Kala Malam Bulan Mengambang
| Kala Malam Bulan Mengambang | |
|---|---|
![]() |
|
| Pengarah | Mamat Khalid |
| Penerbit | Hazil Izham Ismail |
| Pengarang | Mamat Khalid |
| Lakonan | |
| Studio | Tayangan Unggul Sdn. Bhd. |
| Mula ditayang | Januari 10, 2008 |
| Tempoh ditayang | 110 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
Kala Malam Bulan Mengambang merupakan sebuah filem hitam dan putih yang menekankan penceritaan berkaitan jenayah, gangsterism, detektif, misteri dan komedi. Paling unik, filem ini disampaikan dalam bentuk ‘Neo-Noir’ (hitam dan putih) bagi menyesuaikan kronologi penceritaan filem ini yang berlatarkan tahun 1950-an.[1] Ia sengaja dibuat dalam format warna hitam putih dengan tujuan menghargai para penggiat filem veteran dari zaman Studio Jalan Ampas hingga Studio Merdeka.[2] Filem ini telah memenangi anugerah Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-21.
Isi kandungan |
Sinopsis [sunting]
Kala Malam Bulan Mengambang adalah sebuah filem hitam putih yang merungkai misteri kehilangan pemuda di pekan Senduduk Rimbun pada setiap kali purnama menjelang. Misteri bermula apabila tayar kereta Saleh, seorang wartawan ditusuk sesuatu yang menyerupai rangka tangan sedang memegang ukiran lama berbentuk keris. Tayar kereta yang pancit menyebabkan Saleh terpaksa menghantar keretanya ke bengkel Jongkidin dan bermalam di pekan itu. Sepanjang berada di pekan Senduduk Rimbun, Saleh menyedari penduduk pekan itu seakan-akan menghalaunya pergi dari situ. Semakin lama Saleh tinggal di pekan itu, semakin banyak perkara misteri berlaku. Ada orang tangan merah! Ada jembalang! Ada keris! Walaupun telah diberhentikan tugas sebagai wartawan tetapi naluri kewartawanan yang sangat kuat dalam dirinya menyebabkan Saleh bertekad merungkai setiap kejadian misteri yang berlaku di pekan Senduduk Rimbun. Nantikan kemunculan ‘Kala Malam Bulan Mengambang’, sebuah karya hitam putih berlatarkan tahun 1950-an yang dibintangi Rosyam Nor, Umie Aida, Farid Kamil, Avaa Vanja, Corinne Adrienne, Bront Palarae, Kuswadinata, David Teo, Mohd Hitler Zami, Sofi Jikan dan Adam Corrie.
Trivia [sunting]
Semasa krew filem ini sedang menjalani penggambaran di sebuah banglo lama di Klang, pelakon filem ini, Corrie telah diganggu oleh makhlus halus.[3]
Pencapaian [sunting]
| Anugerah | Kategori | Penerima | Menang/Pencalonan |
|---|---|---|---|
| Festival Filem Malaysia ke-21 | Filem Terbaik | Keseluruhan | Menang |
| Pengarah Terbaik | Mamat Khalid | Menang | |
| Pelakon Lelaki Terbaik | Rosyam Nor | Menang | |
| Lakon Layar Terbaik[4] | Mamat Khalid | Menang | |
| Cerita Asal Terbaik | Mamat Khalid | Menang | |
| Penyuntingan Terbaik | Affandi Jamaludin | Pencalonan | |
| Skor Muzik Asal Terbaik | Ahmad Kamal Baharudin | Pencalonan | |
| Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Farid Kamil | Pencalonan | |
| Penataan Seni Terbaik | Nazrul Asyraf | Menang | |
| Penataan Bunyi Terbaik | Azman Abu Hassan | Pencalonan | |
| Pereka Kostum/Busana Terbaik | Nasirah Ramlan | Menang | |
| Pelakon Harapan Wanita Terbaik | Avaa Vanja | Pencalonan | |
| Anugerah Skrin 2008 | Filem Terbaik | Keseluruhan | Menang |
| Pengarah Terbaik Filem | Mamat Khalid | Menang | |
| Pelakon Lelaki Terbaik Filem | Rosyam Nor | Menang | |
| Lakon Layar Terbaik Filem | Mamat Khalid | Pencalonan |
Rujukan [sunting]
- ↑ http://www.gua.com.my/Entertainment/ReviewsMoviesDetail.aspx?ArticleID=926
- ↑ http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mod=news&id=357
- ↑ http://www.gua.com.my/Entertainment/ReviewsMoviesDetail.aspx?ArticleID=926
- ↑ http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Kala_Malam_Bulan_Mengambang__566
