Kambing Pygora

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seekor kambing Pygora di Oregon Zoo

Kambing Pygora merupakan baka kambing bulu yang berasal daripada pengacukan kambing pigmi NPGA dengan kambing Angora putih AAGBA. Kambing Pygora menghasilkan tiga jenis bulu yang berbeza.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kambing Pygora dicipta dengan tujuan tertentu oleh Katharine Jorgensen dari Oregon City, Oregon. Pada 1987, Pygora Breeders Association ditubuhkan di Amerika Syarikat untuk mendaftarkan dan mempromosikan kambing Pygora.[1] Kini, kambing Pygora terdaftar tidak boleh melebihi 75% baka kambing Angora terdaftar AAGBA atau 75% baka Pigmi terdaftar NPGA.

Piawaian baka[sunting | sunting sumber]

Kacukan Pigmi-Angora generasi pertama (F1) tidak dikira Pygora sejati,[2] tetapi ia boleh dibiakbakakan dengan kambing Pygora, kacukan F1, ataupun kambing Pigmi atau Angora jati untuk memperoleh kambing Pygora sebenar. Cara ini boleh diteruskan dengan mengekalkan integriti baka asalkan kambingnya tidak melebihi 75% keturunan Pigmi atau Angora.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Kambing Pygora mampu hidup selama 12–14 tahun. Umumnya ia diternak untuk bulunya, tetapi juga dijadikan bahan pertunjukan. Berat seekor kambing Pygora yang sihat bergantung pada jantina dan umurnya. Kebanyakan anak kambing berberat 5 paun (2.3 kg) ketika lahir; kambing betina mencatat 65–75 paun (29–34 kg) sementara kambing jantan pula 75–95 paun (34–43 kg). Bulu Pygora sering digunakan oleh seniman untuk memintal, menspindel, mengait, mengkrusye, menganyam, menjahit dewangga, dan lain-lain seni gentian.[1] Bulu Pygora juga umum digunakan untuk membuat pakaian. Pygoras juga boleh diperah susunya[1] sebanyak seliter sehari.

Kambing Pygora berdaftar mampu menghasilkan bulu seakan kasymir (Type-C), bulu seakan mohair (Type-A), ataupun gabungan kedua-duanya (Type-B). Bulu Type-A terdiri daripada kain berjuntai gulung-gulung yang tumbuh sepanjang 6 inci (150 mm) ke atas puratanya dengan diameternya jarang melebihi 28 mikrometer. Kain bulu Type-B panjangnya antara 3 ke 3–6 inci (76–152 mm) dengan diameter jarang-jarang melebihi 24 µm. Bulu Type-C pula sangat halus, iaitu kira-kira 1–3 inci (25–76 mm) dengan diameter kurang daripada 18.5 µm. Bulu Pygora ada pelbagai warnanya, baik putih, merah, coklat, hitam, kelabu mahupun bercampur.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Janet Dohner (2001), The Encyclopedia of Historic and Endangered Livestock and Poultry Breeds, Yale University Press, m/s. 40–41, ISBN 978-0-300-13813-9
  2. ^ Cheryl Kimball (15 December 2009), The Field Guide to Goats, Voyageur Press, m/s. 96, ISBN 978-1-61673-218-9

Pautan luar[sunting | sunting sumber]