Kamal Hassan (pelakon)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kamal Haasan
கமல் ஹாசன்
Kamal Haasan FICCI event.jpg
Kamal Haasan dalam Majlis FICCI
Kelahiran Kamal Haasan
07 November 1954 (60 tahun)[1]
Paramakudi, Madras State, India
Tempat tinggal Chennai, Tamil Nadu, India
Nama lain Kamal
Pekerjaan Pelakon, Penerbit Filem, pengarah filem, penulis skrip, Penggubah lagu, Penyanyi, Penyanyi latar
Tahun aktif Sejak 1959
Pasangan Vani Ganapathy
(1978–1988—Cerai)
Sarika Thakur
(1988–2004—Cerai)
Rakan seperjuangan Gouthami Tadimalla
(2004–present)
Anak Shruti Haasan (born 1986)
Akshara Haasan (born 1991)

'Kamal Haasan' (lahir 7 November 1954) adalah seorang pelakon filem India, penulis skrip, penerbit dan pengarah. Beliau dianggap sebagai salah satu pelakon yang utama dan terkemuka di India[2] [3]. Kamal Haasan telah memenangi beberapa anugerah filem india, termasuk empat Anugerah Filem Negara India dan Anugerah Filmfare. Beliau juga merupakan pelakon India yang paling banyak dicalonkan dalam Anugerah Akademi untuk Filem Bahasa Asing Terbaik.

Selepas beberapa projek sebagai pelakon kanak-kanak, kejayaan Haasan sebagai pelakon utama datang pada tahun 1975 melalui filem drama Apoorva Raagangal, di mana beliau memainkan watak remaja yang jatuh cinta dengan wanita yang lebih tua.Beliau memenangi Anugerah Filem Nasional pertamanya untuk lakonan sebagai seorang guru dalam filem 'Moondram Pirai'. Kamal Haasan diingati kerana Lakonan dalam filem Tamil arahan Mani Ratnam ,Nayagan (1987). Filem itu diseneraikan sebagai salah satu filem terbaik dalam sejerah perfileman dunia oleh Majalah TIME.

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan Awal dan Keluarga[sunting | sunting sumber]

Haasan dilahirkan pada tahun 1954 dalam sebuah keluarga Tamil di Paramakudi (kini sebahagian daripada daerah Ramanathapuram), Tamil Nadu. Bapanya, D. Srinivasan (peguam), adalah militan [4] Kamal adalah anak bongsu dalam keluarganya.; saudara-saudaranya Charuhasan (b. 1930) dan Chandrahasan (b. 1936) juga peguam, dan Charuhasan menjadi pelakon tahun 1980-an.Beliau menerima pendidikan rendah di Paramakudi,kemudian berpindah ke Madras (kini Chennai).Haasan melanjutkan pelajaran di Santhome, Madras kerana minatnya dalam seni.

Falsafah Hidup[sunting | sunting sumber]

Kamal Haasan sering mempersoalkan kewujudan Tuhan dan telah menekankan tema tersebut dalam filem-filem beliau seperti Anbe Sivam dan Dasavatharam.

Filmography[sunting | sunting sumber]

Sebagai Pelakon[sunting | sunting sumber]

Kamal Hassan telah berlakon dalam lebih daripada 170 filem pelbagai industri filem seperti bahasa Tamil, Telugu, Hindi, Kannada, Malayalam, Bahasa Inggeris dan Bahasa Bengali..Berikut adalah antara sebilangan kecil filem lakonan beliau:

  • 2014 -Uttama Villain (Komedi), Vishwaroopam II (filem spy)
  • 2013 - Vishwaroopam (Filem Spy)
  • 2009 - Unnaipol Oruvan (drama-thriller)
  • 2008 - Dasavathaaram (Fiksyen Sains)
  • 2006 - Vettaiyaadu Vilaiyaadu (filem jenayah-thriller)
  • 2004 - Virumaandi (Drama)
  • 2003 - Anbe Sivam (Drama)
  • 2000 - Hey Ram (Drama Jenyah;Berkisahkan tentang pembunuhan Gandhi)
  • 1996 -Indian (Vigilante-Aksi)
  • 1992 - Thevar Magan (Drama Sosial)
  • 1989 - Apoorva Sagodharargal (Drama Komedi)
  • 1987 - Nayagan (Drama Jenayah), Pushpaka Vimana (Filem Senyap)
  • 1982 - Moondram Pirai (Drama Romantik)
  • 1978 - Sigappu Rojakkal
  • 1977 - 16 Vayathinile

Sebagai Pengarah[sunting | sunting sumber]

Year Film Language
2014 Vishwaroopam 2 Tamil, Hindi
2013 Vishwaroopam Tamil, Hindi
2004 Virumaandi Tamil
2000 Hey Ram Tamil
Hindi
1997 Chachi 420 Hindi


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "The legend at 57: Kamal Haasan". NDTV. NDTV Convergence Limited. Diperoleh pada 29 November 2011. 
  2. http://www.international.ucla.edu/showevent.asp?eventid=3700
  3. http://www.asiaarts.ucla.edu/article.asp?parentid=31955