Kaki (ukuran)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
1 kaki =
Unit antarabangsa
0.3048 m 30.48 sm
0.0003048 km 304.8 mm
3,048,000,000 Å 2.037462155e-12 AU
9.877895275e-18 pc 3.221738542e-17 LY
Unit Inggeris
12 inci 1 kaki
0.333 ela 0.000189394 batu
0.000164579 NM 0.000189394 mi
0.166666667 fatom 0.001515152 fur
Untuk kegunaan lain, sila lihat Kaki (nyahkekaburan).

Satu kaki ditakrifkan sebagai 12 inci atau 0.3048 meter. Terdapat tiga kaki dalam satu ela. Takrif ini merupakan kaki antarabangsa Inggeris yang asal. Kaki dilambangkan dengan satu tatatanda prima (umpamanya, 30′bermaksud 30 kaki) sedangkan inci dilambangkan dengan dua tatatanda prima. Oleh itu, 6′ 2″ bermaksud 6 kaki 2 inci. Bagaimanapun, tanda petikan tunggal sering digunakan sebagai ganti untuk kaki dan tanda petikan biasa untuk inci kerana kelihatan lebih kurang sama.

Kaki sebagai ukuran telah digunakan dalam hampir semua budaya dan biasanya dibahagikan dengan 12, walaupun kekadang kaki juga dibahagikan dengan 10 (jari-jari dan ibu jari tangan) atau 16 (jari-jari tangan dan kaki). Penggunaan kaki piawai pertama yang diketahui adalah dari Sumeria. Takrifnya diberikan di arca Gudea yang terletak di Lagash dan bertarikh di sekitar 2575 SM. Sesetengah ahli metrologi mengagak bahawa kaki United Kingdom disesuaikan daripada ukuran Mesir oleh orang Yunani, dengan kaki yang lebih panjang digunakan kemudian oleh orang Rom.


Etimologi[sunting | sunting sumber]

Kepercayaan popular adalah bahawa piawai asal untuk kaki ialah panjang tapak kaki manusia. Ada juga orang yang mempercayai bahawa ukuran kaki Inggeris datangnya daripada tapak kaki Raja Henry I yang tepat-tepat berukuran 12 inci. Kepercayaan ini mendasarkan fakta bahawa bagindalah yang memiawaikan unit-unit ukuran di England. Bagaimanapun, kepercayaan ini tidak mungkin kerana terdapat rekod-rekod (Laws Æthelstan) bahawa perkataan "kaki" sebagai ukuran pernah digunakan kira-kira 70 tahun sebelum kelahiran Raja Henry I.

Panjang purata tapak kaki orang Eropah yang terkini ialah lebih kurang 9.4 inci (24 sentimeter). Kira-kira 99.6% daripada lelaki British mempunyai tapak kaki yang panjangnya kurang daripada 12 inci. Satu keterangan yang mungkin untuk inci-inci yang hilang adalah bahawa ukuran kaki merujuk kepada kaki yang berkasut. Keterangan ini adalah tekal dengan ukuran yang digunakan untuk tujuan-tujuan praktik seperti dalam tapak-tapak pembinaan dan sebagainya. Bagaimanapun, hampir semua orang mengukur panjang ketika memakai kasut atau but, berbanding menanggalkan kasut dan mengukur dengan berkaki ayam.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]