Kaliurang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kaliurang yang secara harfiahnya membawa pengertian "Sungai Udang" dalam bahasa Indonesia ialah sebuah destinasi melancong yang terletak di provinsi Yogyakarta. Ia terletak di Kabupaten Sleman, di sempadan dengan provinsi Jawa Tengah.

Jalan masuk ke Kaliurang sangat mudah, setidaknya dengan berjalan kaki atau menaiki bas, kol (Colt), teksi, ojek atau beca (jarangnya orang yang hendak) melalui Jalan Kaliurang.

Kaliurang adalah sebuah tempat peranginan yang popular kerana dingin udaranya. Maka di sini terdapat banyak vila penginapan yang lebih umum dipanggil wisma. Tempat yang paling banyak dikunjungi oleh para pelancong, baik dari dalam negeri mahupun dari luar, ialah Tlaga Putri.