaka dan suami telah menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aslan. [9] [10] Pada 2021, Kaka dikhabarkan sedang mengandung anak kedua. [11]

Pada 22 Februari 2022, Kaka selamat melahirkan anak keduanya iaitu bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. [12]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
2012 "Bawaku Pergi" (bersama Zizan Razak)
2013 "Infiniti Cinta" (bersama Zizan Razak)
2014 "Terpulanglah" Runut bunyi Lara Terindah
"Perjalanan" (bersama Sleeq)
2015 "Bukan Hal Aku" (menampilkan Sleeq)
2016 "Levitasi" (bersama Fynn Jamal & Zizi Kirana)
"Terima Kasih"
2017 "Ada JalanNya" (bersama Awi Rafael)
"Kembali"
"Experience It" (bersama Caprice & Mimifly)
2018 "Sibuk" (menampilkan Alif)
"Shout It Out" Runut bunyi rasmi Gol & Gincu Vol.2
"Getaway" (bersama Maya Karin)
2019 "Diamonds"
2020 "Gila" (bersama Noki & Loca B) Lagu juara Anugerah Juara Lagu ke-35
2021 "Karma" (bersama Jaz Hayat) Runut bunyi Takdir Yang Tertulis
"Janjiku"
2022 "Hilang"
2024 "Karya" (bersama Daniesh Suffian)
"Dilemma" Runut bunyi rasmi Racun Rihanna

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2016 Aliff Dalam 7 Dimensi Izreen Filem pertama
Interchange Melur Penampilan khas
2019 Zharfa: Secepatnya Kebohongan Berlari, Pasti Terkejar Dengan Kebenaran Zharfa Filem Malaysia-Indonesia
2021 Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa Nelly
Antaramasa Malisa
Sa Balik Baju Salina
2023 Saadiah: Bekal Kasih Merdeka Saadiah (muda) Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2015 Dunia Generasi Baru Norelle TV9
Plan Cinta Tak Jadi Sara Astro Ria
2018 Inai Yang Hilang Ika ntv7
2021 Diva Popular Wawa Awesome TV
Lockdown Ria Astro Ria
Diva Popular 2 Wawa Awesome TV

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2017 Kesempatan Kedua Myra TV3
2018 Rama-Rama Asmira / Mira ntv7

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013 Fear Factor Selebriti Malaysia Peserta Astro Ria digandingkan bersama Johan As'ari
Sesat berpasangan bersama Cristina Suzanne
2014 #Supper Pengacara TV9
2016 Duo Star Peserta Astro Ria digandingkan bersama Awi Rafael
2020 Immortal Songs Malaysia TV3 Episod 2: Ella

Drama radio[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Stesen radio
2018 Dramatik Kool: Sumpahan Stiletto Amy Kool FM

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2016
Anugerah Juara Lagu ke-30
Terbuka (bersama Alif)[13] "Bukan Hal Aku" Finalis
2017
Duo Star
Terbuka Dirinya sendiri (bersama Awi Rafael) Naib Juara
Anugerah Digital Era 2017
Temubual Terbaik Tetamu Carta ERA Dirinya sendiri Tercalon
2018
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017
Penyanyi Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon
2021
Anugerah Juara Lagu ke-35
Terbuka (bersama Noki dan Loca B)
"Gila"
Juara
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ KENNETH CHAW (22 September 2016). "You may not know singer Kaka Azraff yet but you do know her aunt" (dalam bahasa English). Star2.com. Dicapai pada 14 Mac 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati kekal]
  2. ^ 31 March 2012. Malique, Zizan jawab isu Bawaku Pergi - Hiburan. Kosmo
  3. ^ 22 September 2016. Introducing singer Kaka Azraff. Star2.com (artikal dalam Bahasa Inggeris)
  4. ^ Zulhilmi Jalil (18 Januari 2015). "Kaka mahu pergi lebih jauh". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-28. Dicapai pada 18 Januari 2015.
  5. ^ 26 September 2013. Kontroversi 'Bawaku Pergi' Tidak Jejaskan Lagu Baharu Zizan Razak & Kaka - Berita Hiburan. Diarkibkan 2017-08-09 di Wayback Machine mStar
  6. ^ Kaka Azraff teruja berlakon dengan Nicholas Saputra Cinema.Com
  7. ^ "Sumpahan Stileto". Kool FM. 14 November 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-01. Dicapai pada 1 Disember 2018.
  8. ^ Nur Asyikin Mayudin. Kaka Azraff akhirnya jadi isteri Adam Azriff. mStar.
  9. ^ Kongsi Nama Anak Sulung, Kaka Azraff & Suami Pilih Aslan. gempak.com
  10. ^ Kaka mahu anak lagi. berita harian.
  11. ^ Alami ‘morning sickness’ teruk, Kaka Azraff mohon maaf jika gagal dihubungi - “Tak boleh bau bawang tumis, saya muntah setiap 30 minit”. mstar.com
  12. ^ Tahniah! Kaka Azraff selamat bersalin anak lelaki kedua, sempat dapat tarikh lahir cantik 22.2.22. mstar.com
  13. ^ ANGELIN YEOH & KENNETH CHAW (21 Januari 2016). "Which song will reign supreme at Juara Lagu this year?" (dalam bahasa English). Star2.com. Dicapai pada 14 Mac 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati kekal]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]