Kalimantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kalimantan, Indonesia
Kalimantan
كليمنتان
Ibu negara Palangkaraya, Samarinda, Banjarmasin, Pontianak
Bahasa rasmi Bahasa Indonesia
Kerajaan  Indonesia
Populasi
 -  1980 (anggaran) 9,220,447 orang

Kalimantan adalah sebuah wilayah negara Indonesia yang terletak di selatan kepulauan Borneo. Ia bersempadanan dengan Sabah dan Sarawak di bahagian utara, manakala di bahagian selatan, ia bersempadanan dengan perairan-perairan Selat Karimata, Laut Jawa, Selat Makasar, dan Laut Sulawesi.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada zaman Hindia-Belanda dan sebelumnya, Kalimantan merujuk kepada keseluruhan kepulauan Borneo yang merangkumi Sabah, Sarawak, Brunei, dan kawasan Kalimantan sekarang. Dalam surat-surat Pangeran Tamjidillah dari Kerajaan Banjar kepada Residen Belanda di Banjarmasin pada tahun 1857, beliau menyebut nama "Pulau Kalimantan", bukannya "Pulau Borneo". Ini menunjukkan bahawa di kalangan penduduk, nama "Kalimantan" lebih dikenali daripada nama "Borneo" yang digunakan oleh pentadbiran penjajah Hindia Belanda.

Sebahagian besar wilayah Kalimantan dari negeri Sambas sehingga negeri Berau merupakan bekas kawasan taklukan Kerajaan Banjar, tetapi kini, kawasan itu menyusut menjadi sebahagian kecil sahaja daripada wilayah Kalimantan Selatan ketika kini, setelah jatuh ketangan kesultanan Brunei. Dengan kedatangan British, British memisahkan Sabah, Sarawak dari Kalimantan (termasuk Brunei). Semasa Sabah dan Sarawak dimasukkan ke dalam Malaysia, Indonesia membantah kerana mereka bercita-cita menubuhkan Indonesia Raya, dan rancangan itu akan membahagi Kalimantan. Akan tetapi, British tetap meneruskan rancangan dan hanya mengiktiraf Kalimantan sebagai bahagian Indonesia sahaja, manakala keseluruhan kepulauan dipanggil Borneo. Sampai sekarang kepulauan itu dipanggil Borneo manakala bahagian Kalimantan pula merujuk sebagai wilayah selatan borneo (aka bahagian Indonesia). Nama Kalimantan kembali menjadi popular pada dekad 1940-an.

Asal nama[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa huraian yang berbeza-beza tentang asalnya nama "Kalimantan":

  1. Menurut Kesultanan Brunei yang sebelumnya merupakan sebuah kerajaan yang besar (yang mencakupi Sarawak dan sebahagian Sabah kerana sebahagian Sabah dimiliki oleh Kesultanan Sulu-Mindanao), para pedagang Portugis menyebutnya sebagai Borneo dan nama itu kemudian digunakan oleh orang-orang Eropah. Namun penduduk asli menyebutnya sebagai "Pulo Klemantan".
  2. Menurut Crowfurd dalam "Kamus Deskriptif Pulau India" (Descriptive Dictionary of the Indian Island) (1856), perkataan "Kalimantan" adalah nama untuk sejenis buah mangga sehingga pulau Kalimantan dianggap sebagai sebuah pulau mangga. Namun beliau menambah bahawa perkataan itu berbau dongeng dan tidak popular.
  3. Menurut Dr. B. Ch. Chhabra dalam jurnal M.B.R.A.S., Jilid XV, bahagian 3, m.s. 79, kebiasaan bangsa India kuno untuk menyebut nama tempat sesuai dengan hasil bumi, umpamanya jewawut dalam bahasa Sanskrit yawa menyebabkan Pulau Jawa disebut yawadwipa dan berdasarkan analogi yang sama, pulau buah mangga ini dengan nama bahasa Sanskrit, Amra-dwipa,  menjadi "Kalimantan".
  4. Menurut C. Hose dan Mac Dougall, perkataan "Kalimantan" berasal daripada enam golongan suku-suku setempat, iaitu Dayak Laut (Iban), Kayan, Kenya, Klemantan, Munut, dan Punan. Dalam karyanya, "Manusia Semula Jadi, Sebuah Catatan dari Borneo" (Natural Man, a Record from Borneo) (1926), C. Hose menjelaskan bahawa "Klemantan" adalah nama baru yang digunakan oleh bangsa Melayu.
  5. Menurut W.H. Treacher dalam British Borneo di dalam jurnal M.B.R.A.S (1889), buah mangga liar tidak dikenali di Kalimantan utara. Lagi pula Borneo tidak pernah dikenali sebagai pulau yang menghasilkan buah mangga malah mungkin sekali daripada sebutan Pualu Sago kerana perkataan Lamantah adalah nama asli sagu mentah.
  6. Menurut Prof. Dr. Slamet Muljana dalam bukunya Sriwijaya  (LKIS 2006), perkataan "Kalimantan" bukannya perkataan bahasa Melayu asli tetapi kata pinjaman seperti perkataan "melayu" yang berasal daripada perkataan "malaya" di India ("malaya" bererti gunung). Kalimantan atau Klemantan  berasal daripada bahasa Sanskrit, Kalamanthana, iaitu pulau yang udaranya sangat panas atau membakar (kal[a] : musim, waktu dan manthan[a] : membakar). Kerana vokal a  pada akhir "kala" dan "manthana" menurut kebiasaan tidak disebut, maka "Kalamanthana" disebut sebagai Kalmantan.  Perkataan ini kemudian disebut oleh penduduk asli sebagai Klemantan atau Quallamontan yang akhirnya diturunkan menjadi Kalimantan.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kalimantan dibahagikan kepada empat buah wilayah atau provinsi:

Nama Kalimantan yang lain[sunting | sunting sumber]

  • Waruna Pura
  • Tanjungpura (Bakulapura)
  • Tanjung Negara adalah sebutan untuk pulau Borneo oleh Kerajaan Majapahit. Kalimantan merupakan daerah taklukan Kerajaan Majapahit yang kelapan.
  • Hujung Tanah atau Ujung Tanah adalah sebutan pulau Kalimantan dalam Hikayat Banjar dan Hikayat Raja-raja Pasai. Nampaknya, ini adalah nama yang digunakan oleh penduduk Sumatera dan sekitarnya untuk menyebut pulau Kalimantan.
  • Pulau Kencana adalah sebutan untuk pulau Kalimantan dalam Ramalan Prabu Jayabaya dari Majapahit tentang prospek penguasaan Tanah Jawa oleh bangsa Jepun yang datang dari arah pulau Kencana (Kalimantan).

Kalimantan dalam nama[sunting | sunting sumber]

Sejarah[sunting | sunting sumber]


Pulau-pulau utama di Indonesia Indonesia provinces indonesian.png
Irian | Jawa | Kalimantan | Sulawesi | Sumatera